Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Tak pakai mask kompaun menanti.
Hahahaha jahanam pantun lama.Tapi ni disesuaikan dengan keadaan semasa la kan...Hihihi
Jadi lepas masak nasi goreng,merajinkan diri buat muffin pisang pula
Dapat la 17 cups.Jumlah cups ni bergantung saiz cup tu.Kalau cup kecik dapat la banyak.Kalau cup besar dapat sikit la.
MUFFIN PISANG
2 cawan pisang lenyek
3 cawan tepung self raising
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1/2 cawan coklat chip (jika suka)
1/2 cawan almond flakes(jika suka)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang
15-20 paper cup tebal
1. Pisang lenyak dicampur garam dan soda bikarbonat. Biar 5 minit.
2. Masukkan telur dan gula perang. Kacau hingga gula larut.
3. Tambah minyak jagung & esen pisang.
4. Kaup & balikkkan tepung sikit demi sikit hingga adunan agak pekat macam cekodok pisang. Tambah coklat chip jika suka
5.Sudukan ke dalam paper cup & taburkan almond flakes. Sementara tu panaskan oven 180°
6. Bakar selama 20-25 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang keluar tu bersih tiada kesan adunan melekit, tandanya kuih sudah masak.
Ada yang letak almond flakes & ada yang plain.Biasanya letak chips chocolate ..Tapi malas nak selongkar "tong bakery" hihihi....
Saya tak boleh tengok muffin! Aroma nya waktu dibakar pun dah cukup menggoda selera! Makan ketika panas sikit sedap!
ReplyDeletePisang kat dapur cikgu banyak lagi tu...apa lagi..moh ler...
Deletehihihi
Hehehee... malas nak mengangkut segala peralatan, mixer & oven dari stor.
Deletelama tk buat muffin..suka buat muffin blueberry dan chocolate chips
ReplyDelete