Haaa...naper nama dia Kacang Mata Hitam..?
Haaa...sebab mata kacang tu dah kena penumbuk dengan gangster kot..
Sebab tu mata kacang tu hitam lebam
Hahahaha......
Ni Bubur Kacang Hijau + Kacang Mata Hitam ni
Mak aku yang masak...
Bubur Kacang Hijau + Kacang Mata Hitam..
Kacang Hijau memang la orang biasa masak bubur ..
Tapi Kacang Mata Hitam x semua orang biasa buat bubur..
Mak aku cakap nenek pun x pernah guna Kacang Mata Hitam untuk buat Bubur.
Mak aku cakap kalau kat kampung nenek
Kacang Mata Hitam ni dipanggil Kacang Ketupat.
Sebabnya Kacang ni biasanya dicampur kedalam Ketupat Palas
Yang aku pernah makan mak aku guna kacang ni untuk campur dalam LEPAT PULUT KACANG kat sini
Bubur Kacang Hijau + Kacang Mata Hitam ni
Mak aku dah pernah masak sebelum ni..
Jap nak semak balik entri tu..
BUBUR KACANG KETUPAT kat sini....
Bila baca balik entri tu baru ingat balik..
Mak aku aca citer orang Indon panggil Kacang Mata Hitam a.k.a Kacang Ketupat ni sebagai Kacang Tonggak...
Ada yang panggil Kacang Otok..
Ada yang panggil Kacang Putih..
Dalam comment kat situ Aunty Ogy lak cakap kat kampung Aunty Ogt dipanggil Kacang Biji..
Aunty Ogy juga ada bagitau kat kampung beliau Kacang ni dimasak Kari Kerimg Bersama Jati dan Pedal..
Haaa....mak aku pun dah cakap pasni nak try masak macam tu sebab stol Kacang Mata Hitam ni ada lagi...
Hmmm...macam sedap jer...!!
Mak aku cakap sedapppp sangat...
Kata mak aku kacang hijau tu biasa la..
Kacang mata hitam tu mak aku cakap empuk gebu..
Haaa...kena tanya mak aku la
Sebab aku memang x minat Bubur Kacang
Kacang Hijau ke..
Kacang Mata Hitam ke..
Kacang Tanah ke...
Memang bukan taste aku..
Tapi kalau Kacang Macadamia
Haaaa....yang tu aku suka....
Sebab Kacang Macadami memang sedapppp
BUBUR KACANG HIJAU + KACANG MATA HITAM
1 cawan kacang hijau-
1 cawan kacang mata hitam /ketupat
¼ cawan sagu biji
1 kotak santan
1 helai pandan
½ sudu teh garam
3 sudu gula perang @ gula melaka
5 sudu gula pasir
1. Rendam kacang ketupat, kacang hijau dan sagu berasingan.
2. Rebus kacang hijau dan kacang ketupat hingga empuk.
3.Bila kacang sudah epuk dan lembut masukkan ½ kotak santan yang dicampur 2 cawan air.
4. Masukkan pandan dan garam.
5. Masak semula hingga mendidih dan tambah sagu
6. Bila sagu jernih baru masukkan gula perang dan gula pasir.
7. Masak hingga agak gula larut dan tambah baki santan pekat dalam kotak.
TIPS:
* Masak beberapa jam awal sebelum makan supaya lebih pekat dan sedap
**Jika hendak masak bubur campuran ini secara banyak- rebus kacang hijau dan kacang mata hitam secara berasingan kerana kacang ini kerana kacang hijau lebih cepat empuk berbanding kacang mata hitam
*** Kacang mata
Kacang Hijau....
Memang senonim untuk buat bubur
Haaa...ni Kacang Mata Hitam...
a.k.a Kacang Ketupat
a.k.a Kacang Tonggak..
a.k.a Kacang Otok..
a.k.a Kacang Biji
Badannya putih..
Matanya jer hitam...
Semangkuk Bubur Kacang Hijau + Kacang Mata Hitam...
No comments:
Post a Comment