Thursday, 17 June 2021

BUAT TAPAI PULUT

 Dua hari lepas buat tapai pulut.

Alhamdulillah skill masih ada walaupun dah tumpul

Alhamdulillah,manis ...


Tapainya manis,berair & bila dimakan terasa sedikit bergas.Hanya sedikit rasa bergas.Namun manisnya sangat ketara


Guna ragi Kelantan pemberian Rose.Pesan Rose sebiji ragi ni untuk segantang pulut.Lebih kurang untuk 4kg pulut.Kata Rose kalau nak buat sekilo,sebiji ragi dibahagi empat.Tapi saya sedikit derhaka.Saya mencuba ½kg pulut,tapi raginya ¼ saya guna.Sebab tak puas bila tak nampak ragi masa tabur pada pulut.Hihihihi
So,untuk ½kg pulut ni saya guna ¼ bahagian ragi.

TAPAI PULUT 
½kg pulut- rendam semalaman.
¼ biji ragi - hancurkan
Daun pisang untuk bungkus & lidi/stapler u

1. Pulut direndam semalaman.Esoknya buang air rendaman & bilas sekali lagi.Kemudian kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.Tuang pulut dalam bekas & masukkan ½ cawan air & gaul rata.(Lebih kurang macam nak arun dengan santan,tapi ni guna air)Tujuannnya nak lembutkan lagi pulut.Kalau pulut jenis tak cukup lembut,takut nanti tapai kita jadi rasa macam jelantah .

2. Saya alas pengukus tu dengan jaring .Jaring tu jaring bawang putih.Bila beli bawang putih saya basuh bersih jaringnya & gunting buang bunjutnya & simpan untuk guna bila nak kukus pulut.Senang,pulut tak jatuh dalalam lubang & nak angkat pulut pun senang.Angkat sahaja bersama jaringnya.

3. Lepas dah gaul pulut dengan ½ cawan air.Ratakan pulut dalam bekas besar contohnya dulang & biar betul-betul sejuk pada suhu bilik.

4. Tabur ragi yang dihancurkan.Tabur sebahagian ragi.Terbalikkan pulut biar bahagian bawah pula ke atas & tabur lagi sebahagian ragi sepaya merata pada pulut.

5. Cedok /bulatkan anggra 1 sudu makan & bungkus dengan daun pisang @ apa-apa daun yang sesuai.

6. Masukkan dalam bekas besar & tutup dengan kain bersih.Biar semalaman @ sekurang-kurangnya 24 jam @ sebelum buka.

7. Jika sudah berair & manis,boleh terus makan @ sejukkan dalam peti ais.Jika air tapi belum banyak,simpan lagi beberapa jam.

** Biar tapai menjadi dulu baru simpan dalam peti ais.



Kalau dulu di kampung,mak saya & Mak Lang akan guna daun "medang" atau daun rambai untuk bungkus tapai.Ada yang guna daun keladi kemahang & kebanyakan orang Pantai Timur guna daun getah.

Saya hanya guna daun pisang yang dikoyakkan selebar tapak tangan & dikemaskan dengan stapler.

Sebab daun pisang ada sikit sahaja.Baki selebihnya adunan pulut saya masukkan dalam bekas palastik.


Pun Alhamdulillah,menjadi.Manis & berjus.


Puas hati dapat makan sorang-sorang sepuasnya lepas simpan dalam peti ais.Anak-anak semua tak nak..Alhamdulillah...Hihihihi.Hingga catatan ini ditulis,masih ada baki 5 bungkus lagi dalam peti ais ..


8 comments:

  1. Saya pernah beli tapai pulut. Sedap, manis. Tak berhentilah saya makan. Beli waktu pagi, berkali-kali makan sampai petang. Tiba-tiba rasa berpusing-pusing... suami kata saya dah mabuk tapai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tapai kalau makan banyak memang boleh pening ooo...Air tapai lagi la....simpan lama bokeh jadi tuak & memabukkan...

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap..saya suka tapai pulut.Tapai ubi kena belajar lagi..hihihi

      Delete
  3. mkn sejuk2 sedapppnya aii
    ingat dulu2 ktorg letak dlm daun keladi
    baunya lg menggodaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..saya pun ingat macam pernah mak guna daun keladi.Tapi selalunya daun medang & daun rambai pilihan utama sebab mudah dapat.

      Delete
  4. Sedapnye tapai pulut yg putih ni..tapai pulut hitam pun sedap jugak .dedua feveret tapi tapai ubi tak berapa suka 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu tak makan tapai ubi.Dah tetua nin,eh,tersuka pula...hihihi

      Delete