Sunday, 27 June 2021

SEDAPNYA SAMBAL BELIMBING ROSE

 Ni konon tak masak sambal la...Tapi tidak bersambal ka ni?


Nasi putih
Ayam goreng
Tempe goreng
Ulam selom
Sambal  Merah Belimbing


Hihihihi...tak masak sambal..Tapi tak boleh tinggal sambal..Memang tak masak.Tapi sambal belimbing tu beli dari Rose.

Sambal Merah belimbing air tangan Rose.
Rose ni rajin yang amat la..Anak 6 tapi  sempat menguruskan kebun tebu bagai.
Tambah lagi berniaga macam- macam..
Cili blend
Bawang blend
Serai,lengkuas,kunyit,
halia blend,semua ada.
Banyak memudahkan kami yang tak berapa rajin ni .Hihihi.
Saya pun sejak dia jual cili,bawang bagai yang dah siap blend,memang beli jer dari Rose.


Rose kata macam sambal hitam Pahang la tapi versi merah & dia guna belimbing fresh.Kalau sambal hitam Pahang guna belimbing rebus yang hitam.


Dulu Pokcik rajin masak.Kalau kami balik,pokcik akan sediakan macam-macam makanan exotic.Rusa,landak,kancil,ayam hutan, sambal hitam,tempoyak bagai.Paling tidak pun kalau kami nak balik KL pokcik akan bekalkan sekilo dua daging lembu fresh.
Semoga Allah beri syafakillah kepada pokcik & kembali sihat seperti sebelum ini...Amiiinnn...


Ni gambar Sambal Merah Belimbing dari Rose.Rasanya selang sehari dia akan masak sambal belimbing.Memang sedap.


Makan dengan ulam selom ni pula.Memang layan



Tak payah lauk berkuah Cukup ayam goreng


Pastu tempe goreng.
Ni tempe daun .Lagi la sedap.Makanya pastilah,ini juga hidangan lunch beberapa hari lepas.Hari ni dh memang kena makan nasi goreng.Sebab nasi semalam ¾ periuk kena kasi clear..hihihi


Macam ni suku suku separuh ke tak?
Hahahaha..boleh disiplin sebulan sahaja.Pastu ke lautttttt.

Air tebu ni pun order dari Rose...
Pedas- pedas patutnya minum air hangat macam petua cikgu Amie.Tapi kalau depan mata ada air panas kosong vs air tebu manis & sejukkkkk....?????
Heeeeeee...sendiri jawab..!

4 comments:

  1. Ini macam kalau sy pun mahu nak order macam2 dengan Rose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...memang banyak memudahkan kerja..tu yang menyamballlll jer ni


      hihihi

      Delete
  2. Saya tetap pilih ar panas hahahahaa!
    Mudahnya kerja dapur kalau banyak bahan perencah ada yang dah dijual siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uis ..cikgu jiwa kental..
      Saya jiwa tisu...hihihi

      Delete