Friday, 2 February 2024

MASAK NASI DAGANG CARA SAYA

 Teringin nak makan Nasi Dagang

Maka masaklah nasi dagang cara saya..



Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol + Telur


Sebelanga Gulai Ikan Tongkol.
Masak gulai ikan dulu waktu malam .Esok panaskan baru sedap bahan dan mesra dan kuah akan pekat

GULAI  IKAN TONGKOL... 

2 ekor ikan tongkol( saya suka tongkol hitam,)Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam

10 biji telur rebus

2 asam keping

10 cili pdi merah

5 cili hijau(kalau dapat cili yang buat solok tu lagi sedap)

2 kotak santan

½ cawan rempah kari ikan

2 keping kecil  gula kelantan/ ½ cawan gula melaka

1 cawan minyak

garam secukup rasa

* Saya tambah 2 biji timun dikerat dan belah dalam bentuk jejari.


BAHAN BLEND:

20-30 cili kering-rebus

1 bawang holland

5 bawang putih

1 ketul kecik halia

1 ketul kecik kunyit

1 ketul.kecik lengkuas


1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak

2.Tambah serbuk kari yang dibancuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi

3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biar mendidih

* saya tambah jug timun yang dibuang biji dan potong bentuk jejari

4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih

5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak

6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa




Kukus beras yang dah rendam..Bila ½ masak angkat dan gaul dengan santan cair.Kukus lagi hingga masak


Bila dah masak sepenuhny  angkat dan gaul bawang merah,halia & halba



Curahkan santan segar yang dah dicampur garam dan sikit gula



Kacau kalau sambil tekan ( aron) macam nak buat pulut lemak supaya santan sebati dan nasinya lembut(bukan lembik)

NASI DAGANG PUTIH

1 cawan beras pulut

3 cawan beras biasa

1 sudu halba

1 ketul halia muda- mayang halus

5 biji bawang merah- hiris

2 cawan santan pekat

2 cawan santan cair

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1 helai pandan


1.Beras pulut dan beras biasa dicampurkan. Yang putih tu beras pulut.Basuh dan rendam semalaman

2. Bila dah rendam sama jer warnanya....

3. Halba... guna 1 sudu jer...basuh dan rendam

4. Rendam berasingan dari beras sebab nanti air rendaman halba ni akan berlendir dan baunya agak  kuat

5. Panaskan kukusan dan kukus campuran beras pulut dan beras biasa yang sudah direndam bersama pandan..Kukus anggaran 1/2 jam..

6. Angkat nasi yang separuh masak tu dan gaulkan dengan santan cair yang kosong.Gaul rata dan kukus semula anggara 20 minit lagi

7. Rasa dengan makan sikit nasi tu.. Jika dah masak angkat dan gaul bersama santan pekat yang sudah dicampur garam dan gula..

8.Campur dan gaulkan juga bawang merah hiris,halia mayang dan halba yang sudah direndam..


Tips: Mesti guna santan segar,,,Kalau guna santan kotak  nasi xkan berkilat...dan nampak kusam x berseriRasa juga berubah8. Boleh terus hidang  tanpa perlu mengukus sekali lagi.. Rasa akan lebih sedap dan berlemak



** Jika untuk tahan lama supaya x cepat basi,,,,,Kukus lagi sekali selepas digaul santan pekatTETAPI   buka  penutup pengukus....Kukus dengan keadaan terbuka supaya wap x masuk dannasi x lembik...



Gulai dah siap.


Siaplah nasi dagang gulai ikan tongkol cara saya


Acar tu takda carrot..Hanya guna timun bawang,cili,garam,gula & cuka


Lauknya sengaja masak banyak sebab nak frozenkan.


Dapat ratah kepala ikan ni terongat Nasi Dagang Atas Tol...Sejak Cella habis belajar kat UniSZA  kami macam takda alasan nak ke Trengganu..hihihi
Nanti bebila nak kena pi jugak...Nasi Dagang Atas Tol tu melambai lambai..



21 comments:

  1. sedapnya kak oi... terus rasa nak cari ns dagang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali memang teringin tu tak dapat dihalang kan

      Delete
  2. Hai la MC ni, rajin sungguh!
    Nak try la resepi ni cuti sekolah nak mai ni...Abang ada syok sikit masak, dia kuat makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom ..jom...bila anak anak semua ada...semangat nak masak kan

      Delete
  3. Mak aaiiii... kalau beginilah hidangannya, saya rasa nak menambah 3 kali!

    ReplyDelete
  4. awak orang Trengganu? cara tu mcm org trg pure..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan...Tapi peminat makanan Pantai Timur..Eh, sebenarnya minat semua makanan...sebab memang pemakan

      Delete
  5. sedapnya nampak gulai tu terus rasa lapar tengahari gini. hiihih

    ReplyDelete
  6. Sy rasa kan dah setahun tak makan nasi dagang. Sebab sy ingat, sy dah lama tak pergi makan di mana² kedai masakan kelantan sejak tahun lepas. Dua tiga hari ni nmpk kat fb lalu-lalang nasi dagang, ni Mak Ngah pulak dok tayang, terasa warung Kelantan melambai-lambai jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa....silap silap nanti know know dengar SK & PI kat Kelantan ...hihihi

      Delete
  7. Uishhhhh sedap² terliur dibuatnya ;)

    ReplyDelete
  8. pandainye msk nasi dagang., wak mmg feveret nih.,

    ps. TT perasan x link dlm profile tu xleh direct masuk blog nih., kene google dulu.,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...betul la Wak
      Dah xde link..
      Huhuhu
      Dia dah mengong sebab dulu email asal kat phone Cella..Sekarang saya buka kat phone saya dia keliru email saya dan email cella
      Saya tak reti nak setting

      Delete
  9. waduhhhhhh sedapnya nasi dagang ikan tongkol!

    ReplyDelete
  10. Nasi dagang gulai ayam sedap. Tapi paling win semestinya ikan tongkol!

    ReplyDelete