Eh,patutnya post ni dulu sebelum muffin pisang.Dah tulis tapi dok dalam draff.Tengok-tengok muffin dah keluar dulu...hihihi
Nasi Goreng Cili Padi Ikan Rebus.Brunch ..breakfast merangkap lunch semalam...Puncanya hari Jumaat masa nak gi vaksinasi tu masak nasi.Pastu masak pula yee mee goreng.Malam pula kawan Cella belanja McD.Makanya nasi seperiuk tidak berusik.Terpaksa la dibawa ke pagi Sabtu menjadi nasi goreng.Dah sekuali nasi goreng takkan nak masak lunch lagi kan...maka jadilah brunch.Tapi tu la baru jadi nasi goreng ikan tongkol ni.Belum jadi lagi nasi dagangnya.
NASI GORENG CILI PADI IKAN REBUS
3 cawan beras - tanak jadi nasi
1 sudu garam halus
1 batang carrot- hiris halus
¼ kobis - hiris nipis halus
¼ cawan minyak
Bahan Tumbuk:
¹ genggam cili padi hijau
5 bawang merah
3 bawang putih
3 keping ikan tongkol rebus.
1. Panaskan minyak ,& tumis bahan tumbuk
2. Bila nampak garing sikit,masukkan carrot & kobis.
3.Masukkan nasi & gaul rata.Sambil tu renjis garam halus
4. Gaul goreng balikkan hingga nampak berasap.
5. Sesuaikan rasa
Tapi dia punya rasa..memang terangkat baq hang.Anak bujang yang tak makan ikan tu pun tak perasan nasi goreng yang 2 pinggan dia makan ni adalah dari campuran isi ikan.Hahahah
Bestnyaaa...akak suka buat nasi goreng letakisi ikan...samada ikan sardine dalam tin atau ikan tongkol goreng dan carik2kan isinya...lepas tu goreng nasi macam biasa...sedapnyaa
ReplyDeleteKan...SA lagi la orang Nismiland laginkuat pedas memang ngam la dengan cili padi..hihihi
DeleteBahaya ni nampak nasi goreng cili padi bubuh ikan. Saya suka sangat! Macam nak goreng nasi pulak malam ni!
ReplyDeleteRamai peminat nasi goreng yang letak ikan kan..Lagi banyak ikan lagi sedap
Delete