Wednesday, 16 June 2021

MASAK BAKSO SIMPLE

 Dah lama tak masak bakso.Kalau masa belum PKP dulu boleh gak ke foodcourt  Taman Warisan tu sedap baksonya.Kena pulak dengan cendol kat situ.Nyaman....


Masak bakso simple.Selalu saya letak rempah ratus macam masak sup tu.Kali ni saya cuba ikut simple style macam banyak jumpa dalam google.Tapi guna bebola daging brand Ramly

Makan dengan mihun


Makan dalam mangkuk pakai buang sebab nak feel makan kat luar..Hihihi
Mangkuk ni ada 100pcs beli masa raya konon ingat kot ada bebudak nak datang beraya.PKP kot,sapa sahaja berani nak langgar SOP.hihihi

Masak kuah guna resipi simple
Biasa saya masak guna tulang & rempah ratus macam KAT SINI ..

BAKSO KUAH SIMPLE
½ paket bebola daging +-40 biji
5 bawang putih - goreng sebiji-sebiji & tumbuk.
10 bawang merah- hiris & goreng rangup
1 ketul halia
1 sudu serbuk lada sula
1 sudu kecil lada hitam biji
2 sudu minyak.

1. Panaskan minyak & tumis bawang putih tumbuk & halia 

2 Masukkan air secukupnya untuk kuah 

3. Tambah bebola daging, bawang goreng yang diramas,garam,gula,serbuk lada sulah & lada hitam.

4. Masak hingga bebola timbul & sesuaikan rasanya.

5. Hidang bersama mee hoon,bahan lain& sambal cili

Bahan Lain:
Mee hoon
kobis hiris halus
tauge
limau kasturi

Bahan Sambal Cili:
1 genggam cili padi merah
3 bawang putih
1 bawang besar
5 sudu cuka
1 sudu kecik garam
1 sudu makan gula perang
*Rebus cili,bawang putih & bawang merah dengan 1 cawan air hingga mendidih.Biar sejuk & blend semua bahan sambal bersama cuka,garam & gula.


Masak dalam rice cooker nak jimat gas..hihihi
Sebenarnya senang masak dalam rice cooker sebab kalau nak panaskan just on suiz &  dah mendidih biar mood  warm.

Seberkas kayu api...Hihihi.Batang saladri la...nak kasi aroma


Bahan sambal.Rebus sampai lembut & blend dengan gula,garam & cuka serta air rebusan cili tu

Buat lebih simpan dalam botol

Makan time...


Makan dengan suhun pun sedap.
Pernah makan bakso lotek kat Jalan Sudirman @ Bukit Tinggi.Bila nak bayar,ada kawan cakap dia dah bayarkan dulu,nanti bayar semula kat dia.Harga bakso mangkuk kecik tu + teh botol tak sampai RP20 ribu  pun.Saya tak suka nak tangguhbbayar sebab takut lupa.Sebab tak ada duit kecik ,saya bayar guna RP100ribu kepada kawan tu.Kawan tu terus ambil & dia cakap tak apa dia belanja...
Terkebil-kebil saya macam cicak telan kapur..

??????????? Hahaha sapa belanja sapa ni...
Setiap kali makan bakso mesti ingat peristiwa tu..
Hihihi....


4 comments:

  1. Maaakkkk! Dah lama tak membakso. Lagilah bila nampak sambal tu, terus berliur pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kita punya taste nak pedas-pedas kan

      Delete
  2. Hahaaaa... siapa belanja siapa??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...
      Semoga jadi sedekah lah hendaknya.Tak boleh lupa bukan tak ikhlas,cuma tak jangka ..hihihi

      Delete