Ramai yang cuti baru bermula.Ramai juga yang cuti CNY + weekend berakhir & hari ni dah naik kerja.
Sejak seminggu dua ni tiap hari masa dalam perjalanan ke tempat kerja sering berselisih dengan ",Bas GoKL," yang warna hijau tu.Pernah dengan bas GoKL ni percuma.Macam teringin nak naik.Tapi tak reti.Ya,saya memang dah jakun bandar.Dulu zaman kanak kanak seronoknya kalau dapat naik bas,Bila remaja masih seronok kalau dapat naik bas sebab jarang dapat peluang naik bas.Masa form 6 memang sekolah kat bandar tapi bila minggu outing hanya jalan kaki.Time balik kampung pun dapat naik bas dalam 10 minit sahaja kerana kampung saya takda jalan raya.Naik bas dalam 8km dan seteruanya sambung jalan kaki 8 km lagi untuk sampai ke rumah.
Bila habis sekolah,sambung belajar kat KL...haa,puas la naik bas..
Nasib kami...kena batch kami,ramai tak dapat asrama kerana memberi laluan kepada student matrik yang akan ke luar negara.Kami yang local ramai kena duduk luar dan menyewa.Hari hari naik bas dari rumah sewa ke kelas.Bas Thong Fong warna biru no 123 Bandar Tun Razak- Jalan Silang,KL.Bas akan berakhir depan Bangunan Cahaya Suria depan Menara Maybank berhampiran Puduraya...
Kena praktikal pula kat Wangsa Maju..Haa naik lagi bas mini..
Kadang takda pilihan,bas Fuh Hup warna hijau tu pun naik separuh jalan sebelum sambung naik bas mini.Merasa juga "nikmat" naik bas mini no 36,52 dan 45.Daripada bas mini warna coklat hinggalah bas mini diseragamkan warna pink..Zaman tu kebanyakan warga kota terutama student & orang muda belum mampu berkereta.Siapa yang memiliki kereta tu kira mewah la
Seiring masa berlalu,kemajuan,menyaksikan kereta bukan lagi lambang kemewahan,sebaliknya menjadi keperluan.Kebanyakan warga KL memiliki kereta sendiri .Namun pengangkutan awam seperti bas,ETS,LRT,MRT,PUTERA,MONOREL etc tidak hilang kepentingannya.Masih menjadi nadi kota untuk warganya bergerak.Apa lagi bagi mereka yang tempat kerja tidak menyediakan parkir.Ada yang sediakan parkir pun kena bayar sewa bulan.maka pengangkutan awamlah menjadi pilihan..
Eh,tetiba rasa macam menulis essei dalam SPM pulak...hihihi
Alhamdulillah,rezeki saya tempat kerja tak jauh sangat dari rumah.Lebih kurang ½ jam perjalanan dengan berkereta.Walapun parkir dibawah terik matahari tapi tapi masih percuma.Sesekali perlu berkenderaan awam pun teksi atau grab car jadi pilihan.Sebabmya laluan dari rumah ke tempat kerja memang tiada direct public transport..Kalau nak guna public transport kena ke Pusat Bandar dulu & dua tiga kali exchange.Perjalanan ½ jam mau jadi 3 jam.
Kali terakhir naik bas henti henti ni rasanya lebih 20 tahun lalu kot..zaman bas Intrakota dulu.Naik bas ekspres tu selalu la juga tapi lain kan..
Bas kosong..Hanya kami berlima sahaja.
Dapat bayangkan berapa kecohnya dlm bas tu Mak Cella 😂
ReplyDeleteSy pun tak reti dah nak naik bas! Sejak kawin suami hantar sana sini, terus hilang skil naik bas 😂
Dulu mmg bas la jadi pengangkutan utama; bas Metro, bas intra Kota, bas mini pun merasa gak dan bas hijau kat Melawati tu....
Hahaha....kalau anak anak tengok perangai mak mak depa...malu depa nak ngaku anak🤣
DeleteOkey, kelakar. Kita pulak yg tersengih² baca. Sy kalau naik bas mesti berdebar².
ReplyDeleteKalau naik sorang saya pun akan berdebar ..🤭
Delete5x saya reply tetap hilang dari radar taktau pasal apa...
ldy zmn belajar shj duk ulang alik dgn bas.. lps hbs belajar ade dua tiga kali naik bas.. lepas tu terus x naik bas.. :D..
ReplyDeleteNanti lama lama pasti LB juga akan rindu kenangan naik bas tu kan...Kenangan tu seronok nak kenang tapi nK melalui tu....kena fikir berkali..hihihi
DeleteSA x pernah naik pun...selalu je nampak..
ReplyDeleteSA dah puas naik bas Seremban- KL🤭
Deletemasa kerja di Raja Chulan tiap hari naik bus ni..sekarang kita naik rapid kl je ahaksss..
ReplyDelete