Wednesday, 1 April 2020

AYAM MASAK MERAH TOMATO PURI - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 15)

1 April 2020
Dah masuk day 15 Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19
Semalam 31 Mac berakhir 14 hari Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan..
Hari ni kira 1st day la untuk fasa ke-2 pulak hingga 14 April 2020



Pagi tadi mak aku masak Ayam Masak Merah Tomato Puri 
Untuk lunch aku ngan abang
Mak aku ngan kakak puasa
Tanya mak aku sahur apa
Mak aku cakap  Nasi Goreng Ikan Lengat
Mmm sedap tu


Dah banyak kali request nak makan Ayam  Masak Merah
Tapi mak aku cakap xsw stok tomato sos
Tapi hari ni mak aku masak juga ayam masak merah

 Mak aku cakap guna tomato puri ni
Selalu tomato puri guna nak masak nasi tomato jer
Mak aku cakap tomato puri agak masam
Nak banding tomatos sos
Tapi dah xde tomato sos
Guna la tomato puri


Ayam Masak Merah Tomato Puri
1/4 ekor ayam - potong gaul garam kunyit
1 tin kecil tomato puri
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
1/2 bawang besar - hiris
1 tangkai daun sup - cincang
Minyak
Bahan Blend:
10 cili kering
1 serai
 2 hiris lengkuas
2 bawang putih
1/2 bawang besar

1. Goreng ayam hingga masak
2. Panaskan 4 sudu minyak & tumis bahan blend
3. Masukan tomato puri d masak hingga naik minyak
4. Masukkan garam, gula & ayam.
5. Jika hendak berkuah tambah sikit air
6. Masuk bawang hiris & sesuaikan rasa
7. Tabur daun sup


Mak aku soh aku rasa cukup tak masin manisnya..
Mmm betul la ada sikit rasa masam tomato puri
Tapi bila dah tambah gula perang dah ok dah balance dah rasa dia..
Puas hati dapat makan ayam masak merah.



No comments:

Post a comment