Friday, 4 June 2021

MEE KARI BEBOLA AYAM

Semalam menemani anak-anak menghabiskan baki puasa 6 depa.Tumpang meriah puasa dengan depa sesambil bayar hutang puasa.Nanti boleh Raya 6 lagi sekali.Hahaha...kerja nak cari alasan untuk masak & makan sahaja la...

Kalau depa kata nak puasa lega rasa,sebab tak payah fikir masak breakfast & lunch.Hihihi


Untuk iftar,saya masakkan mee kari.


Bukanlah lengkap sangat pun.Dalam lockdown ni banyak syarat & peraturan memasak yang dilonggarkan.Tak perlu nak sempurna sangat...Hihihihi


Tiada tauhu pok pun,tiada juga kerang bagai.Hanya guna bebola ayam Ramly's.Sekarang dah susah nak cari bebola daging Ramly's tu.Merata pasaraya & kedai cari dah tak jumpa.Hanya ada bebola ayam sahaja.Saya perasan sejak kes kartel daging import yang meragukan tahun lepas,dah payah nak jumpa bebola daging Ramly's.Tapi pengusaha besar macam Ramly tu takkan tak import sendiri?
Eh,tak tahulah...mungkin tempat lain ada jer kot stoknya.Hihihihi

Nama ja mee kari.Tapi guna spaghetti.Actually ni pasta vermicelli.Urat dia kecik sikit berbanding spaghetti iaitu lebih kurang size mee kuning la.Kalu angel hair saya selalu fail merebus.Payah nak agak untuk rebus al dante,selalunya  over cook sebab halus sangat.Hihihi
Sebelum- sebelum ni pun kalau masak mee kari,memang saya akan gunakan spaghetti atau pasta vermicelli.Tapi rasanya dah lama kot tak masak mee kari.Mungkin kerana saya bukan pecinta mee kari.Saya juga bukan pecinta roti jala.Pelik kan,suka makan kari,tapi kalau juadah lain yang berkari saya tak minat.Masak mee kari ni selalu lebih kepada selera anak-anak.Cari dalam old post pun jumpa 




Haa,agaknya 2017 tu la kot last saya masak mee kari..Hihihi
Saya memang tersangatlah jarang membeli mee kuning.Kalau beli pun asyik terkena mee lebih kapur yang rasa pedar & bila letak kuah kari,meenya jadi merah.Ada sahaja mee yang ok,muslim product yang sedap tapi tempat saya ni payah nak dapat.Selalunya saya hanya akan masak mee kuning ,kalau ada kawan- kawan bagi mee yang dorang beli kat kampung bawa balik KL.Ada sahaja mesin mee kat rumah ni,tapi buat hiasan saja la..Hihihihi..



Kuah mee kari ni saya masak agak awal iaitu lepas Zohor.

MEE KARI BEBOLA AYAM
1 bungkus mee(celur) @
½ pack spaghetti (direbus)
½pack bebola ayam (+-30biji)
2 biji kentang- dadu & goreng
2 keping fucuk
1 kotak santan
3/4 cawan serbuk kari ikan
garam,gula,minyak

Bahan Blend:
2 sudu besar serbuk cili
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kecil halia muda
1 genggam bilis bersih

Bahan Tambahan:
Sawi celur
Taugeh celur
Telur rebus
Limau nipis/kasturi
Tauhu goreng - hiris nipis
cili hiris & bawang goreng

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga harum.

2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan 2 cawan air.Masak hingga naik minyak

3. Tambah kentang,fucuk,bebola ayam, 6 cawan air & masak hingga mendidih.

4. Tambah santan,garam,sedikit gula & biar mendidih.Kecilkan api & masak perlahan hingga naik minyak.

5. Sesuaikan rasa & hidang bersama mee yang sudah dicelur @ pasta yang sudah direbus.Juga bersama bahan tambahan sebagai pelengkap.



Kuah samaada kuah laksa,kuah kari,kuah sup & sebagainya akan lebih sedap & pekat  kalau masak beberapa jam awal.

