Semalam tak menyambal..Asyik makan cabai ja...Tukar selera masak lauk berkuah pulak..
Masak lemak cili api ayam..Hihihi lari dari takmau makan cabai,kita masak guna cili api pulak..kikikiki
Masak versi tambah penggunaan daun limau purut.Masak dengan cara masuk semua bahan dalam periuk kecuali santan .Tenggek atas dapur ,biar mendih sampai semua empuk.Masukkan santan & kacau biar mendidih kejap..tu jer
MASAK LEMAK CILI API AYAM DAUN LIMAU PURUT
½ ekor ayam
5helai daun limau purut
3 biji kentang
1 batang serai
1 asam keping
1 kotak santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Bahan Tumbuk:
10 cili padi merah
1 ketul kunyit segar
1. Semua bahan masukkan dalam periuk kecuali santan.Tambah air dalam 3 cawan untuk empukkan ayam & kentang.
2. Tambah santan & biar mendidih sekejap.Sesuaikan rasa.
Aroma daun limau purut tu yang buat tak sabar nak makan ayam lemak cili api. Sedapnya!
ReplyDeleteHehehe..saya pun suka bau daun limau purut..segar...
DeleteSy masak ayam masak lemak pun campur daun limau purut.. baunya harum semerbak seluruh rumah.. masak kurma pun sama
ReplyDeleteKan..
DeleteSyok layan bau macam masak tomyam pulak kan...
Kita dah teringin-ingin nak makan ayam lemak cili api ni. Suka jugak letak daun limau purut, sedap aromanya
ReplyDeleteRamai peminat aroma limau purut kan..termasuk saya.
DeleteMasak sirap pun letak daun limau purut.Tapi insha Allah tak jadi tomyam aih...hihihi
Nak masak lauk ni la arini..anak bujang suka jugak ni.tq kak..dah dapat idea nak masak ape untuk lunch nnt
ReplyDeleteHehehe...suka Ahnaff nanti mak dia masak ayam.
Delete