Thursday, 24 June 2021

AYAM BERLADO

Ayam berlado..

Kalau ada sekebun cili pun memang tak dapat nak berjual.Habis untuk makan sahaja...hihihi

Cili padi hijau tak cukup pedas.Dulu tak suka cili padi merah Bangladesh tu sebab pedas sangat.Sekarang tak bileh tak ada.Hihihi

Bahan untuk blend kasar
Ayam jangan la lupa.Ayam tu gaul garam kunyit & goreng garing dulu.Dalam minyak yang sama,minyak kuning-kuning bekas goreng ayam tu,tumis la bahan blend.Tambah asam keping sikit,garam & sikit gula.Masak hingga naik minyak.Pastu masukkan ayam..sesuaikan rasa


Walaupun guna cili padi,insha Allag kalau cukup asam,garamnya,masak elok cilinya..tak sakit perut.


Lauk kering berminyak..

Ikan goreng

Ulam

Nasi panas-panas

Selonggok lado nya

Gaul dengan minyak dia sikit..aum...
Tapi  ni bukan hari ni punya lauk la..Ni entri yang tertangguh.Makan lauk ni sesuai makan tengahari la.Kalau makan malam tak syok sangat...hihihi

12 comments:

  1. Sedapnyer
    tapi wak tak suka pedas

    ReplyDelete
  2. Sifat mulia emak2 bila makan ambik bahagian ekor yg kurang isi kaki ayam dan bhg tulang manakala isi tinggal tuk anak2.bila lauk pauk tak habis emak jugak tukang perabih sbb sayang buang rezeki dari Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulllllllll.....!
      Dulu mak-mak kita kan..
      Sekarang kita pula..

      Delete
  3. Yang minyak-minyak tu sedap gaul ngan nasi panas, rasa macam makan di restoran nasi padang, hihi. Sy pun sekarang, kalau beli cili padi, akan beli du jenis tu, hijau dan merah. Tapi yang merah tu tak letak banyak la, takut telinga hidung keluar asap 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ..kalau dah biasa makan cili padi merah tu,cili padi hijau dah jadi ulam saja la...hihihi

      Delete
  4. Semalam masak jugak sambal berlado..tp guna ikan tahu. Sambal pulak xcukup pedas..xberapa syok 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan tahu...saya belum pernah dengar @ mungkin tempat saya panggil lain.Kalau tak cukup pedas patahkan cili padi hijau tu Jaja.Tapi hati2 makyong nak makan pedas2 sangat takut terkena buasir pulak..
      Take care

      Delete
  5. Akak masak apapun nampak sedap dan buat saya ingin nak masak..tapi tu la wfh ni buat sy lagi x sempat nak ke dapur kak oii..hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...sebabnya elyda selalu tengok time lapar..Macam juga bulan puasa tengok nasi panas dengan telur kicap nak suap anak tu pun kecur lior...hihihi

      Delete