Tinggal nak kupas telur,tauge,hiris tauhu goreng,limau nipis & daun sup.
Sebenarnya semua eksesori ni syok sendiri sahaja.Anak-anak akan kutip buang semuanya kecuali telur rebus.Hadoii..pasai pa la ampa tak makan ja anak-anak oi...!
Kalau bising sangat kata membazir,depa pakat kaut longgok dalam pinggan saya...Mmm,hahaha,hihi,huhuhu.Ingat mak depa ni Alam Flora apo!

Tapi tu la dah masak awal,ralit la jadinya.Pukul 7 masa tengah siapkan eksesorinya,baru perasan sawi belum celur.

Shortcut la..Humbankan sahaja daun sawi tu dalam kuah yang sedang dipanaskan.Batang sawi tu memang dah masuk dalam kuah awal-awal dah.
Selesai masalah.Hihihi

Beriftarlah kami 3 beranak.Adah tak nak join sebab dia tak puasa.Agaknya dia dah makan sesuatu dalam bilik la tu.Dia memang dok bawa balik perangai asrama.Makanan ringan & novel bersusun dalam bilik dia.Tu semalam sampai lagi novel yang dia order online.Rasanya yang dia beli beberapa tahun lepas pun masih ada yang belum dibuka pembalutnya...
Boleh pulak sebelum iftar ada J&T hantar ketuk pintu..Tengok-tengok ada lagi parcell baru.Besar pulak tu.Adah punya.Dibelinya puzzle...Bukan kecik-kecik,tapi dia cakap puzzle tu ada 1000 pcs...!
Pasni kita tengok,bila masa dia nak susun puzzle tu...Hihihihi

Dah,takyah nak beletiaq lagi.Orang dekat nak azan banyakkan doa.Ni ampa la punya pasai.Dah kurang pahala puasa mak ampa sebab dok beletiaq...Haus jadinya....hihihi

#Tetiba rindu Mee Kari Zulkiflee @ R&R Ulu Bernam arah selatan.Kena order mee kari ayam special baru betul- betul terasa.Sedap sangat mee karinya dengan kuah light tapi kaya perisa.Lengkap dengan terung goreng &fucuk goreng.Kali terakhir makan rasanya 2019 la sebelum pendemik Covid 19. 










10 comments:

  1. suka mee kari..nk plak kalo ada kerang..tkpernh lg mkn mee kari guna spaghetti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerang mahal la ni...hihihi
      Saya memang simpan stok macam-macam pasta.Penyelamat ketika malas nak masak lauk sebab ia mengenyangkan..masak bodo- bodo ja

      Delete
  2. Samalah dengan saya. Tak mahu banyak songeh. Apa yang suami bawa balik itulah yang dimasak. Bahan tak cukup pun masak juga ikut kreativiti. Kalau diikutkan kesempurnaan terpaksalah ke kedai sana ke kedai sini untuk membeli. Kita nak kurangkan pergerakan, jadi peraturan dalam masakan pun terpaksa dilonggarkan hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masakan cikgu hebat-hebat & menarik.Seafood pun segar-segar.Cuma bila PKP ni,semua pun terkwsan kan..termasuk bahan masakan..hihihi

      Delete
  3. Sedapnya..puan seorang ibu yang rajin & pandai masak..gembira dapat follow blog puan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Rajin masak tu mungkin betul sebab nak makan.Tang pandai tu dak la..Kadang sedap,kadang kureng juga tapi makan jugak la kan.Yang masak tak jadi tak cerita la dalam ni...hihihihi
      Apapun terima kasih follow.Semoga bermanfaat

      Delete
  4. 21 tahun kahwin, baru sekali rasanya sy masak mee kari. Sebabnya tu la, banyak sangat bahan penyedapnya, tauhu pok tu sy suka sebab dia serap kuah kari tu macam sponge, nyummm.

    Nanti dah siap puzzle 1000pcs Adah tu post kat sini 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Boleh belin,baik beli ja lagi cepat boleh makan..hehehe

      Kita sama-sama nantikan bila 1000 pcs puzzle tu akan bercantum..Hihihihi

      Delete
  5. sedapnya mee kari... antara menu yg sy nak buat tp x terbuat² lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...buat masa PKP ni la Mim.Kalau sedap tak sedap pun boleh bagi alasan bahan tak cukup..hihihi

      Delete