Malam tadi sebelum lena,buka whatsApp.Ada kawan minta tolong buatkan biskut dahlia tiga bekas.Bila tanya bila nak,dia cakap bila-bila sahaja.
Sebabnya mengenangkan hari ni weekend.Esok nak gi tempat kerja,akan lalu jalan tak jauh dari rumah kawan yang order biskut dahlia ni.Untuk lebih ekonomik & praktikel maka,elok bawa hantar sekali biskut ni.
Satu penuh dengan peralatan bakery. Segala tray,mold,spatula,mixer,
papercup bagai.Satu lagi penuh dengan stok segala bahan bakery.Tepung gandum,tepung kastad,tepung jagung,tepung kek,gula,ceri & beberapa jenis bahan lagi
Stok 4.8 kg buttercup..Tapi isi dalamnya tinggal dalam 2 kg sahaja kot.Ceritanya masa raya hari tu sebab plan takmau open order kuih raya dah.Tapi dalam masa yang sama ,saya hanya beli dalam 5 pail buttercup yang setiap satu seberat 1 kg.Tapi bila ada juga yang pm tepi nak juga cookie,sampret & tat nanas.Maka 5 pail butter tu tak cukup la.Last minutes ada 4 balang lagi biskut belum siap,tapi butter dah habis.Cari merata sampai Rakan,Tesco,Aeon semua tak ada stok.Yang ada hanya butter block.Akhirnya jumpa butter pail ni kat bakery.Tapi tu la beratnya 4.8kg..Maka bakinya tutup elok-elok,nasib baik masih elok.Masih ingat dulu mak masak tepung jagung Brown & Polson tu untuk adik yang masih baby.Macam makan gam pun ada...hahaha..Kadang mak ke bendang,adik lapar ,saya akan hidupkan dapur kayu & masak bubur tepung jagung tu bagi adik makan.Satu suap untuk adik,satu suap untuk kakak..Hihihi
Satu hari,masa mengasuh adik,saya dukung bawa panjat tangga kayu nak naik rumah mak saudara.Tinggi juga la rumahnya.Sebaik sampai di muka pintu,saya nampak sepupu perempuan tengah makan sesuatu bewarna putih dalam mangkuk.Sepupu saya ini juga ada baby sebaya umur dengan adik kecil saya.Saya minta sikit sebab adik manangis.Dia tak bagi,tapi kata sepupu saya.."balik lah buat sendiri...”.Bila saya tanya buat macamana.Katanya bancuh sahaja tepung gandum + air & gula.
Kelam kabut saya dukung adik yang masih kecil turun tangga,balik rumah terus selongkar dapur cari tepung gandum & gula.Saya bancuh dalam mangkuk & terus makan.Gembira hati sebab adik suka.Habis semangkuk sebab sambil suap adik,suap juga mulut sendiri.
Bila mak balik dari bendang,dengan bangga saya ceritakan kepada mak,saya dah tak perlu masak tepung jagung sebab sepupu ajar hanya bancuh tepung gandum + gula & air.Siap,tak payah masak!...Adik suka sebab adik makan banyak..saya dengan yakin beritahu mak.
Sepantas kilat,mak capai adik dari dukungan saya & mak menepuk-nepuk perut adik sambil mulut mak tak henti beristighfar..
Kata mak,tak pernah dibuat orang makan tepung gandum mentah!
Dah tu bagi budak kecik baru pandai merangkak makan tepung gandum mentah tu..Jenuh kembong la anak aku!Sambil mak melumur minyak angin pada perut adik.Teruk saya kena marah dengan mak kerana bagi adik makan tepung mentah!
Tapi saya tak tahu kesudahannya,apa nasib adik saya malam tu samaada sakit perut,kembong atau bagaimana,kerana bila dah kena marah,biasanya saya akan gantung kelambu & akan tidur awal tanpa makan malam.Sama kes macam kena marah sebab habiskan gula merah nak buat bengkang ubi juga!Rasa macam dah selamat la kalau dapat masuk dalam kelambu & pura-pura tidur..Hihihihi.
