Selepas 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan-Covid19 Fasa 1 berakhir swmalam 31 Mac
Hari ini bermula pula Fasa 2
Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Dalam TV ada bagtau dah ada 3 tempat kat Malaysia sudah kena Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat(PKPD)
KL pun ada ada tempat kena PKPD tersebut.. One City Plaza
Kat Hulu Langat & Simpang Renggam
Nasib baik tempat aku x kena PKPD
Hanya kena Perintah Kawalan Pergerakan.
Semuruh Mal
Kalau yang kena PKPD dorang langsung xleh kuar rumah walaupun nak gi beli makanan
Habis macamana dorang nak makan..
Tengok kat TV cakap kerajaan akan hantar bekalan makanan untuk semua yang terlibat PKPD tu
Oooo...
Mmmm... Mesti bapak bored kan..
Tak leh langsung nak kuar rumah
Huhuhu... Aku yang hanya terlibat Perintah Kawalan Pergerakan sahaja pun dah 1/2 bulan x pijak bumi
Sejak masuk dalam rumah 16 Mac2020. 2 hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan tu aku x pernah lagi keluar even luar pintu rumah
Hanya mak aku jer pernah keluar 2x untuk beli barang dapur
Mula masa minggu pertama masih boleh keluar rumah, tapi aku yang takut
Masuk minggu ke-2 memang dah arahan 1 kereta hanya 1 orang sahaja untuk beli makanan.
Ni dah masuk minggu 3..
Tengok dalam social media, keluar hanya seorang & x boleh lebih 1km..
Yang nak balik kampung memang x lepas sebab setiap tol polis tahan
Polis & tentera wei..!!!!
Tengokndalam video..
Yang nak balik rumah pun kena tunjuk Mykad yang ada alamat rumah
Kalau x.. Memang kena u-tern
Setiap malam tengok Buletin Utama beratus orang kena tangkap, kena saman, kena lock uo, kena panjara pun ada sebab melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan
Eiii... nauzubillah..
So, duduk lah kat rumah
#stayathome#
Nasib baik jugalah rumah menghadap jalanraya & lebuhraya..
Air tasik & pepohon hijau
Bunyi burung, angsa, kambing masih boleh didengar..
Bangun pagi ngadap la tingkap
Umpama burung didalam sangkar
Hanya mata memandang kelua
Jasad terkurung
Pandang kiri....
Semua terasa sunyi...
Pepohon tegak di taman....
Sayup-sayup bermacam bangunan
Ada harinya hujan turun..
Mungkin sebab peralihan monsun...
Ada hari tu hujan lebat....
Disertai guruh & kilat...
Biasanya kalau waktu hujan mak akunakan suruh aku berdoa
Kata mak aku antara waktu mustajab doa adalah waktu hujan turun.
Selain daripada tu memang ada lagi waktu mustajab untuk berdoa..
Tetapi waktu hujan adalah salah satunya
Mak aku selalu ceritakan betapa orang-orang Arab cemburukan Malaysia kerana hujan sepanjang tahun
Bermaksud sepanjang tahun kita mempunyai waktu mustajab untuk berdoa
Sedangkan mereka menanti-nantikan hujan.
Mak aku pernah cerita ada ustaz sampaikan orang-orang Arab kata untungnya Malaysia kerana selain hujan sepanjang tahun
Malaysia juga negara yang subur kerana jika ditanam tongkat pasti akan tumbuh menjadi pokok
Sebaliknya dinegara mereka jika ditanam pokok akan manjadi tingkat kerana tanahbyang kering & tiada hujan
الحمدلله...
Bilantiba waktu senja..
Aku termenung di jendela...
Senja di sebelah barat
Pic dari abang minggu lepas
Masa minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan 1 bermula 18 Mac - 31 Mac
Hp abang camera cantik skit
Malam di sebelah kiri kian gelap
Cahaya juga sudah malap
Di sebelah kanan juga sudah malam
Tasik yang dalam menjadi hitam
Cuaca hari ni 1 April 2020
Hari pertama Fasa 2 perlu ditempuh
Marilah kita semua berdoa,
Semoga Covid 19 segera binasa,
Agar keadaan kembali kepada sediakala,
Semoga diperkanan الله yang maha Esa,
🤲🤲🤲🤲🤲
No comments:
Post a Comment