Kering idea..Tapi masak tetap masak.
Bebola Ayam Ramly Masak Kurma
BEBOLA AYAM MASAK KURMA
20 biji bebola ayam.
1 biji kentang - belah 4
1 bungkus kecil rempah kurma.
4 sudu minyak.
1 cili merah.
½ bawang besar -belah 4
¼ cawan santan pekat + ¾ cawan air.
garam & sikit gula
Bahan Tumis:
2 bawang merah- hiris.
2 bawang putih-cincang.
1 ketul kecil halia muda - mayang.
1 helai pandan (opsyenal)
1. Panaskan minyak & goreng kentang yang dibelah 4 hingga masak.Ketepikan.
2. Dalam minyak yang sama,tumis semua bahan tumis hingga harum.
3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan ½ cawan air.Masak hingga naik minyak.
4. Tambah bebola ayam & kentang.
5. Tambah santan,garam,secubit gula & masak hingga pekat.Tambah bawang besar & cili merah.
6.Sesuaikan rasa.
Sedapnyeee..feveret ahnaff ni masak kurma. Dia paling suka kurma ayam. Ayam dah habis, makan nasik,kuah kurma n telur goreng pun on 😂
ReplyDeletePasni boleh masak kurma bebola ni untuk Ahnaff.
DeleteSemoga Afnaff & "baby" kat dalam tu sihat.TC Jaja...
Sedap makan kuah kurma dengan nasi. Lemak berempah, boleh menambah nasi dalam pinggan ni.
ReplyDeleteHehe...dalam rumah ni saya & anak bujang sahaja suka kurma.Anak dara dua orang tu tak makan kurma.Tu yang jarang masak kurma..
Delete