Wednesday, 28 February 2024

MAKAN MEE UDANG @ KUALA KUAR(KOLA KUAQ) DIGUYUR HUJAN..!

 Cerita minggu lepas @ Kedah

Ini kisah makan mee udang sehari sebelum balik KL hari Khamis minggu lepas 



Kami bergerak lepas Asar dalam 5.30 petang..Perjalanan kami dari Pendang ke Kuala Kuaq diiringi hujan setelah lebih sebulan tak hujan. Kami melalui PLUS arah utara & exit Alor Setar Selatan...menuju ke Kuala Kedah



Melintas Jambatan Tok Pasai.Selepas Jambatan Tok Pasai kalau ikut waze dia suruh belok kiri tapi kata mak,jalan belah kiri akan melalui lorong berbatu yang tak elok.Maka Cella pun patuh arahan neneknya.Derhaka pada Waze,kami belok kanan.Lepas tu elok ja Waze pula guide ikut kanan tu 

Sepanjang jalan kita disajikan pemandangan sawah padi yang menguning.Musim angin timur ni memang musim padi masak dan taburan hujan sangat minima..Kelihatan anak anak bermain wau dan layang layang.


6.30 petang ...Setelah 1 jam perjalanan....dalam 5 minit lagi kita akan  sampai.Mesin menuai padi berlatar matahari dah jauh di ufuk barat.



Dah sampai.....
Cari port parkir


Ada juga dijual Brain- Brain🤣
🧠 🧠


Ni la Warung Mee Udang Kola Kuaq tu..




Ni dapur masak...
Tempat duduk seberang jalan menghadap laut..
Ambil tempat duduk & buat pesanan.
Ada:
Mee Udang
Kue Teow Udang
Meegi Udang
Nasi Goreng Udang
Udang Crispy
Sotong Celup Tepung
Ada satu dua menu lagi saya tak ingat
Maklumlah kepala fokus nak makan mee udang ja kan...
hihihihi



Konsepnya,duduk mana mana meja kosong.Nanti pelayan akan datang amik order makanan dan minuman.
Apa yang sampai terus bayar.
Contoh macam kami...
Minuman sampai dulu...bayar dulu minuman...Achik bayar🤭RM15
Kemudian mee pulak sampai..bayar la mee..
Kami pesan 4 special untuk makan dan 1 mee udang special untuk bungkus..
RM15 x 5 =RM75
( pun Achik bayar)🤲🤲


** Tempat dah cantik...makanan sedap..udang besar dan fesh...
Tapi rasanya pihak pengurusan kena boh alas meja la bagi nampak kemas dan bersih sikit..Tak comey la meja tu kan..🤭



Masin pulak mulut Achik..
Achik kata...ni kalau hujan mau ada "aroma" persekitaran ni..



Mee Udang Special
Semangkuk besar mee berkuah
4 ekor udang XL
RM15
Kalau Mee Udang Biasa RM10

* Katanya harga udang ikut pasaran semasa.Tapi depa takkan ubah harga..Harga masih sama,cuma jumlah udang yang akan DIKURANGKAN.

Bagus konsep ni..Takla nanti kalau pi hari ni harga lain..
pi esok harga lain....Kita pun takkan nak tanya dulu harga semasa udang kan...🤭



Mak punya ABC RM5



Cella order Laicikang sejuk RM5



Semua makanan dah sampai


3 Mee Udang Special
1 Maggi Udang Special(mak tak makan mee kuning..kueteow pulak habis.Nasib baik ada pilihan megi)
1 ABC
1 Laicikang
1 Teh O Ais Limau
1 Nescafe Ais
** Mee yang bungkus depa suruh amik kat dapur masa nak balik nanti.



Ceritanya ...


Tengah suap mee baru beberapa sudu....tak semena mena hujan selebat lebatnya mencurah bagai air dituang dari tempayan.
Laicikang Cella menjadi sasaran utama...penuh dengan air hujan yang mencurah dari atap yang bocor.





Nasib baik udang tu kami baru saja isikan dalam piring piring untuk diratah..Sempat la letak tempat lain dari terkena air hujan.Udang saja yang selamat.Atap tu berlubang sikit sahaja.Rasanya lubang bekas paku.Tapi sebab jumlah lubangnya banyak...maka,pelangganain pun sama talk dapat nak pindah kerana meja semua penuh.Angin disertai tempias. 

Semua pun panik kerana tak jangka hujan akan turun dimusim kemarau ini.Dah dekat 2 bulan tak hujan katamya.Sekali,Allah turunkan....selebat lebatnya membasahi bumi gersang.Air bertakung macam musim hujan pulak..
Seperti kata perpatah..
" Panas Setahun Dihapuskan Oleh Hujan Sehari"





Hujan reda sahaja,kami pun angkat kaki.Udang dalam liring tadi auruh pekerjanya bungkus.Terus ambil mee yang dibungkus untuk Aqil dan lari masuk kereta 




Mee Udang bungkus...Penuh udangmya sampai tak nampak mee.
Kuah asing.Nak makan tinggal panaskan kuah dan masukkan meenya.


Udang kami berempat yang tak sempat nak makan tu saya kukuskan semula hingga berasap..Banyak udangmya .Lupa nak timbang tapi rasanya cecah sekilo tu..


Nasi Kandaq Udang...in the house
Kebetulan  ada masak kari ikan,sambal sotong dan masak kicap ayam..Cella makan nasi kuah campur + udang tu pastu acah acah makan nasi kandaq udang.Tengoklah betapa besarnya udang tu dalam pinggan.




Ada lagi berbaki 4 ekor udang.Saya kopek kulitnya ambil isi sahaja dan masak Nasi Goreng Udang..Licin dikerjakan Cella

Begitulah kisahnya ....
😁


12 comments:

  1. saya orang kedah rasa macam mahal betul harga dia..tapi berbaloilah dengan udang dia yang besar gedabak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh ..bunyi dia mahal la jugak...tapi bila tengok udang ..masyaa Allah berbaloi

      Delete
  2. peminat udang di Tawau kalau tengok ni jealous lagi tak?hehe
    geram sgh tengok udang tu besar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....sib baik udang sana lagi banyak...hihihi

      Delete
  3. bila baca ni, ya Allah.. memanggil-manggil rsnye nak kembali ke sana.. melihat pokok padi menguning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la...musim angin timur ni best...cuma panas membahang waktu tengahari

      Delete
  4. Brain-Brain nooo, kreatif betoi orang kampung kita noh 😂
    Besaq betoi udang tu....sedap tu isi banyak :D

    ReplyDelete
  5. Haiiii saja je tayang banyak2 gambaq mee udang tu noooo. Tetengah panas ni nampak air laicikang si cella terliur pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda menggoda kan...kena la tayang lebih🤣

      Delete
  6. Kalau teringin nak makan mee udang memang selalu ke sini ..udang memang fresh & besar pulak tu . Memang puas makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...bab tempat..udang dan masakan dia puas hati..cuma depa kena guna alas meja la baru syok nak makan🤭

      Delete