Saturday, 26 June 2021

SUKANYA HATI DAPAT PETAI CANTIK

 Semalam pagi ,temankan Adah ke Pusat Belia  .Pastu kena pergi pula Pusat Belia lagi satu.

Dah cakap Adah,duit ada sikit jer ni..belanja berhemah...!


Beli barang ciput jer tak sampai ¼ trolly pun.

Tapi penampakan petai kat dalam trolly kan...
Haaaa..tu bukan beli dalam Tesco.Tapi di luar .
Semua petai dia sexy.Montok..!

Adah kalau bab shoping memang dia boleh berubah 360°.
Dari mandom,dia boleh jadi cergas secergasnya walaupun hanya shoping barang dapur.


Dulu ke hulu ke hilir beli barang dapur dengan anak dara bongsu tu.Sejak tahun lepas dia dah buat serahan tugas kepada kakak dia.

Sekarang Adah pula jadi PA merangkap supir..hihihi
Sambil "bibik" tu masukkan barang dalam bonet,mem nak makan donut sat,badan dah menggigil dah ni lapaq.Dah pukul 11 belum makan apa-apa.Tu yang beli 4 ketoi donut & sebotoi air mineral tu.Kalau zaman belum PKP boleh gak cari kedai sarapan dulu.Jaman now,dah norma baharu...hihihi

Keluar sahaja dari parking Tesco,masa nak  keluar ke hi way  berdepan Petronas,nampak berderet penjual petai.Tapi dah tak singgah la..Dalam hati terfikir..Kreatif penjual petai kat pintu Tesco tu.Dia ambil inisiatif bijak.Mencari pelanggan bukannya menunggu pelanggan.Tempat dia cari pelanggan pula memang strategik.Selebihnya memang dia bermodal petai yang sexy.Siapa sahaja peminat petai yang mampu menolaknya..!

Nak ceritanya...puas hati betul dapat petai handsome ni!
Ganteng...

Mata petai yang sexy ni dah sekian lama tak jumpa.

Walaupun hanya 2 papan sahaja yang betul-betul mata XXL & selebihnya ada  juga saiz L  tapi memang suka sangat hati...!

Satu ikat ada 4 papan RM10...
Sambar juga 2 ikat..
Nak masak sambal,nak buat ulam mentah & beberapa keping lagi nak frozen.Nanti nak masak sambal nasi lemak sambal petai.Isnin ni plan nak amik daun simpo/simpor kat tepi jalan dekat tempat kerja...Nak buat NASI LEMAK DAUN SIMPO macam ni.Teringin pula nak makan nasi lemak daun simpo dengan sambal petai..
Patut buat hari ni Sabtu @ esok Ahad ,tapi takdak daun la pulak.Minggu ni pergi juga tempat kerja,tapi tak terfikir nak ambil daun sempo tu...

6 comments:

  1. Shhh akak jaman ni tak leh guna perkataan tuuu tuk gambarkan kemunduran kita silap gaya ada yg nak saman. Tengok la betapa advance mak2 dah plan masak pe 2 3 hari kedepan nnti hanya bermodalkan petai mata seksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Terima kasih atas keperihatinan & teguran....🌹❤️❤️❤️

      Delete
  2. Susahnya nak jumpa petai di LD. Kalau ada pun harga kayangan terlebih kayangan pulak. Dahlah mata kempes, banyak orang pula di dalamnya! Kalau beli yang siap kupas, disusun cantik, sampai rumah bawahnya bopeng-bopeng berkudis berulat. Tak jujur betul penjual petai! Tapi tak semualah begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..ada orang dalam tu..seludup ke pemedagangam manusia tu..hihihihi...

      Tu la,petai ni macam durian juga,harga memang tak turun

      Kat kampung pun mak kata walau pokok ada tapi selalu jadi rezeki kera...

      Delete
  3. Saya hari tu beli petai 1 ikat (5 papan) rm 10.mata semua besat,mata uji rashid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...dapat mata Uji Rashid puas hati.Kalau dapat mata Amoi...hihihi

      Delete