Monday, 7 June 2021

SPAGHETTI GANTI MEE GORENG

 

Spaghetti Mee Goreng.

Spaghetti dimasak ala mee goreng.Macam mee goreng biasa sahaja pun.Cuma guna spaghetti.
Kadang guna spaghetti.Kadang guna vermicelli yang halus sikit dari spaghetti tu.Bukan angel hair,sebab angle hair halus sangat.Dalam bebanyak pasta,saya tak pandai nak guna angel hair.Paling banyak guna vermicelli,spaghetti,fettucini & pasta yang macam-macam bentuk tu.Ini pun kalau takdak spaghetti,boleh sahaja guna pasta jenis lain.Tapi sebab nak feel mee goreng,gunalah pasta yang rupa macam mee ..kan..
hihihi

SPAGHETTI GORENG ALA MEE GORENG
1 paket spagthetti ( Tapi yang ni guna vermecelli pasta)- lebih halus dari spaghetti
1/4 kg daging - rebus hingga lembut & hiris nipis
1/4 kobis- hiris nipis
3 pokok daun bawang - hiris
2 cili merah-potong
1/4 cawan kicap lemak manis
2 sudu teh garam
4 sudu minyak
daun sup hiris

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
5 bawang putih

1. Jerang air hingga mendidih dan rebus pasta
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Masukkan daging & air rebusan daging
4. Tambah garam & masukkan pasta rebus
5. Tambah kicap dan kobis
6. Gaul rata hingga naik wap
7. Tambah daun bawang dan sesuaikan rasa
8. Tabur daun sup

Cuma kalau nak masak sebagai mee goreng,spaghetti ni saya akan rebus lebih lama dari cadangan pada pack tu supaya lebih lembut.Lain la kalau nak makan sebagai pasta ala Italy,ikut arahan kat bungkusan tu rebus dalam 7-10 minit.Kita tambah la masa jadi 12-15 minit.Pastu nanti dah goreng pun guna air rebusan daging lagi.Pasta ni kuat menyerap air.Kalau nak feel mee goreng basah,lepas masak masa masih panas berkuah kena makan cecepat,sebelum kuah diserap pasta.Ala,mee goreng pun macam tu jugak kan...hihihi

Apapun ni bukan sarapan pagi ni.Ni dari dalam draff.Rupanya berderet dalam draff.Sebelum ni  tak reti nak cari draff bila guna handphone.Hihihi..saya memang tak pandai IT.

Awal pagi tadi ,dok godek-godek,eh...baru jumpa..

Ni ha...dah jumpa,rupanya lebih 200 draff....hihihi
Kalau tengok dalam PC ada.Bila saya cari dalam handphone tak jumpa.Rupanya dalam handphone lain,sebab kecik.Kena explore lagi ni...hihihi
Ok,nak pi sambung merebus sesuatu di dapur  untuk masak lunch nanti.Pagi ni breakfast kita makan nasi goreng & bun Gardenia ja..
Eh,hari ni cuti birthday Agung ek..?
Sekarang ni bukan takat dah tak perasan cuti apa,hari pun kita selalu lupa hari apa...huhuhu


4 comments:

  1. Saya suka sangat ni (tak kisahlah guna spaghetti) mee goreng daging. Lagilah ada tambahan guna air rebusan daging. Sedap betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..saya pun suka daging...hihihi tu yang payah nak kuwus...hihihi

      Delete
  2. Haaaa.. tu dia.. dia punya draf sampai 200, ntah yg zaman Cella jadi admin pun banyak belum publish, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu...
      Ada yang saya pun tak tau apa ceritanya...hihihi

      Delete