Peristiwa itu tak pernah saya lupa walau sudah berpuluh tahun berlalu..!
Bli dikenang,bayangkan tepung dibancuh macam nak buat jejemput tu,kasi adik makan...Banyak kekhilafan saya sebagai kakak dalam menjaga adik..!
Hahaha...jom balik ke tahun 2021...
Makanya pepagi tadi,satu rumah,bau biskut..Basic biskut ni saya guna.Nak masak banyak,gandakan sukatan..Macam hari ni saya buat lebih kerang 2½ adunan la.
SAMPRET DAHLIA...
1 ketul butter
(250gm)= ±1 cawan
³/⁴ cwn gula icing
1 kuning telur
1 camt esen vanila
1 cwn tpg kastad
1 1/2 cwn tpng jagung
Tepung gandum ikut keras yang sesuai
ceri-potong
1. Mix butter & gula icing sampai putih.Guna senduk kayu sahaja
2.Tambah telur & vanila
3. Tambah tepung jagung & tepung kastad.Mix lagi sampai rata
4.Guna tangan untuk tambah tepung gandum sikit demi sikit hingga agak2 boleh picit dalam acuan...Cuba masukkan dalam acuan & tekan untuk pastikan keras atau lembik..
Adunan kena lembut baru mudah nk picit...Tapi jgn terlalu lembik sbb kalau lembik sangat nnt masa bakar bunganya akan "tidur".. Kalau keras susah nk tekan..agak2 la ye..
6. Tekan dalam dulang & hias dengan ceri potong
7.Bakar suhu 180 & agak2 dlm 20-25 minit..
Tips: guna gula icing lebih baik dari gula kaster..kerana gula icing senang hancur...Kalau gula kaster x betul2 hancur nanti masa bakar bunganya mengembang & x cantik..
Makan biskut dahlia time bukan raya rasanya lain macam tau! Lebih sedap berbanding makan waktu raya.
ReplyDeleteSaya pun ada salah silap waktu jada adik!
Bila dikenang kesilapan itu rasa lucu pula. Jadi kenangan yang tak dapat dilupakan. Itulah namanya proses mengenal kehidupan.
Betul la cikgu ..lain macam sedap dia makan bukan waktu raya..
DeleteKalau sesekali jumpa bercerita kisah lama memang ketawa bersulam air mata jadinya
Ketawa mengekek sy baca cerita akak. Suka sangat baca coretan2 macam ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi
ReplyDeleteLaaaa...Fizah ketawa ke...tak simpati ka..hahahaha
ReplyDeleteKenangan yang sedih dilalui..tapi seronok untuk dikenang...hihihi
Tentu sedap biskut dahlia Mak Cella hingga tak sempat tunggu raya haji, kawan tu dah order, kan. Terbayang dahlia yang cair di mulut, memang dhlia sedap klu gun tepung jagung cap kupu2 tu.
ReplyDeleteSy membayangkan bancuhan tepung jagung yang disuap utk adik tu, tentu macam rasa puding kastard yang lembut cair dimulut. Tapi sy tak boleh membayangkan rasa tepung gandum mentah, hahahaha. Adik tu, Achik ka???
In sha Allah sedap walaupun rupanya tak semenggah..hihihi
DeleteDah siap hantar dah tadi & katanya anaknya nak makan sebab tak puasa makan masa raya.
Pasal tepung gandum tu ..bila dikenangkan aduhhh,tak boleh brain..
Biskut kegemaran arwah mak (meninggal 11 Jan 2017) & arwah ayah (12 Jun 2021)… wajib ada setiap kali Aidilfitri & Aidiladha.. terpandang saja biskut ni.. rindu yg tak terubat pada mereka berdua..
ReplyDeleteTak pasti adakah saya mampu utk menekap kueh ini nanti..
Akan order dengan Cella nnt.. bila2 buat nak order..
Jangan lupa masukan dalam senarai ..😋😋😋
Al- Fatihah untuk arwah mak...
DeleteKalau dekat dekat boleh ja mai la amik🤭