Tuesday, 19 March 2024

BUAT KERISIK SENDIRI

 Ada yang suka buat kerisik sendiri tak?

Weekend baru ni..saya sedikit rajin untuk buat kerisik sendiri.Selalu kalau balik kampung dok tapaw kerisik mak ja🤭
Kalau nak puasa,mak rajin buat kerisik stok puasa dan raya.



Kebetulan ada 2 biji kelapa parut yang membeku dalam freezer tu menyempitkan ruang sekangkang semut tu.Jadi sesak susah nak manage barangan lain dek kehadiran 2 bungkus kelapa parut putih yang sudah membeku dan keras itu.
Kengkonon beli kelapa parut putih kot terajin nak buat kuih yang bersalut kelapa ke..tapi tak terbuat pun.



Lepas dah defross dalam ½ jam elok cantik lagi kelapa tu sebab kelapa baru.Takda bau tengik bagai..Mula ingat nak nak blend ambil santan.Tapi sama la juga nak simpan dalam freezer tu makan ruang.Peti ais kat rumah ni selayaknya untuk orang bujang ja kot..Namun harus dipuji peti ais ni kerana masih elok berfungsi walau umur ya hampir sebaya Cella..hihihi
Tapi tu la dulu masa anak anak masih sekolah peti ais tu hanya ada ada lauk mentah dan sayuran saja kot.Dah pakat besar dah ni,rasa peti ais tu pulak makin mengecil🤣
Nak simpan kelapa parut dua biji pun dah makan ruang ayam,ikan bagai.Sudahnya kita cari altenatif kerjakan kelapa tu.



Sangai dengan api perlahan dan kacau tanpa henti..( tapi saya ngelat..sesekali say tinggalkan ja atas dapur untuk mengadap hp)
Tapi tinggal sekejap saja la.. sayang  takut hangus kelapa tu


Bila dah lama disangai dengan api perlahan..eloklah garingnya...warna pun cantik keemasan.




Dah elok golden brown.. matikan api tapi terus kacau agar tak hangus kerana walau api dah mati .kuali masih panas.Kalau rajin kaut la sejukkan dalam dulang.Saya malas Saya biar ja sejuk dalam kuali


Bila dah sejuk..kelapa sangai tu garing rapuh keriuk keriuk...Boleh diramas.Bau kelapa sangai juga sangat harum semarbak 


Saya blend sahaja..Tidak lah saya rajin nak tumbuk..Dulu ajar Cella HOMEMADE KERISIK guna lesung batu..Sebab nak dia tau basic & servival.
Sekarang mak dia pun dah malas..short cut dengan menggunkan blender 
Masukkan kelapa sangai tu dalam blender basah.Tuangkan minyak sebagai pengganti cecair.Minyak tu agaj agak la boleh putarkan mata blender. Dua tiga kali pulse saja dah elok jadi kerisik dah.

*Sebwnarnya tidak sengaja dapat idea blend kelapa sangai dengan minyak.Beberapa tahun lepas masa mak sangai kelapa nak buat kerisik,mak kata macam penat pula nak tumbuk.Mak cuba guna blender kering tapi macam leceh sebab lambat nak pecah minyak & mata blemder asyik jammed.Dari aitu tercetus idea spontan untuk cuba blend dengam minyak masak..Alhamdulillah,cantik hasilnya..


Masukkan dalam bekas dan simpan tempat kering.Tak payah masuk dalam peti ais sebab minyak tu jadi pengawet.Ni kalau dah biar lama kerisik akan mendap dan menjadi satu lapisan minyak dipermukaannya.

** Kalau nak cedok kerisik ni,gunakan sudu kering untuk menjaga hayat kerisik agar tidak rosak.Baki kerisik tu pastikan ada minyak kat permukaannya.Kalau cedok habis minyaknya nanti baki kerisik mudah bau tengik kerana minyak tu adalah pengawetnya.Kalau dah terambil minyak kerisik tu hingga habis..tuangkan sedikit minyak masak agar baki kerisik terendam dalam minyak..


12 comments:

  1. Wha! Mesti harum satu rumah kan?

    ReplyDelete
  2. Great job on this blog! I just had to drop a comment to let you know how much I enjoyed this blog. The content was spot-on, and the presentation was top-notch. It was truly a pleasure to read. In today's fast-paced world, finding inner peace and tranquility has become a valuable pursuit. Popular Mindfulness Meditation Books has emerged as a powerful practice to cultivate a calm and centered mindset.

    ReplyDelete
  3. Rajinnya
    Wak banyak buah kelapa pun cari kerisik tunjuk aje

    ReplyDelete
  4. teringat zaman dulu selalu ada rewang bila kenduri. memang kerisik dorg buat sendiri. kat kampung cie selalu panggil buat nyor gula. taktau kenapa panggil nyor gula rasanya takde letak gula pun.

    ReplyDelete
  5. Ada extra? Nak jugak haha 😂
    Dulu arwah Mak ada rajin la buat. Siap tumbuk dalam lesung batu lagi... Jenuh juga kan nak tunggu dia hancoq dan keluaq minyak tu...

    ReplyDelete
  6. tak pernah buat sendiri tapi biasa songlap mak mentua buat, tapi ni dah lama tak balik kampung

    ReplyDelete
  7. Dulu-dulu pernah tengok mak dan jiran-jiran gotong royong buat kerisik dan minyak kelapa.

    ReplyDelete
  8. Kita kerisik tunjuk jer. Tapi itulah, kadang-kadang kerisik tunjuk ni dengan kulit2nya sekali diletak. Bila buat rendang jadi x sedap 🥹

    ReplyDelete
  9. Rajinnya, terbaik. Sy skrg beli aje. Raya tahun ni tataw la buat rendang ke tak.

    ReplyDelete
  10. Saya suka buat kerisik sendiri. Aroma kelapa parut sangai tu aduhai...membawa kenangan lalu yang mengusik jiwa!
    Patutlah nampak cantik mulus kerisiknya, rupanya Mama Cella bubuh minyak. Saya biasanyanya kisar dengan blender kering. Nanti nak buatlah juga kerisik pakai minyak macam Mama Cellah buat ni.

    ReplyDelete
  11. kat rmah pun mak CCL suka buat kerisik sendiri . lagi sedap aroma dan tak ada apa-apa minyak tambahan

    ReplyDelete
  12. Rendang letak kerisik memang sedap tapi x gigih beli sendiri kerisik tu...

    ReplyDelete