Wednesday, 23 June 2021

MAK DAH VAKSIN 2nd DOSE

 

Semalam Achik share pic mak dah vaksin 2nd dose.
Simpan sini untuk lain kali kalau mak tanya boleh rujuk sini..hihihi


Kesian Achik,banyak perkara kena urus.Suami,anak-anak & mak juga.Semoga Allah mudahkan urusan Achik di dunia serta akhirat & ganjarkan pahala melimpah.

Mak semangat nak terima vaksin


Rasanya dalam kalangan rakan-rakan sebaya mak,mak advance pasal Covid 19 & vaksinasi.Setiap hari mak boleh sebut statistik kes Covid sebab mak memang akan mengadap PC KKM.Kalau hari tiada PC,Achik akan update kat mak.Mak tak reti nak tengok dalam My Sejahtera tu tapi Achik akan update dalam Family Group untuk mak tengok.Kalau Achik lupa update,mak akan call saya tanya berapa kes baru.Kadang mak akan call untuk update beritahu saya...Lebih- lebih lagi kalau kes meningkat...Saya malas membaca...Hihihi...
Tak macam mak.Walaupun dulu-dulu mak tak sekolah kerana arwah Tokwan tak benarkan,tapi mak boleh membaca serta menulis  jawi & rumi dengan baik.Kata mak,mak curi-curi belajar dari anak saudara mak.Kemudian mak kata mak sempat hadiri " Kelas Dewasa" beberapa kali hingga boleh membaca,menulis & mengira dengan baik.Tahu tak "Kelas Dewasa"??
Kelas Dewasa tu macam dalam filem "Pendekar Bujang Lapok" tu.


Alif Ya Mim ....Buaya!
Ba Wau Ra Nga....Unta!
Hahahaha
Tapi tu belajar jawi..
Mak kata mak belajar rumi & jawi pun mak boleh baca.

Sekarang mak dah lengkap 2nd dose.Maknanya dalam family ,mak la yang advance dari kami semua.
Tahniah mak!!


5 comments:

  1. Tahniah mak! Mak saya baru dapat dos 1.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selesai! Saya masih menunggu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah akan sampai gilirannya...Orang muda antibody kuat lagi..hihihi

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah mak kerana sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa.

    ReplyDelete