Sunday, 12 April 2020

NASI AYAM KUNING SELATAN BERTELUR - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19 (DAY 25)

Sejak masuk ke rumah 16 Mac 2020 aku memang #stay@home#.
Bermakna sudah 26 hari aku berkurung.
Hari ni sudah 25 hari berlalu Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Kelopak mata kanan aku bengkak.Dah pergi klinik sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Tapi x baik juga. Dah semakin tebal tapi takut nak follow up.
Bukan takut kat doc. Tapi takut nak keluar rumah & takut nak gi klinik. Sebabnya dalam TV selalu cakap kalau sakit yang x mendesak, xyah gi klinik @ hospital kerana risoko covid 19 juga lagi tinggi kat klinik d hospital. Takut sakit yang sikit jadi bertambah terdedah.
Huhuhu

Mak aku masak Nasi Ayam Kuning Selatan Bertelur untuk lunch semalam.
Nasi Ayam Kuning Selatan ni translate darpada SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE....
Tapi dah translate jadi la nama melayu..
Hahaha..
Lunch hari Jumaat.. Hari ke 24 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Nasi Ayam Selatan ninasalnya sebab tergoda tengok Aunty Ogy masak masa tahun 2018.. Haaa lama dah kan..
Tapi now aunty Ogy dah x aktif tulis.. Tak. Tahu naper.. Huhuhuhu


Nasi Ayam Kuning Selatan Bertelur vs Sup Tauhu Lembut
Dengan kicap & sos cili


Sedap baq hang..
Semua orang makan sekali jer
Tapi abang makan 3x
1st makan ngan ayam
2nd makan ngan telur
3rd makan ngan ayam semula
Haaa.. Camaner tu

Ceritanya mak aku cakap ayam hanya ada 4 ketul.
2 drumsticks
2 drumets
Tapi besar-besar la sebab hari tu abang keluar beli ayam.. Abang beli ayam saiz besar giler. Drummet ayam tu pun besar macam drumstick..
Hanya 4 ketul ayam.
Cukup-cukup sorang seketul


Mak aku cakap sebab tu tambah telur
Nak kasi extra lauk la..
Telur tu pun sedap sebab mak aku kata rebus dulu d lepas rebua digoreng garing
Baru masuk dalam nasi bersama ayam
Jadilah Nasi Ayam Kuning Selatan Bertelur

Resioi ni just c&p dari post NASI AYAM KUNING SELATAN... kat sini

NASI AYAM KUNING SELATAN
3 cawan beras basmathi - rendam 15 minit
3 cawan air
1/2 cawan susu cair( xde stok..guna susu tepung + ½ cawan air suam)
2 pandan
1 sudu teh garam ( kalau guna kiub ayam..skip garam dan gula ni)
1 sudu teh gula
1 sudu besar pati oren(sendiri tambah)
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu marjerin
1 pokok daun sup/ daun ketumbar

Bahan Ayam:
1/2 ekor ayam
1 sudubteh garam
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu serbuk kunyit
Minyak untuk goreng
** 4 biji telur direbus & digoreng
 (tambah sebab ayam sikit) 

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar- hiris
5 buah pelaga
1 pandan- gunting2
1 kayu manis
2 bunga lawang
Bahan Tumbuk:
3 bawang merah
3 bawang putih
1 ketul halia

1. Gaul ayam,garam,serbuk kari dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak
2.Panaskan marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
3. Tambah bahan tumbuk dan serbuk kari serta serbuk kunyit ( bahan untuk nasi)
4. Bila naik minyak masukkan air.
5. Tuangkan semua bahan tadi dalam rice cooker dan on " cook" biar hingga mendidih.
6. Bila mendidih tambahkan susu,garam,gula dan pati oren.
7. Masukkan beras yang sudah direndam.
8.Kacau rata..tutup dan biar cook hingga nampak airnya kering
9. Bila nasi dah mula kering,susunkan ayam yang sudah digoreng tadi.Masukkan juga telur rebus yang digoreng.
10. Tutup semula rice cooker dan biar nasi masak
11. Tabur daun sup/ daun ketumbar cincang..
12.Setelah nasi masak gemburkan nasi dengan garfu supaya nasi gembur cantik.
Boleh hidangkan bersama Sup dan Sambal Cili



Siap Nasi Ayam Kuning Selatan

Makannnnn....

Telur pun sedapppp

Sup Tauhu Lembut
Sup ni pun sedap
Mak aku guna tauhu lembut yang orang selalu buat tauhu kukus tu..
Lembut macam taufu fa
Sedap.. Smooth jer
Cili tu just guna Thai Chilly Sauce jer
Kicap tu lebihan sambal kicap soto madura hari tu ditambah lagi kicap supaya lebjh cair

Sorang sepinggan
Sorang seketul ayam
Sorang sebiji telur
Sorang semangkuk sup
Tapi abang makan 3x
1 makan ngan ayam & telur
Kali ke-2 makan ngan telur sebab kakak xnak telur
Kali ke 3 makan ngan ayam sebab mak aku xnak ayam
Malam tinggal nasi dh kosong xde lauk dah pun, abang boleh makan nasi tu kosong.
Siap basuh periuk sesiap
Haaaaa... Boleh bayang la kan sedap dia
Tambah plak makan dalam Perintah kawalan Pergerakan memang lain macam

2 comments: