BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE
Bahan ayam
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
4 sudu tepung ubi + sikit garam + serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas Bestari jer)
1 cawan minyak untuk goreng
Bahan Sos:
1/4 blok butter
1 tin susu cair
2 sudu serbuk cheese super ring
10 cili padi
1kiub ayam
Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang
1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm
2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan
4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali
5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus
6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )
7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata
8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak
9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api
Untuk ambil gambar....
Ehhem dah tertunai ker hajat buat nasi lemak daun sempoh
ReplyDeleteHehehe...hajat belum tertunai..Tak dapat nak ambil daun sempo tadi...jalan tu tutup
DeleteAduiiiii! Butter chicken ni kegemaran Abang Farid! Dia sanggup masak sendiri di dapur.
ReplyDeleteLama dah tak tengok pic masakan Abang Farit..Semoga Allah mudahkan urusannya di Malaya
DeleteLama tak masak butter chicken ni sebab tak ada permintaan dari anak bertuah ðŸ¤
ReplyDeleteDepa orang muda suka sungguh butter chicken ni kan...Jangan diseru...nanti dia minta...hihihi
Delete