Sekarang ni pergerakan di luar terbatas.Tapi pergerakan dalam rumah paling kerap ke dapur la..
hihihi
Mencari sahaja bahan & idea untuk isi perut
Goreng rengginang.Beli kat Anggerik sebelum puasa lagi rasanya
Biasa panggil inang-inang.Tapi rupanya ada juga mengenalinya sebagai rengginang.Hari tu pernah sekali post pasal inang-inang,Wak Warisan Petani komen katanya beliau panggil rengginang.Sejak PKP yang panjang rajin berjalan-jalan di alam maya...rupanya di Indonesia juga mereka menyebut sebagai rengginang
Maka kita letak la titlenya makan rengginang supaya tahu ada nama lain selain inang-inang.
Kudapan lama.Kali pertama kenal rengginang ni masa sekolah menengah.Masa tu cikgu buat lawatan sambil belajar 3h3m ke KL/Melaka sebelum exam.Ramai membantah cikgu buat lawatan sebelum SPM sebab selalunya orang buat lawatan lepas exam.Tapi cikgu Berahim ada alasannya.Katanya sebelum exam la kamu semua kena buka mata luaskan pandangan,baru ada idea ilham & semangat nak belajar bersungguh- sungguh.Sesekali kena keluar kampung & tengok dunia luar,supaya datang semangat..Asalnya mak tak kasi ikut sebab kosnya RM35.Duit belanja lagi,mana nak cari.Akhirnya guna duit biasiswa RM35 untuk tambang lawatan & mak kasi duit belanja RM15.Dua malam kami tidur di asrama Biro Tatanegara & makan cikgu cari sponser.
Bertolak waktu malam,pagi sampai Melaka.Lepas Melaka barulah patah balik KL.
Masa kat Melaka tu lah saya excited tengok ada makanan berwarna-warni yang digantung pada kebanyakan gerai tumpuan pelancong.Tahu namanya inang-inang sebab penjual yang bagitahu.Itulah antara buah tangan saya beli untuk bawa balik kerana harganya murah & mampu beli.Selain itu saya ada beli bunga kayu di Bandar Hilir.Kawan-kawan lain pakat beli replika kereta lembu tapi saya tak mampu beli sebab takut nanti tak ada duit nak makan di KL.
Makan rengginang sambil acah-acah la berjalan-jalan @ Bandar Hilir...Hihihi
inang-inang rupanyan... xtau pun nama kuih ni tapi kalau pegi melaka mst beli utk buah tgn balik... hehehe
ReplyDeleteGitulah namanya yang saya tahu...Inang- inang & lepas tu tahu nama lainnya rengginang.Mungkin ada lagi nama lain yang kita tak tahu.Sesuai buat buah tangan kan..Cantik warna- warni
DeleteAda kesah lucu pasal rengginang ni.kawan asal muar bagi kat pembantu kerja sambil cakap sedap cicah air kopi panas.Akak tu pn balik kerja bergegas bancuh kopi o secerek dan lambak kuih2 kat anak 4 org mcm anak burung kelaparan. Cicah punya cicah tak jugak lembut diaorg pn marah. Esok akak ni pn tanya kawan tu nape kuih keras kong. Kawan jawap goreng minyak tak cukup panas kot. Akak jawap laa kena goreng dulu ke bukan terus cicah kopi panas.hahaha tak tau la salah sapa ni
ReplyDeleteAllahu....
DeleteTak tau la nak semyum ka nak nangis ni..Mungkin yang kawan tu sebab dia dah biasa makan,tak terfikir la nak bagitau kena goreng dulu.Yang si dapat ni pun mana la tahu kena goreng.Yang naya anak-anak yang kelaparan tu.Aduhai,apapun pasti menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan...
Aduh, kok tak digoreng mahu patah giginya mbak 😆😆😆
DeleteSy pun panggil inang-inang..
ReplyDeleteKebanyakan panggil inang-inang kan...
DeleteDah lama tak kudap renginang ni
ReplyDeleteOps...Renginang ye Wak...
DeleteSaya sudah tambah jadi 2 g la...hihihi
Saya panggil rengginang. Bonda saya selalu buat. Saya jumpa rengginang pelbagai perasa seperti udang, pedas dan lain2 sewaktu di Surabaya.
ReplyDeleteOh,Sekarang ada 3 nama
DeleteInang-inang
Renginang
Rengginang
Menarik tu ada macam- macam perisa.Saya belum jumpa lagi.
Mungkin lepas ni pengusaha boleh kreatif lagi letak perisa ikut warna .Strawberry ke,lemon ke...Mana tau ada peminatnya..heee