Saturday, 23 March 2024

ROTI KERCA, KARI PEKAT AYAM & TEMBIKAI BLACK BEUTY

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 12.



Juadah iftar semalam..Jumaat Ramdhan ke 11 

Roti Kerca,Kari Pekat Ayam & Tembikai Black Beuty



Kari Ayam Pekat + Kentang.
Saya masak kari ayam versi kari kerisik macam mak saya dok masak dulu dulu...
Guna KERISIK BUAT SENDIRI membuatkan kari oekat ni sungguh haru dan sangat sedap pada tekak kami dua beranak..Maaf la memuji diri pulak 🤣.
Tapi sedap kat tekak kami la..Sedap tu subjektif Lain orang lain seleranya.hihihi


Roti Kerca..Makanan ni saya hanya ingat nak buat bila bulan puasa saja..Tak tau la bila bukan bulan posa selalu tak terfikir nak buat.
Roti kerca ni batternya lebih kurang roti jala juga cuma tidak dijala,sebaliknya didadar nipis dan digulung,kemudian digunting serong menjadikan ianya seakan laksam tetapi versi tepung gandum la.Makan pula dengan kari ayam atau kari daging yang dimasak pekat.
Saya pernah kongsikan 
Eh,dah 10 tahun rupanya..Masa tu kalau Google roti kerca pun payah nak jumpa kerana makanan ni hanya popular disesetengah tempat di utara.Selain tu ada beberapa kali lagi saya masak roti kerca ni..pun semuanya dalam bulan puasa..hihihi
Dulu katanya roti kerca kuahnya  daging cincang tanpa kentang  antara hidangan untuk keluarga bangsawan.Namun roti kerca yang saya kenali masa zaman sekitar 40 tahun  dulu ianya dimakan bersama kari daging atau ayam campur kentang.Saya tak tau mana yang lebih sedap sebab tak pernah makan versi kuah daging cincang tu.Biasa makan ya g kuah kari pekat dengan kentang.Bagi rakyat marhain dulu mungkin kentang tu ditambah  mungkin untuk membanyakkan lauknya.Maklumlah kalau rakyat marhain nak guna daging cincang  bukan semua mampu.Jadi mungkin hanya guna sikit ayam atau daging dan diperbanyakkan dengan kentang agat dapat juga merasa makanan  ala ala menu bangsawan..Agaknya la..🤭


KARI AYAM PEKAT 
1/2 ekor ayam-potong
2 biji kentang- potong 8
¼ cawan  minyak
3 cawan air
1/4 santan pekat
1 sudu teh garam
2 sudu besar penuh rempah kari ikan
2 sudu besar penuh rempah kari ayam

Bahan Tumis:
2 bawang merah hiris
2 bawang putih hiris
2 hiris halia
2 bunga lawang
5 bunga cenvkih
5 buah pelaga
1 khlit kayu manis - kecil
1 pelepah daun kari

1. Gaul ayam dengan rempah kari ikan + kari ayam +kerisik &  1/2 cawan air
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum
3. Masukkan ayam berempah dan masak hingga naik minyak
4.Tambah air dan kentang
5. Bila mendidih masukkan santan, dan garam
6.Perlahankan api dan terus masak hingga pekat dan naik minyak
7. Sesuaikan rasa.


Masa mendidih tak nampak lagi minyaknya..Kita pakai periuk lejen aluminium cap buaya tu ja..takda periuk Vision bagai🤭


Bila diperlahankan api dan biar mendidih perlahan...kuah akan mula pecah minyak.
Sambil nak tunggu gulai pecah minyak,kita pun mendadarkan roti kerca...Bancuhan kena cair,kalau pekat sangat dadar jadi tebal...Air kapur tu membantu dadar jadi kenyal dan lebih sedap.Buat dengan non stick pan lebih mudah.Dulu katika masih mudah dan rajin ..sanggup guna non stick pan yang kecik sebab nak kuih nampak cantik Sekarang kalau ada non stick pan yang besar memang jadi pilihan.Lagi besar lagi cepat siap🤣


