Semalam walaupun ada kursus..tapi saya agak rajin.Lepas asar dah dekat 5.30 petang saya gigih membuat Kuih Tako..
Baru baru ni isu semakin diperkatakan hingga Dewan Bahasa & Pustaka( DBP).Bagus juga untuk info dan merungkai kekeliruan.
Pukul 5 lebih nak masak kuih tako..hihihi.Memang plan nak buat dalam 10-15 pcs sahaja Kuih Tako.Daun pandan pun ada 10 helai sahaja..Maklumlah kita rumah atas kayangan...bukan ada pokok pandan sendiri.Saiz kotak pandan pun kecik besar sahaja sebab nak jimat pandan yang 10 helai tu.Taknak bazir..jadi sehelai pandan saya buat 2 kekotak.Kalau daun panjang besar la kotaknya & yang kecik tu dari pandan pendek tapi nak juga jadikan 2 kekotak.Maka saiznya ikut dan la & tak seragam..Tak boleh berniaga kalau macam ni..naya customerš¤£
Untuk cara lipat kekotak pandan tu saya share link youtube.. CARA LIPAT DAUN PANDAN KUIH TAKO ...kat sini
Resipi pun saya c&p dari old post.
Cuma untuk buat sikit pada kali ni saya hanya guna sukatan ¼ dari resipi asal sebab hanya nak buat dalam 10-15 pcs sahaja.
5 biji sengkuang cina-cincang
1 sudu kecil paste pandan hijau( pewarana hijau perisa pandan)
1 kotak sederhana santan Kara(500ml)+-1 mug juga
1. Bancuh semua bahan adunan hijau dan kacau dengan api kecil hingga mendidih dan meletus-letus.
2. Cepat-cepat sendukkan kedalam bekas kekotak.Isikan hanya seperuh kerana nanti akan ditambah adunan putih.
3. Biar adunan hijau memebeku.Sementara itu buatkan pula adunan putih lemak.
4.Bancuh semua adunan putih dan kacau hingga mendidih juga.
5. Penuhkan setiap kekotak yang sudah diisi adunan hijau.
6. Biarkan sejuk dan membeku sebelum dimakan.Tidak lama untuk kuih ini membeku.Dalam 10-15 minit dah beku.Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati
**kalau nak buat sikit,guna sukatan cawan.janji ratio tepung dan cecair betul..1:6..Maksudnya 1 cawan tepung jagung =6 cawan air.
Bahagian putih ratio 1:7 iaitu 1 cawan tepung jagung & 7 cawan santan( air+santan bagi dapat 7 cawan,)in syaa Allah jadi
Adunan hijau...
Memang saya guna pandan..harum baunya..
Putih- putih tu adalah cincangan water chesnut..
Water chesnut/ swngkuang cina.Saya suka makan ssngkuang cina ni..manis,juicy & rangup menjadikannya sedap dikunyah.Dulu dulu tahun 90-an selalu nampak penjual buah potong turut menjual sengkuang cina ni yang dah siap kupas dan dicucuk 5 biji pada lidi.Satu cucuk 50 sen.Sekarang yang belum kupas tu pun dah dekat 50 sen sebiji.Dah lah kulit tebal dan keras nak kupas.Mahal sebab diimport agaknya.Saya ada nampak kat youtube,di China pokok sengkuang cina ni ditanam dalam sawah padi dan berbuah ubinya tu dalam tanah berselut.Yang kita beli ni dah dicuci bersih.Tak tahu la kat Malsysia ada tanam ke tak..
Kuih tako ni kalau ikut yang saya dok baca majalah tahun 90-an dulu katanya kuih dari Thailand..
Adunan ni pulak dibuat daripada tepung kacang hijau.Bukan tepung kacang hijau yang buat kole kacang tu tapi ini tepungnya putih dikenali tepung mung bean ( tepung hon kwee)..pastu wajib ada cincangan sengkuang cina( water ches nut)
Tapi lately ni nampak dsh dikormesialakan guna tepung jagung yang lagi .urwh berbanding tepung mung bean...
Adunan putih berlemak untuk atasnya..
Dah siap tuang lapisan atas dan bawah
Biar dia berehat di bawah tudung saji..Kuih ni tidak mengambil masa yang lama untuk membeku.Walau masih suam,tapi teksturnya dan elok kenyal membeku.Cuma kalau buat awal..dapat sejukkan dalam peti ais dulu lagi ngam la
Dah make up sikit dengan hirisan daun pandan...Mula nak letak ceri kat tengahnya tapi sayang pula ceri tu sebab budak budak ni bukan nak makan cerinya..Depa buang ja nanti.Kalau kuih raya pun depa boleh buang ceri hiasan tu & makan biskutnya sahaja.Terbalik dengan kita zaman dulu..Korek makan ceri kat kuih raya... hihihi
emmm..dapnya.
ReplyDeleteaduhai...fav SA ni...yang ada water chestnut memang sedap...
ReplyDeleteDekat sini ada gerai jual tako, tapi banner mention "kuih pelita". Nak kena inform seller suruh baca blog ni gamaknya. hihihi.. tq for sharing!
ReplyDeleteammi dari 1st puasa teringin nak makan tepung pelita tp belum jumpa yg semenggah lagi. yg ada dia claim tepung pelita tapi dia berpotong2 dah rupa macam agar2 pulak nampaknya.
ReplyDeletePuas hati buat kuih tako sendiri. Mmemang sedap ada hirisan chesnut di dalamnya. Kalau beli memang jaranglah yang ada chesnutnya.
ReplyDelete