Balik Kedah baru ni,memang itinerary padat...hihihi
Dalam sehari sempat buat beberapa aktiviti.Sempat jugak la ke Perlis..Sempat makan luar beberapa kali.Dalam masa yang sama semoat masak beberapa menu permintaan mak.Antaranya Kuih Koci.
Sejak seminggu sebelum tu,mak ada call bagitau dia buat inti guna gula apong dari Sarawak.Sedap katanya sebab guna gula apong dan kelapa pula dapat kelapa dari kampung yang tak berapa tua.Memang sedap buat inti.Mak kata dia simpan inti dalma peti ais...Tunggu saya balik Kedah dia nak suruh buat Kuih Koci.
Sesambil saya masak Gulai Ikan Puyu tu la,saya uli adunan nak buat kuih kocinya...
Cella nak belajar juga gentel kuihnya.Tapi main main lebih..
Mak saya,biasa la...kalau nak gentel buah melaka ke apa ke..memang kena pastikan tangan kiri beralas dauj pisang atau piring.Kalau dia nampak gentel dua dua tangan tapi tangan kiri tak alas....dia tak akan makan.( tapi kalau dibelakang mak kadang saya bantai ja gentel tanpa alas...)ðŸ¤
Yang si nenek kalut nak ajar..Yang cucu malas nak dengar...Kita yang si anak ni jenuh nak balance kan dua generasi tu... generasi lama yang oenuh pantang larang dan generasi Y....hahaha
Orang muda....Tidak menyabar...
Nak masak kuih tradisional ni kena banyak sabar.
Orang yang nak belajar kena sabar..Tapi yang mengajar lagi kena sabar..🤣
Kalau kat KL ni jarang nak dapat peluang masuk dapur bersama..Dapur sekangkang kera.
Ni kat Kedah ruang luas sikit..lapang la sikit.Buka pintu luas..luas biar angin timur masuk...hihihi..
Bungkus 3 biji tak dapat tune untuk jadi montok..Sebaliknya jadi lonjong macam lepat.Akhirnya saya bungkus macam kuih koci dolu dolu bentuk kon..
Lemak manis dan sedikit masin yang seimbang.Intinya tidak terlalu gelap kerana nak guna gula apong sepenuhnya.Sedap sangat intinya manis manja dan tidak berhampas kerana kelapanya belum terlalu tua.
Saya takda IG..hihihi
Ish kalau dok dekat nak juga huloq pinggan haha.... Sy suka kuih² tradisional ni tapi tu la x pandai nak buat. Lagi² kena teliti dan tertib buat kuih tradisional ni ðŸ¤
ReplyDeleteSedap nya koci buat sendiri boleh adjust lemak dgn manis dia.. tgn kiri beralas tu mcm mana.. pakai glove getah tu ke? Nak belajar buat kuih ni kena sabar dah dpt rentak baru la seronok huhu..
ReplyDeleteTerliur terussss
ReplyDeleteAaa.. kita ingat ni, dulu pun Cella selalu cerita, nenek tak akan makan kuih yg diuli guna dua tapak tangan. Cantik kuih koci berlatar bendang menghijau.
ReplyDeleteSedapnya koci pulut hitam..feveret
ReplyDeleteSedapnya makan koci menghadap hamparan sawah padi menghijau.
ReplyDeleteSeronok tengok anak beranak ni selalu main masak-masak sama-sama 😀
latar belakang tu yang buat mahal memori tu...
ReplyDeletekesukaan ammi kuih koci ni..tp skarng kena berpada2 kalau nak makan
ReplyDeletenak sikit , hehee
ReplyDelete