Wednesday, 8 April 2020

NASI GORENG ADABI TELUR MATA - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 21)

Dah masuk hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Hari ni rasa macam nak masak cookies
Tapi macam x patut plak
Sebab semalam dah buat kek
Citer Nasi Goreng jap

Nasi Goreng Adabi
Untuk iftar semalam
Sebab semalam semua puasa hari Isnin
Iftar mak aku masak Nasi Goreng Adabi
Masa tengahari, tanya mak aku nak masak apa, mak aku cakap nak masak Roti Naan Cheese
Tapi bila iftar tengok menu Nasi Goreng Adabi plak
Mak aku kata sebab nak makan nasi
Tapi Nasi Goreng Adabi memang sedap
Bau dia... Aummmm
Rasa dia pure..
Cuma gelap skit sebab mak aku cakap guna 2 perencah


1 guna Perencah Nasi Goreng

1 lagi, mak aku kata campur dengan perencah tom yam kung ni sebab mak aku cakap nak kasi rasa dia kaw



So semua makan Nasi Goreng Adabi Telur Mata..
Semua Telur Mata Goyang
Hanya kakak, Telur Mata Kejung
Hahahaha, kejung sebab kakak memang x makan egg yolk
So, untuk kakak mak aku akan goreng sampai egg yolk tu keras x bergerak
Kalau goyang- goyang kakak xkan makan
Goreng Kejung pun kakak akan koreng egg yolk tu kasi kat abang...


NASI GORENG ADABI
2 cawan beras basmathi - tanak
=4 cawan nasi
1 paket perencah Nasi Goreng Adabi
1 paket perncah Tom Yum Kung Adabi
1/4 biji nanas - potong halus
1 cawan isi ayam- hiria + 1 sudu teh garam
5 batang sosej- hiris
10 cili padi - ketuk
Daun sup
4 sudu minyak

1. Panaskan minyak & goreng isi ayam hingga masak & tambah sosej
2. Masukkan perencah & gaul rata
3. Masukkan nanas, cili padi & masak beberapa minit supaya nanas lembut
4. Masukkan nasi & gaul rata sambil dikacau hingga berasap
5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup

5 comments:

  1. sedapnyaaa ^_^ kalau masak nasi goreng, tak lengkap kan kalau tak de telur, hehe. Kalau tak telur mata, at least kena ada scrambled egg kt dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..
      Kiter pun suka kalau ada telur mata..
      Terima kasih CB..
      Happy stay @ home

      Delete
  2. Fuh bertambah lah makan nasi goreng. Hancus diet. Dalam tempoh lockdown menu nasi goreng dah berapa Kali Dah. Tapi laku. Dinner membawa me lunch next day.

    ReplyDelete