Sunday, 6 June 2021

SAMBAL BEBOLA AYAM,SAYUR TAUGEH & TELUR DADAR

 Masak awal,siap awal & boleh rehat awal.Memang sekarang terasa  banyak masa pun.Banyak masa dapat dijimatkan.Zaman belum Covid lain cerita,masa masih terasa panjang.Ni cerita zaman Covid,dah lain benar.Kalau  kebiasaan hari kerja,bangun pukul 4.30 pagi.Buat tu buat ni,pukul 5.45 dah kena siap.Pukul 6.00 pagi dah kena pakai kasut.Jalan sentiasa berubah-ubah.Kejap sana buka,sini tutup,sana u- tern.Semalam jalan lain,hari ni boleh berubah ke jalan lain.Kalau subuh lambat,solat kat tempat kerja adalah altenatif.Sekarang boleh katakan semua gomen WFH,kecuali yang tertentu sahaja.So,memang banyak masa saya dapat jimatkan.Itu mungkin bagi saya yang tiada anak kecil & tiada anak sekolah rendah.Apapun setiap kita ada kekangan & ada masalah tersendiri.Lapang sini,sesak sana.Ok sani,sini tak ok.Semoga semuanya dalam rahmat Allah.


Sebelum tidur,kepala ligat memikir  esok nak masak apa.Ada yang tak makan ikan,ada yang tak makan itu,ada yang tak makan ini.Tapi selalunya mengalah la dengan selera sendiri.

Akhirnya masak sambal bebola ayam lagi..Lauk yang bukan taste sendiri tapi boleh memenuhi selera tiga anak semut tu.Hihihi

SAMBAL BEBOLA AYAM
1/2 paket (30 biji) bebola ayam Ramly
1 sudu  teh garam

1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh gula perang
1 cawan cili blend + bawang blend.

1 batang serai - ketuk

1 bawang besar

1/2 cawan minyak


1. Panaskan minyak & goreng bebola hingga nampak berubah warna.Tambah serai ketuk
2. Terus masukkan bawang & cili blend.
3.Masukkan garam, gula dan masak hingga naik minyak.
4. Tambah bawang besar & cili padi. Sesuaikan rasa. 


Ni selera sendiri.Plan asal nak buat masak lemak putih.Tapi sayangkan santan kerana hanya berbaki sekotak sahaja lagi.Kot nanti nak buat nasi lemak ke apa ke.Akhirnya tukar plan,kita tumis sahaja.

Sayur taugeh + kucai & tauhu.Rencah ikan bilis sahaja.Taugeh & tauhu baki masak mee kari iftar hari Khamis


Pelengkap.Telur dadar.Anak-anak sekarang memang tidak jemu dengan telur.Saya sejak kecil jarang mak masak telur.Mak tak suka telur dijadikan lau.Bagi mak,telur hanya untuk baulu.Tapi sekarang semua rumah akan ada stok telur kot untuk lauk,termasuklah  rumah mak.Keadaan mengubah segalanya....Hihihi...


Bekal anak bujang.Nasi putih,telur dadar & 10 biji bebola sambal.Sayur tak payah,depa bukan nak makan.

8 comments:

  1. Sedapnya sayur tauge tu.. kalerful pulak tu.. makan panas2 sedap.. tp xmo layu sangat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.saya pun suka kalau teugeh tak layu sangat .krup krup gitu.Kalau dah overcook,tak syok nak makan.

      Delete
  2. Tabik spring kat Mama Cella. Kasih sayang terhadap anak-anak mengatasi segalanya. Tak pernah jemu menyediakan bekal makan. Semoga kasih membawa ke syurga. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn..
      Mak mak lain pun lagi hebat,cuma saya ni suka cerita kat sini🙈🙈🙈🙈
      Goreng telur pun cerita...hihihi..

      Delete
  3. Betul, masa makin banyak dapat dijimatkan, syukur tiada anak yg pdpr, jadi fokus utk diri sendiri aje.

    Tengok lauk tu, rasanya kena masak nasi banyak sikit ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tu la pasal ni.
      pagi-pagi dah makan nasi..hihihi

      Delete
  4. Nampak menyelerakan lauk taugeh dan sambal bebola tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama rasanya tak makan sayur taugeh.Malas nak beli sebab nak simpan payah kena rendam bagai makan ruang dalam petai ais..hihihi

      Delete