Hari ni,Adah temankan merangkap supir...
Cella tak dapat temankan sebab pukul 9 ada final presentation..Dari semalam dia tunggu giliran sampai lemau.Dari pagi sampai pukul 5 petang,elok nak sampai turn dia pensyarah cakap sambung esok..hihihi pishang..kata budak-budak sekarang!
So,hari ni Adah teman.
Tapi tu la dia merungut lambatnya.Ala,bukan lama pun,beberapa jam sahaja..hihihihi..
Dia kalau kena tunggu seminit pun dia rasa lama.Tapi kalau kita tunggu dia,berjam pun dia buat muka seposen macam tak bersalah.Spesis Kent,kucing Wak Warisan Petani..hihihi..
Masa balik plan nak berenti tepi jalan nak ambil daun sempo nak buat bungkus nasi lemak konon.
Pandang sahaja daun-daun sempo seberang jalan belah kanan tu..
Nampak kan daunnya tu lebo- lebo kata orang Selatan..Hanya boleh pandang sahaja...huhuhu
(snap pic sambil kereta bergerak laju..daun tu tal syap jadinya)
Banyak jugak la 20 ketul walaupun bukan la besar sangat ayamnya.Padan la dengan harga.
Singgah Aj beli ayam sekor,tempe,cili padi & sikit sayur.Tapi rasa dah penat nak masak.Nak beli nasi kat Warung Simple,Isnin tutup.
Adah suggest beli ayam goreng crispy singgit kat sebelah Speedmart.Saya pula terus setuju sebab dah dengat Azan Zohor dah masa tu.Nak masak dah penat.Terus pesan Adah suruh beli banyak sesiap 20 ketul.Biar jadi lauk sampai ke malam.
Dah plan, ni masak nasi,makan ayam goreng dengam kicap dah la.
Sambil tu basuh ayam yang dibeli di Aj & simpan dalam peti ais.Stok esok,Adah kata dia nak buat ayam masak merah esok.
Sah..!
Memang busuk..
Suruh Adah check yang lain...
Yaaa...ada yang busuk,ada yang ok.Bahagian yang bertulang busuk.Bahagian isi macam ok tak ada bau..
Saya dengan anak bujang pilih cari yang tak ada bau,makan juga dengam nasi.Adah & Cella tak makan pun
Beli ayam mentah RM20.50.
Beli ayam goreng tu RM20...tapi separuh busuk...bukan rezeki.
Daun sempo pun belum rezeki..
Ayam yang dalam peti ais pun belum tentu jadi rezeki kita.Kata orang,kalau bukan rezeki,dalam mulut pun boleh jatuh...!
Malam ni nampaknya macam rezekinya nasi goreng lagi la...Hanya saya & anak bujang makan nasi tadi sedikit sahaja berusik..!
Laaaa... reganya sudah cukup mmurah, singgit seketui. Tapi separuh busuk pulak! Peniaga tu mesti tau ayam tu dah lama digoreng! Tapi nak jual juga. Pelangganlah yang teraniaya! Terpaksalah kita kata bukan rezeki tapi peniaga makanan mesti ambil berat kualiti makanan!
ReplyDeleteApa nak buat! Saya pun akan kata 'tak ada rezeki' untuk sedapkan hati dan halalkan pembelian.
Hihihi..betul sangat dah tu.🤭.nak sedapkan hati & halalkan pembelian.
DeleteSaya pun agak ayam lama tu.Kalau kita beli biar seharian pun takdak la bau busuk.Paling pun bau hamis sahaja..Ni baru separuh hari kot..Tak pa la pujuk hati sekali lagi 'buka rezeki'
Alahai...sygnya ada yang busuk plak ye...takpe la takde rezeki kan...harap- harap ayam dalam fridge tu ok
ReplyDeleteBetul SA...Risau juga nak makan tadi tapi kami dua ja makan..Harap tak mudharat la..In sha Allah
DeleteTu la kita ni sgt menghargai rezeki Allah.stgh orang dah buang terus semua ayam goreng tu tapi kita pilih jugak yg blh dimakan tawakal je tak mudarat
ReplyDeleteBetul...Selagi boleh diselamatkan...Lagi pun sebab ketulan dia lain-lain & anggap sajalah dari ayam yang berlainan..🐓🐔🍗🍗hihihi
DeleteSy tak pernah beli ayam goreng singgit ni. Kadang2 terliur juga tapi tak berapa konfiden, tak reti beli pun iya juga. Ayam tu rasanya busuk sebelum digoreng lagi, mesti dah bau jugak sebelum goreng.
ReplyDeleteSemoga Allah swt gantikan kerugian ini dgn perkara yg lebih baik nanti, Amiiinnn.
Aminnnn...
DeleteSebelum ni dok beli kat lori tepi kuaters tu elok sedap jer.Tapi sejak sekolah tutup ni lori tu dah tak jual.Agaknya pelanggannya memang budak sekolah.Yang hari ni sebelum ni tak pernah nampak pun.
Malam ni masak nasi goreng tomyam ja..hihi
Tapi tak post la sebab masak togel takdak sayur bagai.Cella dah request nak nasi goreng tomyam kosong no sayur..hanya nak telur mata...hihihi