Dah berubah tarikh..
Dah masuk 11 April 2020
Masuk hari ke-25 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Kawan-kawan semua sibuk upload dorang makan macam-macam kuih mak dorang masak
Dah terbalik lak ngan aku
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni mak aku lak cakap malas nak masak.
Aku lak bila petang mula fikir nak buat projek apa
Haaaa..
Ni projek aku hari Khamis kelmari
Khamia tu aku puasa sunat nisfu sya'ban
Memang sejak Perintah Kawalan pergerakan aku cuba untuk berpuasa setiap Isnin & Khamis
Kebetulan plak Khamis tu bersamaan 15 Sya'ban..
Tapi puasa sengsorang jer la
Aku buat Bubur Butir Nangka
Naper x caya aku masak Bubur Butir Nangka ni..?
Hahahaha.. kena la percaya.
Tapi jangan percay 100% sebab aku buat 80 % jer
Lagi 20% mak aku tolong.
Menggentel Butir Nangka ni memang fully aku buat sampai merebus butir nagka tu hingga timbul
Cedok & rendam dalam air
Buat sambil puasa baq hang
Haaaa... Yang bebola sagu dalam tu mak aku yang buat..
Sebab tu 20% tu kira mak aku yang buat
Aku hanya 80% sahaja coz sagu tu aku x masuk campur
Yang sagu tu mak aku kata tuang jer air panas atas sagu tapiskan.
Biar melekit & bila dah sejuk buat bentul bulat
Mak aku kata kena basahkan tangan supaya x melekat pada tangan
Aku memang x joint.
Sebab aku sibuk gentel butir nangka aku jer
Sagu tu just jeling jer sebab mak aku buat kat tepi aku
Heee
See... Seksi x my butir nangka
Sama size kan
Hahahha.. puas adjust sebab memang plan nak letak kat IG
Kalau selalu mak aku minta tolong gentel buah melaka ke, macam-macam saiz aku gentel.
Ni kena la buat betul-betul sebab nak show off🤣🤣🤣
Hihihi.. Hipokrit kan
Ops.. Haaa yang air dalam bekas tu mak aku isikan
Sebab aku kelam kabut nak cedok butir nangka yang dah timbul dalam air mendidih.
Tak sempat isi air dalam bekas, mak aku tolong isikan air tu
Sambil mak aku beletiaq sebab buat kerja x dak plan.
Mak aku cakap patutnya sebelum rebus butir nangka tu aku kena sediakan siap2 bekas berisi air tu.
Heeee
Bukan aku jer suka Bubur Butir Nagka ni
Masa iftar, abang & kakak pun pulun makan lepas makan nasi
Kakak kata baru jer teringin nak makan bubur butir nangka ni..
Tetiba dah ada atas meja.
Huh.. tersama plak taste aku ngan kakak
Tapi sumpah x sengaja.
Hahaha..
Sebelum tengah malam tengok semua dah licin...
BUBUR BUTIR NANGKA
2 cawan tepung pulut
1 cawan air pandan + sikit pewarna hijau
(3 helai pandan blend dengan 1 cawan air)
1 kotak santan +1 kotak air(guna kotak santan untuk sukat)
1/2 cawan sagu ( jika suka)
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1. Uli tepung pulut dengan air pandan + pewarna hijau. Masuk air sikit-sikit sambil uli. Jika lembik tambah tepung, jika keras sangat tambah sikit air. Uli hingga dapat dough macam playdough
2. Ambil dough anggaran 1 sudu teh & gentel bulat bujur. Buat hingga habis
3. Jerang air 1/2 periuk hingga mendidih. Sediakan juga bekas lain berisi air sejuk
4. Rebus butir-butir dough yang digentel.
5. Bila dough timbul cedok & masukkan dalam bekas berisi air sejuk
6. Masak santan+ air, gula, garam hingga mendidih.(Jika guna sagu masukkan sagu hingga sagu jernih sebelum masuk gula)
7. Masukan dough yang sudah direbus tadi.
8. Biar mendidih sekejap & sesuaikan rasanya
Siap manisan...
ReplyDeleteSimi tepung pek.kecik rare. SBB priority utk kilang roti Dan supermarket buat roti.
Rasa macam bulan puasa..
DeleteMinggu depan dah puasa..
Yeyyy