Nasi Goreng Daging bersama telur rebus.
Asalnya malam tadi plan nak rebus nasi impit,konon bangun pagi nak masak rendang ayam.Gara-gara nampak nasi impit rendang ayam & sambal cengeng di dapur SK.Tapi plan sahaja,buatnya tidak...hihihi
NASI GORENG DAGING
3 cawan nasi
seketul daging rebus & potong nipis
3sudu minyak
sikit daun sup
sikit kicap
sikit garam
telur- goreng mata /rebus
bahan tumbuk
2 cili merah + 3 cili padi
2 bawang putih
2 bawang merah
1. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk...
2. Masukkan daging & kacau rata...
3. Masukkan kicap,garam & kacau..
4. Masukkan nasi & gaul rata ..tambah daun sup
5. Gereng hingga nasi bercampur rata & teruskan masak beberapa minit lagi..Siap
Lepas anak bujang dah gi kerja,habiskan baki nasi goreng bersama secawan kopi.Tengah defross ikan siakap sekor.Godek-godek peti ais jumpa tempe 2 bungkus dah tak berapa fresh.Kita tengok jadi apaan dengan dua bahan tu untuk lunch nanti.
Wak pun sarapan nasik goreng pagi ni
ReplyDeleteSarapan evegreen kan ...hihihi
Deletenasi goreng daging suka
ReplyDeleteEh,semalam dah reply..terhidden pulak
DeleteNasi goreng daging, mee atau mee hoon goreng daging sedap dia tak boleh dinafikan!
ReplyDeleteKan...saya pun daging.Kalau dapat bahagian lemak-lemak yang kuning tu..pergh!
Delete