Meneruskan acara mengisi perut
Ubi muda elok jer empuknya..
Balut botol kicap dengan plastik supaya tidak melekat ubinya nanti.Dengan botol kicap berbalut plastik tu,tumbuklah semuanya sambil sesekali digaul dengan sudu hingga lumat & sebati.
(sila bayangkan sahaja) hihihi
Kerja-kerja menumbuk ubi telah dilaksanakan oleh Adah.Kalau guna alu @ antan lesung menumbuk padi macam dulu- dulu mesti lagi feel.
Mana nak cari.Kat kampung pun ramai dah guna lesung besi buatan Thailand.Saiznya sebesar pasu bunga sahaja.
Potongan basic sahaja.Patutnya lerak sikit kelapa bergaram atas getuk tu.Tapi lupa,dah habiskan masuk dalam ubi masa tumbuk tu..So,togel takdak kelapa atasnya....hihihi
Kena dengan kopi O kaw baru ngam.HihihiAlhamdulillah,sedap makan 3 beranak.Tinggalkan 5 ketul untuk anak bujang.Malangnya bukan taste dia.Kalau tahu,baiklah kami habiskan ...hihihihi
Sekarang makan getuk frozen aje.
ReplyDeleteYang digoreng bulat2 tu.
Kuih getuk goreng tu sedap kan Wak..Lupa pulak ada kuih getuk goreng
DeleteXtau kt sini panggil apa kueh ni
ReplyDeletemungkin ada nsma lain.Mak saya panggil puteri mandi ubi kayu.Tapi semua bahan tu dimasak dlm kuali hingga berkerak
DeleteKesian pulak namanya puteri mandi tp kena sampai berkerak 😂😂 gurau je kak eh
DeleteHahaha..puteri mandi dilautan api namanya...hihihi
DeleteMemang nampah fresh betulubi rebus tu. Kecik-kecikdulu memang puas makan getuk terutamanya ketika sarapan pagi. Kadang-kadang Bonda buat getuk vguna gula pasir, kadang-kadang gula merah.
ReplyDeleteUbi antara makanan pengenyang perut zaman kita kanak-kanak kan.Mak-mak pun kreatif menggunKan sumber makanan sekeliling rumah
Delete