ROTI KERCA

2 cawan tepung- saya guna cap rose

3 cawan air

½ cawan air kapur ( yang jernih)

1 biji telur

½ sudu teh garam

2 minyak 


1. Masukkan semua dalam blender dan blend kan hingga swbati dan berkrim.

2. Biarkan ½ jam sebelum mendadar.

3. Panaskan pan dan mula lah mendadar sekeping demi sekeping.Tak perlu sapu minyak kerana dalam adunan dah ada minyak.

4. Gulung setiap keping dadar nipis tersebut dengan kemas

5. Potong serong sederhana tebal sebelum hidang


Kari jenis macam ni elok masak beberapa jam sebelum hidang supaya jadi pekat sebati dan baik minyak.Tapi ni masak ja terus hidang tak berapa nampak pecah minyak sebab kari masih panas.


Masa tengah makan...kari dah mula sejuk ...semakin nampak kuah dia pecah minyak dan nampak pekat elok.


Kuah pekat melekat...bersalut pada senduk...pulun makan dua beranak dengan anak jantan tu...hampir licin...hihihi



Baki dia ...eh,boleh mentong pulak lepas terawikh🤭
So memang sedap la kan🤣



Dessert
Beli tembikai Black Beuty ni kat Chekers...Dah merajuk nak gi pasaraya dekat rumah ni..Dua hari berturut pergi time balik kerja,towaf  8x pun parking full..Balik gitu ja...Waste time betul!
Semalam masa balik kerja singgah ja pasaraya dekat tempat kerja.Walau kena patah balik dalam 4 km tapi tak apalah dah confirm pasaraya tu luas dan parking berbumbung lagi...



Tembikai Black Beuty ni pada pandangan saya lebih manis dan merah tetapi saiznya lebih kecik dan dia tidaklah terlalu berjus seperti tembikai biasa yang bulat tu.Kulitmya pun sedikit keras berbanding tembikai bulat.Nak mak sebagai dessert memang sedap,tapi kalau kulitnya memang kurang berdaging dan keras tidak sesuai kalau nak guna kulitnya untuk disayur..
Kat Chekers ni semalam...harga tembikai bulat tu kalau tak salah semalam RM4/kg..
Harga Black Beuty ni RM4.59/kg.Harga sebiji antara RM15- RM20 bergantung saiz.Tapi saya beli sebelah sahaja


Alhamdulillah...

Rezeki 11 Ramadhan semalam.Tak masak nasi pun..


7 comments:

  1. Sy kenal resipi Roti Kerca ni masa dikongsikan penyanyi Azie (dia org utara kan). Makannya dengan kuah seakan kacang pool. Tapi, tu la sekali aje sy buat. Sy ni mmg apa² masakan pun sekali aje buatnya, hihji. Nampak sedap melekat kari Mak Ngah dekat roti kerca tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi betoi .kuah depa buat macam ala kacang pool..Selalunya orang have hava ja buat kuah macam tu dulu dulu..Kami marhain makan kuah kari ja🤭

      Delete
  2. tembikai black beauty tu rasanya kt kelantan panggil tembikai madu..buah dia lonjong panjang dan kulit color hijau gelap sikit dr tembikai biasa. tp tak tau tembikai yg sama ke tak ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jolo doh tu...😁
      Oh,panggil tembikai madu yer...
      Ada juga yang panggil tembikai Taiwan..Tapi buah yang sama ja kan

      Delete
    2. Jolo doh tu...😁
      Oh,panggil tembikai madu yer...
      Ada juga yang panggil tembikai Taiwan..Tapi buah yang sama ja kan

      Delete
  3. Tengok roti kerca ni teringat penyanyi Siti Nurhaliza selalu buat. Katanya ini kegemaran Datuk K.

    ReplyDelete
  4. Terliur kat tembikai black beauty tu la..kat sini mcm jarang plak nampak...

    ReplyDelete