Sunday 5 April 2020

PAJERI NANAS - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 20)

Dah masuk hari Ahad 5 April 2020
Kira nak masuk hari ke-20 la Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19.

 Pajeri Nanas
Tapi ni semalam nyer lauk
Mak aku masak untuk lauk lunch
Semalam kan kakak nak skip puasa ganti
So semua lunch sama-sama

 Pajeri Nanas ni lauk fav kakak & mak aku
& x boleh brain.. Abang pun suka
Mmmm... Nampaknya hanya aku sorang jer x suka lauk Pajeri Nanas ni
Aku x boleh go sebab lauk ni kan manis
Pastu nak makan ngan nasi..
Mmm.. I'm cannot go ar...


 Tapi tengok mak aku makan cam sedap jerk..
Abang pun kemain cedok berkali-kali
Mmm.. aku langsung x cuit
Mak aku cakap kalau kat kampung nenek pajeri dipanggil GULAI MANIS..
Haaaa... Logik la sebab memang macam gulai, macam rendang pun ada.. Tapi manis la plak
Dah nanas tu manis, kuah dia pun rasa manis
Kalau NASI GORENG NANAS....aku masih boleh terima sebab ada pedas, masin d sikit jer manis dari nanas
Resipi just c&p dari old post..

PAJERI NANAS.... mak aku
1 biji nanas
1 cawan santan
1 sudu rempah kari daging
2 sudu rempah kari ikan
1 sudu kerisik
2 sudu gula perang
1 sudu teh garam
1 sudu udang kering@ bilis tumbuk
Bahan Tumis;
2 bawang kecil
2 bawang putih
2 hiris halia
2bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga
1 kecil kulit kayu manis
4 sudu minyak

1. Kupas nanas dan slice. Boleh slice bulat @ boleh belah2.
2. Panaskan minyak dan tumia bahan tumis hingga harum
3. Masukkan rempah kari ikan & kari daging yang dibancuh dengan 1 cawan air.
Masak hingga naik minyak
4. Masukkan nanas dan kacau hingga nampak kuah cair kerana keluarnya jus nanas. Masak anggaran 15 minit hingga nanas nampak jernih
5. Tambah santan, garam, gula & udang kering tumbuk
6. Biar mendidih & kuah agak pekat.
7.Masukkan kerisik dan perlahankan api supaya mendidih perlahan dan kuah akan naik minyak & cantik
8. Sesuaikan rasa
*** Pajeri nanas elok dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap

Nanas ni dah seminggu
Mak aku beli masa keluar beli barang dapur hari Isnin
Dari kulitnya hijau dah jadi kuning
Hari tu aku plan nak nak makan ngan kuah rojak
Tapi xde siapa nak tolong kupas kulitnya
Aku x retiiii😭😭😭😭

Sib baik ni mak aku buat pajeri tu separuh jer
Separuh lagi mak aku simpan untuk aku makan ngan kuah rojak

1/2 bahagian nanas ni bahagian tangkainya mak aku simpan untuk aku makan ngan kuah rojak
Kata mak aku, isi bahagian tangkai nanas lebih manis daripada isi bahagian jambulnya.. 
Jambul nanas tu crown nanas tu la.. 
Isi bahagian crown tu sebab kurang skit manisnya berbanding bahagian tangkainya dimasak pajeri
So, kira aku la yang untung kan
Makan bahagian manis

Untuk abang...
Ayam Goreng
Mak aku cakap ni hanya 2 ketul drum stick & 2 wings jer tapi dipotong kecil supaya nampak banyak..
Jimattt.. Bukan boleh suka-suka hati nakmkeluar gi pasar

Ikan Lengat Goreng & Tempe Goreng

7 comments:

  1. Paceri nenas tu macam mana rojak berempah pedas Manis masam.

    Sedap.paceri Bombay macam jeruk nenas. Sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.. Tapi rojak sedap
      Pajeri tu dia macam x kena la nak makan ngan nasi🤭
      (sebab dah memang x suka) 🤣

      Delete
    2. Rojak makan dgn nasi ok Aja.it is all the state of mind.
      Camni Kita buat buat bubur kacang merah..kakak Kita suruh pakai santan. Kita nak pakai Susu je..cam dalam.abc.
      First round pakai santan Dan gula kabung.
      Then second round pakai gula pasir je

      Dan Susu skim milk je.
      Dia amik.makan semangkok.
      Sedap
      Pakai santan? Saya endah tak endah je. Dia ulang .. saya jawab haah. Dia ulang says jawab the second answer,santan tak guna Susu. Hehe dia kata ok.. padahal.dua Hari sudah reject habis habis says nak pakai Susu.
      Saya.confirm.kena guna Susu sebab santan dah abis.

      Anyway the moral of the story Belum.apa APA jangan terus tak suka. Kasi peluang. Best time.to try new food masa.perut lapar..sure.ok... hahaha

      Delete
    3. 🤣🤣🤣
      aiyokkk... Nanti kiter nak pecah lubang. Nak cakap ngan kakak tu sis nor x guna santan🤭

      Tapi about pajeri tu memang cannot go la.. Hihihihi
      Nanti dah tua macam mak kiter x tau la kot tetiba craving nak makan pajeri lak🤭🤭

      Anyway bubur kacang kalaubletak susu mesti sedap sebab kiter suka susu.. ❤️

      Delete
  2. DIA Tanya dapat lah jawapan.. hehe saya tak tipu. Ann dia nak makan kacang hijau dgn lempuk.
    Saya nak makan bubur kacang merah,.tapi dia nampak dia helped cedok ... So.at.her own will.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkdak tipu
      Cuma tidak menceritalan yang sebenar.. Hahahaha

      Delete
  3. Depend on the interpretation..

    ReplyDelete