Wednesday, 2 June 2021

SANITASI RUMAH

Kisah  dua hari sebelum lockdown.

Sanitasi rumah oleh pihak berkenaan.Beberapa hari sebelum tu dapat whatsApp daripada ketua tingkat tentang makluman sanitasi rumah pada masa & tarikh yang dinyatakan.Perumahan kami sudah ada kes +ve Covid 19 & lebih kurang 1 km dari perumahan kami adalah kawasan PKPD kerana kes sudah melebihi 70 & melibatkan kematian.Mereka dikenakan PKPD bermula 28Mei 2021.

Dua hari sebelum lockdown ,saya & Adah melakukan panic buying @H*&# & pasar basah setelah hampir 2 minggu tidak belanja barang dapur.Alasan saya ialah,untuk keselamatan,biarlah mereka yang bakal PKPD tu selesai buat pembelian dahulu.Kita buat pembelian selepas 28 Mei la kerana taknak bertembung dengan mereka yang bakal PKPD.28 Mei diumumkan seluruh negara pula akan lockdown bermula.1 Jun.Maka 29 Mei baru kelam kabut panic buying dengan Adah. Pergi H*&# peliks sebab tak ramai orang.Masa  dah balik,tengah parking kereta ,ada jiran beritahu H*&# tu baru buka hari ni sebab semalam sanitasi kerana ada staff +ve & juga ada kes pelanggan bergelang pink datang buat pembelian.Allahu.....
Patut laaaa...

Sebelum keluar,sudah berpesan kepada Cella yang sedang beronline class supaya jika ada orang sanitasi datang,call & kami akan balik.Sesambil tu sempat la gulung & lipat semua karpet & tutup semua makanan.Sebab Adah kata tahun lepas masa sanitasi kat tempat kerjanya diSentol tu bau asap tu busuk macam nak muntah.Taknak la nanti bau tu diserap karpet.Kalau langsir tak apa lagi boleh basuh guna mesin sebab kita punya langsir murah & rumah sekangkang kera  hanya ada 12 keping sahaja  sahaja langsirnya campur tingkap & pintu..Hihihi

Pukul 10.00 pagi Cella call dengan panicnya suruh balik sekarang juga kerana orang sanitasi sudah datang.Dia takut sebab mereka ramai & mereka minta dia tunggu diluar  rumah sedangkan dia kena buat presentation untuk markah final.Nasib baik.juga lecture faham bila dimaklumkan rumah sedang disanitasi ,& presentation dibawa ke pukul 2 petang.

Berkabus la rumah.Feel ala-ala river cottage musim winter @ New Zealand..Hahaha 
Padahal rasa nak meninggal lemas dalam 
kepulan asap.
Jom sama-sama beristighfar & berdoa agar Allah lindungi kita semua dari Covid 19 & juga penyakit bahaya yang lain.Sama-sama kita bertanggungjawab untuk diri & juga orang lain.
Alhamdulillah ,sepanjang hari semalam bila melontarkan pandangan dari atas kayangan ini  ke arah jalan raya & lebuhraya nampak lengang yang mungkin menandakan orang ramai stay@home.Barangkaliii..!

Malam tadi sekitar pukul 10 malam,helikopter polis masih membuat rondaan udara .Semoga Allah mudahkan urusan mereka & kita semua.

4 comments:

  1. Wah... bagusnya kak pihak berwajib buat sanitasi... kami kt sini kalo kes +ve br bomba atau pbt dtg sanitize umh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,inisiatif J/K Persatuan Penduduk.Mereka memang aktif membantu & mungkin kerana kebanyakan penduduk perumahan ini adalah kakitangan kerajaan memudahkan mereka berurusan.Kat pasar & bangunan2 berhampiran juga disanitasi secara berkala.Tapi tu la sebab sini penduduk padat,memang kena sentiasa berjaga-jaga la

    ReplyDelete
  3. Mudah2an bebas daripada jangkitan

    ReplyDelete
  4. Mudah mudahan selamat dan dilindungi daripada wabak covid19. Aamiin :)

    ReplyDelete