Betul la balik Kedah minggu lepas memang penuh itinerary..Bukan jalan sangat tapi dok rumah pun penuh aktiviti..Paling wajib,balik sat macam mana pun kena juga pi mengai...tak boleh tidak..jadi ketagih...hihihi..Kedai jual umpan cengkerik memang laku keras..jantan betina semua pakat ketagih mengai..
Sebenarnya bila mengai tu jiwa tenang dan boleh kurangkan stress.Mana taknya,mata kita disajikan pemandangan hijau flora dan fauna serta unsur air tempat mengai tu mendamaikan.
Mak saya sebut pulut manis
Buat wajik gula apong atas permintaan mak.Mak dok sebut gula apong yang beli kat Sarawak beberapa bulan lepas masih ada.Pulut pun ada.Kata mak kalau buat pulut manis gula apong mesti sedap.Tapi saya memang perasan dah bertahun mak dah tak ghairah nak masak masak sangat.Banyak makan nasi bungkus dan makanan yang Achik masak.Tapi,kalau saya balik mak akan bersungut la nak makan itu ini dengam harapan saya akan masak.Saya perasan ja yang mak memang suka masakan saya..Hihihi...
Pokok pandan mak banyak dah kering dipangkalnya..Susah nak amik sebab semak dengan daun pandan kering.Kita pun tunjuk la hero...cari pisau dan bersihkan..Uii berpeluh basah baju dan gatal gatal kena rumput rampai tu sampai kena mandi...Ish,baru berangan nak beekebun bila pencen nanti..macamana ni...baru bersihkan pandan serumpun pun dah kepenatan..🤣
Cerah sikit selepas dibuang daun daun kering..Kalau ikut saya nak pangkas ja biar botak supaya nanti tumbuh anak anak pandan baru.Tapi mak larang Kata ma
Kena rajin kacau dan api kena perlahan sebab penggunaan banyak gula akan menyebabkan mudah hangus.
Kerana nak masukkan dalam bekas bekas plastik ni...saya biar la sejuk sikit baru isikan dalam bekas tu.Nak isi panas panas takut tercair pulak bekas tu..
Mak saya dan orang kampung yang sezaman mak memang panggil wajik ni sebagai pulut manis.Kalau generasi lagi lama dari mak depa panggil nasi manis.Kami pun dulu mengenali wajik sebagai pulut manis atau pulut kacau.Lately ni ja sejak zaman medsos ni ja baru kami pakat sebut wajik...
Buat wajik gula apong atas permintaan mak.Mak dok sebut gula apong yang beli kat Sarawak beberapa bulan lepas masih ada.Pulut pun ada.Kata mak kalau buat pulut manis gula apong mesti sedap.Tapi saya memang perasan dah bertahun mak dah tak ghairah nak masak masak sangat.Banyak makan nasi bungkus dan makanan yang Achik masak.Tapi,kalau saya balik mak akan bersungut la nak makan itu ini dengam harapan saya akan masak.Saya perasan ja yang mak memang suka masakan saya..Hihihi...
Bukan perasan tapi memang perasan🤣
Mungkin itulah antara kelebihan yang saya ada pun..Masak kena dengan tekak mak..Maklumlah,mak dah biasa makan masakan saya sejak umur saya 8 tahun.Walaupun dok jauh tapi kalau balik memang mak hint nak makan masakan saya.
Kali ni dah dia hint nak makan pulut manis...kita buat la jugak sikit..
Buat ½kg pulut ja
PULUT MANIS GULA APONG
½ kg pulut- rendam sekurang- kurangnya 2 jam
½ kg gula apong
( saya guna 300gm gula apong + 200 gula merah)
1 cawan santan pekat( pati santan)
sikit garam & daun pandan
1. Kukus pulut hingga masak & biar sejuk.
2. Masak santan,semua gula,garam dan pandan hingga mendidih.
3. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan hingga likat bertali.
4. Masukkan pulut dan terus kacau hingga sebati.Campuran gula akan mencair,teruskan kacau hingga kembali pekat dan kental.
5. Sejukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai.
Mak suruh guna gula apong sepenuhnya tapi saya pula derhaka.Takut wajik pucat,saya tambah sikit gula merah..hihihi
Santan kena betul betul pekat baru wajik sedap manis berlemak.
Haruman pandan menyerlah.Pandan musim panas lebih harum berbanding pandan musim hujan..
Cerah sikit selepas dibuang daun daun kering..Kalau ikut saya nak pangkas ja biar botak supaya nanti tumbuh anak anak pandan baru.Tapi mak larang Kata ma
Ok..tiba masa masukkan pulut
Memang kena selalu kacau kerana lepas masuk pulut,air gula tu akan mencair.Kena kacau hingga kembali pekat..likat dan kental baru dikira masak.Kena rajin kacau..Namapun Lulut Kacau kan...hihihi
Dah kental bolehlah buang daun pandan dan masukkan dalam bekas sesuai.
Dah kental bolehlah buang daun pandan dan masukkan dalam bekas sesuai.
Dulu kalau kita nak makan wajik,mak yang buatkan..sekarang mak nak makan wajik minta anak buatkan..Begitulah putaran hidup.
Kerana nak masukkan dalam bekas bekas plastik ni...saya biar la sejuk sikit baru isikan dalam bekas tu.Nak isi panas panas takut tercair pulak bekas tu..
Dapat la 4 bekas ni..Isikan ¾ penuh saja.Kalau isi penuh dan padat mungkin dapat 3 bekas sahaja kot..Habis la 1 bekas tu mak ulang ulang makan sikit sikit.1 bekas bagi kat Achik..1 bekas mak bawa ke kebun.1 lagi masih ada masa saya nak balik KL...Kalau cukup sukatan gulanya ..in shaa Allah tak berkulat dan tahan seminggu pun pada suhu bilik..Cuma kalau lama sangat akan bau tengik kesan penggunaan santan segar.Bau tengik minyak tu mak saya sebut bau "peghat"
Tengok pun dah nampak kemanisan dan keenakannya.. Saya follow sini.. jemput follow kembali :)
ReplyDeletePulut kacau nampak sedap ...saya pula tak reti nak makan. Cubit-cubit je.
ReplyDeleteMemang kena makan sikit sikit ja sebab manis...hehehe
DeleteAmmi masak kecik suka suruh mama buat wajik. Penah skali mama kata…suka makan wajik pegilah kawin dgn org melake hawau. Sekali masinnnnn da mulut mama
ReplyDeleteHihihi...Alhamdulillah,masin mulut mama🤭
DeletePulut kacau ni sedapnya . Lama tak makan
ReplyDeleteKalau cukup lemak manisnya memang sedap terutama pecinta manis macam saya🤭
DeleteMasih teringat² sedapnya pulut kacau makngah. Sedappp
ReplyDeleteAlhamdulillah ...
DeleteBegitu juga kek buah air tangan mami Ahnafea...Raya nanti nak order lah
kalau arwah bak dlu mmg suka makanan ni.. selalu suruh che buat.. kami panggil nasik manih.. bila besar2 ni baru tahu orang panggil wajik..
ReplyDeleteSungguh ..lapih tua tua ramai sebut nasi manih sebab memang manih kan...
Deletetak pernah buat kadang teringin nak buat jugak kak boh durian sikit
ReplyDeleteAkak pula kalau boh durian tak makan..tapi yang pelik wajik dan durian kalau makan asing asing kak suka🤣
Deleteteringinnya nak buat tapi tak rajin hahaha mcm mana ni
ReplyDeleteOrnag NS panggil wajik...
ReplyDelete