Monday, 27 April 2020

NASI DAGING SIMPLE SEDAP-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 40) RAMADHAN 2020

Puasa ke 2 Ramadhan adalah pada hari ke-39 Perintah Kawalan Pergerakan. Dari pagi hingga petang mendung cycling k
Langsung x nampak matahari..
Waktu dah nak berbuka, hujan rintik-rintik..
Kat KL waktu berbuka 7.20 malam..
Haaa...kalau tengok jadual waktu berbuka puasa dsri hari pertama hingga hujung memnag 7.20 malam. Kecuali 4 hari terakhir Ramadhan waktu berbuka 7.21 malam..


Mak aku masak Nasi Daging vs Air Asam Kerisik untuk juadah iftar hari ke-2 Ramadhan

Nasi Daging versi simple kata mak aku
Sebab apa?
Mak aku cakap sebab guna bahan simple la
Lately ni almost pun masak simple- simple & guna apa yang ada jer sejak Perintah Kawalan Pergerakan..
Daging pun mak aku cakap hanya 1/2 kg sahaja & direbus & dihiris nipis, sampai abang cakap dah macam nasi daging yang dijual kat kedai, daging nipis🤭
Nasi Daging ni pun mak aku cakap banyak bahan yang skip sebab xde stok.
Still sedap & x muak nak makan
Jangan skip beras & daging dah la
Kang x jadi la nasi daging🤣🤣


Nasi Daging walaupun mak akunkata simple
Tapi memang sedap sangat
Betul x tipu
Abang sampai 3x makan
Waktu iftar dah makan
Tengah malam lepas terawikh makan lagi
Sahur pun makan lagiii...
Haaa sedap la tu kan...

Nasi Daging Simple
Air Asam Kerisik
Kari Dalca Telur
Pic cantik sebab abang yang snap guna camera hp abang


Mak aku cakap daging ni yang abang beli minggu lepas sebelum puasa..
Beli sebab takut nenek call tanya nak puasa dah beli daging ke belum🤣
Separuh mak aku cakap dah masak untuk 1st day sahur tu yang masak Daging Rebus Kunyit tu..


Ni daging yang mak aku dah rebus & hiris
Daging kan...
Siapa jer yang x suka..
Sebab daging memang sedap...

Daging ni dari pagi lagi mak aku dah rebus dalam rice cooker
Mak aku cakap supaya nanti petang just masak nasi daging..
Senang nal potong sebab dah sejuk..
Air rebus daging pun mak aku pesan jangan tuang plak
Nanti mak aku kata nak buat masak nasi daging tu

 NASI DAGING SIMPLE SEDAP
Bahan Nasi Daging:
1/2 kg daging- rebus seketul besar hingga empuk & baru hiris nipis)
4 cawan beras basmathi- rendam 15 minit supya nanti nasi gembur cantik
( Kalau beras biasa pilih beras yang agak keras)
4 cawan air rebusan daging  ( Ratio- 1 beras: 1 air)
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu penuh serbuk REMPAH SUP ADABI

Bahan Tumis:
1/4 bawang besar- hiris
2 hiris halia- mayang
1 daun pandan -simpul
1 batang kulit kayu manis(kalau xde boleh skip) 
2 bunga lawang ( kalau xde boleh skip)
2 sudu marjerin(kalau xde stok guna minyak jer)  


1. Rebus daging dengan air yang banyak hingga empuk. Air biar banyak sebab nanti nak guna air tu untuk sup dan nak masak nasi

2. Panaskan marjerin/ minyak dalam kuali....& Tumis semua bahan tumis

3. Bila harum..Masukkan  Perencah Sup Serbuk dan masukkan kiub ayam 

4. Masukkan beras yang sudah direndam d dibuang airnya. Goreng beras bersama bahan tumis selama 2 minit

5.  Dalam rice cooker, sila panaskan 4 cawan air rebusan daging hingga mendidih

6. Tuang semua bahan dalam kuali tadi ke dalam rice cooker yang air daging sedang mendidih.Masukkan juga garam dan gula.. Tekan Cook dan masak hingga mendidih...

7.Bila air kering gaulkan sedikit supaya rempahnya rata.


8. Letakkan juga kepingan daging rebus hiris tadi ..Tutup dan biar nasi masak sepenuhnya


Semua dah masuk dalam rice cooker
Mak aku yang snap
Kelabu asap jerebu giler🤣
Dah berkali ajar pun mak aki still x reti lagi
Pic bahan tumis dalam kuali terpaksa skip sebab gelap gelita macam blackout terus😁
So, pepandai la bayangkan


Bila nasi dah kering masukkan daging

Nasi dah siap masak

Abang la snap ni sebab x sabar nak makan


Ops pic Air Asam mana??
Haaa Air Asam Kerisik ni 50% kerja aku tau
Hihihihi.. Nk juga interframe

Bahan Air Asam Kerisik
2 cili merah(patut tambah 5 cili padi bg pedas skit tp xde stok)
1 sudu belacan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi +1/2 cawan air
1/2 bawang besar hiris
1 buah tomato
1 sudu makan kerisik
1/2 lemon /limau nipis

1. Blend cili, garam, gula, belacan,separuh bawang hiris & air asam jawa. Blend jangan terlalu halus
2. Masukkam dalam mangkuk & tambah bawang hiris, tomato hiris & kerisik.


Mak aku dah siap blend
Aku gaulkan dengan kerisik & tomato & bawang hiris


Kerisik tu agak gelap
So air asam tu jd agak gelap


Air Asam ni mak aku cakap elok dibuat 1 jam awal supaya rasa dia lebih sebati

Mak aku cakap kalau nak lagi sedap + santan.. Rasa macam kerabu bila cicah danging
Tapi kalaunletak santan x tahan lama

Nasi Daging Simple Sesap siap untuk makan
Nasi Daging ni selain dimakan dengan air asam kerisik..
Kena ada dalca baru ngam
Patut Dalca daging + sayur terung, kacang & tomato.
Tapi ni hanya KARI DALCA TELUR...sini..
Patutnya Nasi Daging yang lengkap macam dalam post RESIPI NASI DAGING & CARA BUAT REMPAH NASI DAGING... kat sini
Kalau nak buat versi yang agak simple boleh follow NASI DAGING UTARA GUNA REMPAH SUP... kat sini

Puasa kali ni xde Air Tembikai
Nenek mamang call tanya makan apa
Tapi bila cakap kat sini susah nak dapat buah & sayur & ikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan..
Nenek kata kat Kedah semua murah sejak Perintah Kawalan Pergerakan
Nenek kata  jualan buah, sayur & ikan serta hasil pertanian lain banyak dibuka sepanjang jalan.
Mungkin sebab dah x boleh hantar keluar tempat lain


2 comments: