Dah hari Rabu...
Hari ke 22 dah Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Semalam mak aku masih temankan kakak puasa.
Aku ngan abang x puasa..Mak aku masak Mee Lidi Goreng untuk lunch aku ngan abang
Mee Lidi..
1st time aku makan mee lidi
Mak aku cakap mak akupun x pernah masak mee lidi ssbelum ni.
Tapi mak aku cakap pernah makan
Ini semua kerana masa panic buying tu mak aku cakap semua pakat capai jer makanan kering.
Semua pakat bedebut beli takut habis
Mak aku memang banyak beli stok pasta & mee kering
Termasuk mee lidi ni
Mak aku cakap sebab x pernah masak mee lidi ni, mak aku kata hanya capai 2 pack jer
Mee dia besargbesar leper macam fettucini
Rasa dia not bad la
Rasa kenyal & xde rasa kapur
Cuma macam penat nak kunyah sebab mee dia kenyl
Tapi sedap la bagi aku
Makan sikit oun dah kenyang
Sebab mee dia tebal & leper
MEE LIDI GORENG
2 pack mee lidi
1 cawan isi ayam + 1 sudu teh garam kunyit
2 biji telur
1 biji tomato masak
1 cili merah
2 pokok sawi
4 sudu minyak
3 sudu cili blend+ bawang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula peranga
2 sudu sos tiram
1/4 cawan kicap lemak manis
1 pokok daun sup
1. Jerang air & rebus mee lidi 10 minit suoaya lebih lembut, kemudian basuh & bilas.
(pada pack tu tulis rebus 4 minit sahaja)
2. Panaskan minyak & goreng isi ayam hingga agak garing.
3. Masukkan cili blend & masak hingga naik minyak
4. Masukkan, sos tiram, garam, gula, tomato hiris, cili & batang sawi
5. Tambah mee yang sudah direbus & gaul rata sambil renjis kicap
6. Jika mee masih keras tambah sikit air.
7. Gaul rata & masak hingga mee lembut
8. Sesuaikan rasa & tabur daun sup
No comments:
Post a Comment