Iftar hari ke-2 Ramadhan 1445.
Masak butter chicken kegemaran anak anak.Saya tidaklah berminat sangat lauk lauk macam ni.Tapi sebab anak anak suka,saya masak.
Kebetulan anak jantan tu dan Cella ada...Iftar 3 beranak.
BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas jer)
1cawan minyak untuk goreng
2 sudu serbuk cheese super ring
1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm
2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan
4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali
5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana butter mudah hangus
6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )
7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata
8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak
9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api
Sambal goreng untuk saya.Tak cukup syarat pun sebab tak masukkan tauhu & suhun.
Puncanya masa masak tak fokus.
Plan asal nak masak tempe & bilis berlada.Kemudian nak masak sayur tumis buncis+ cendawan shitake tu.
Lepas goreng tempe & bilis,saya terus tumis bawang besar,bawang putih & segenggam cili padi merah dan cili padi hijau yang dippotong serong.Sepatutnya,lepas tu masukkan tempe dan bilis untuk jadikan tempe bilis goreng berlada.
Tapi entah apa difikir...saya masukkan cendawan dan buncis.Dahlah cili padi tu selambak sama banyak dengan buncis.Adoiii..🤣..Bilis dengan tempe tu nak tumis dengan apa pulak?
Sudahnya saya humban semua dalam kuali tu...Plan 2 lauk dan jadi 2 in 1...Jadi sambal goreng pedas tapi takda la masuk suhun...hihihi
1 keping tempe- hiris dan goreng garing
1 cawan bilis bersih- goreng garing
1 cekak buncis- belah dua& kerat
10 cendawan shitake- hiris
10 cili padi merah- potong serong
10 cili padi hijau- potong serong
5 bawang putih- hiris
½ bawang holland - hiris
minyak,garam
1. Panaskan minyak dan tumis bebawang & cecili semua hingga harum.
2. Masukkan cendawan dan kacau hingga layu.
3. Tambah buncis,tempe dan bilis..
4. Perisakan...sesuaikan rasa
* saya memang tak masukkan air dalam sayur ni sebab nak dia minyak minyak sikit & gaul minyaknya dengan nasi🤭
Dessert buah naga merah.Niat asal nak goreng karipap frozen buat cemilan lepas terawikh..
Tapi sampai sudah tak goreng.Cella makan cereal ja dengan susu leaps terawikh.
Minuman pun guna yang segera ja..
Air Teh Bunga + daun pudina & lemon.Saya ada rendam biji selasih.Tapi lupa nak masukkan..
Semua lupa..
Ok...hari lupa sedunia agaknya🤣
Elok siap masak..Adah whatsApp mengadu ..dia masak nasi tomato tapi ayam masak merah tak berapa menjadi katanya...
Alo ciannya, agaknya masak kelam kabut tu sebab Adah kerja ikut masa HQ kat semenanjung iaitu 9 pagi - 6 petang..
Lupa nak tanya bulan posa depa ubah ke tak..Kalau tak ubah maknanya Adah hanya ada masa lebih kurang ½ jam sebelum berbuka kerana waktu berbuka kat Tawau 6.22 petang.Kalau kat semenanjung panjang la juga masa lebih kurang 1½ jam sebab kita kat KL 7.27 malam.
Kalau tahun lepas,masuk kerja awal 1 jam..balik pun awal 1 jam..
Pukul 5 petang dari KL Sentral..sampai rumah dalam 6 petang dia siap boleh merayau Bazar Ramadhan..
Ada yang dah ke Bazar Ramadhan ke tahun ni?
Saya belum lagi...bertahan masak setakat 2 hari ni..
Katanya murtabak sekeping dah cecah RM10....huhuhu
waduh rajinnya akak semua sedap betul lah
ReplyDeleteKadang mud rajin...kadang ke laut..hihihi
DeleteMak aihhh.. beso mana tu murtabak RM10? Dua² lauk Mak Ngah masak tu sy suka wlaupun buttermilk tu lauk org muda katanya.
ReplyDeletemeriah sungguh masakan mamacella... sedap2 pula tu.. bahaya tengok tengahari mcm ni.. :D ldy nak msk ayam kunyit, mee goreng basah dan goreng kangkung shj hr ni...
ReplyDeletePergh…baca tajuk je dah terdetik…rajinnya mamaCella ni.
ReplyDeleteSaya macam biasa, tak rajin nak ke bazar Ramadan. Lebih rela masak je apa yang ada. Tapi kena cuba pergi jugak sesekali, ambik pengalaman suasana di Perlis.
Lebih baik masak sebetulnya...cuma takat nak ronda bazar sekali dalam sebulan ni ok lah kot..kalau hari2 jenuh ...hihihi
Deletemacam-macam jenis air makngah buat boleh lawan KA ni
ReplyDeleteMana boleh lawan KA🤣
DeleteDah banyak kali Daia mintak buatkan buttermilk chicken ni..mama dia x abis menuntut ilmu lagi
ReplyDeleteSaya pun main masak ja campak campak....tapi dah anak anak kata sedap...kira manjadi la kan🤣
DeleteSedapnya buttermilk chicken tu .
ReplyDeleteAlhamdulillah anak anak suka
DeleteAnak2 ammi pun suka buttermilk chicken. Ammi kureng sikit sbb rasa muak pulak bila makan.
ReplyDeleteBiji selasih tu kalau kita rendam banyak boleh simpan lama tak dalam fridge? Nak pakai cedok masuk cawan?
Saya rasa kalau takat sehari dua tahan la kot biji selasih tu
DeleteTudia... air teh bunga datang lagi!
ReplyDeleteSaya pun bila mula bulan puasa mulalah mengumpul bahan minuman teh bunga begini. Tapi sibuk update entri travel, dah tak sempat nak kongsi juadah berbuka.
Kongsi gambar pun jadi lah cikgu pasal juadah iftar tu..
DeleteTapi travel tu kena bersama ceritanya sebab kami belum pernah sampai