Hingga hari ni dah masuk hari ke 43 baru beberapa kali dapat makan sayur
Selalunya dapat makan sayur jika maknaku gi pasar beli stok barang dapur untuk seminggu, Tapi mak aku cakap kat pasar pun dah x banyak pilihan sayur & harga berganda.
Last week memang xde sayur sebab Pasar KL kena PKPD
Sayur Kangkung Tumis Belacan
Mak aku masak untuk lauk iftar hari Isnin
hari Selasa
Sayur kangkung tumis belacan
Sayur ni abang gi beli kat kedai sebelah pagar tu jer.
Tapi 1 ikat tu ciput jer
Sib baik bulan puasa
Makan x banyak sangat sebab ada lauk lain juga.
Kalau masak kangkung mesti mak aku akan biar panjang-panjang
Mak aku cakap x feel kalau makan sayur kangkung potong pendek.
Yang lawaks nya setiap kali beli kangkung mak aku akan citer la about sejarah Melaka yang kononnya masa rombongan Melaka ke negara China.
Ketika mereka hendak mengadap maharaja Cina, mereka tidak dibenarkan melihat wajah maharaja China yang berada dia atas takhta. Semua kena tunduk.
Tapi orang Melaka menggunakan tipu helah dengan meminta hidangan sayur kangkung tidak dipotong. Mereka mengatakan orang Melaka suka makan sayur kangkung panjang-panjang tanpa merat & permintaan mereka dipenuhi
So, masa nak makan kangkung kena la angkat kangkung tu tinggi& tinggi keatas
Sambil angkat kangkung tu sambil la jeling wajah maharaja China tu
Hahahahaa
SAYUR KANGKUNG TUMIS BELACAN
1ikat kangkung
2 sudu minyak
1 sudu bilis halus
Bahan Tumbuk
2 cili merah
3 bawang putih
1 sudu belacan
1 sudu teh garam
1. Bersihkan kangkung & kerat dua sahaja. Jika kangkung terlalu panjang kerat 3.
2. Panaskan minyak goreng bokis hingg arangup. Ketepikan.
3.& tumis bahan tumbuk. Biar naik minyak
3. Masukkan 1/4 cawan air & biar mendidih
4. Masukkan bahagian batang kangkung & masak sambil kacau selama 1 minit
5. Masukkan bahagian daun kangkung & balik-balikkan sekejap sahaja d terus matikan api. Sesuaikan rasa.
** Jika guna kangkung kampung mak aku pesan kangkung tu elok jangan dikerat. Dibiarkan sebatang-sebatang & dicelur dahulu. Cara ter sebut pernah publish dsh dalam post SAYUR KANGKUNG TUMIS BELACAN.. KAT SINI
Update:
Achik baru jer share pic kat family group whatsApp
Kangkung kampung kat dalam tali air tepi rumah achik...
Achil kata penuh dalam parit tu kerana sekarang musim hujan.
Nanti kalau hujan lebat & air parit tu akan melimpah & kangkung tu akan jadi bersih & hanya subur sangat
Dolu2 sebelum ada rumah baru, kalau balika Kedah memang akan tinggal tidur kat rumah achik
Setiap hari maknaku akan petik kakangkung ni
Masak nasi goreng, mihun goreng, sayur tumia belacan & rebus dijadikan ulam
Baru jer bulan 12 hari tu masa balik Kedah semua seronok memancing ikan kat tali air ni
Seronoknya kenangan MEMANCING HARUAN, KELI & PUYU DI TALI AIR..
Huhuhuhu..... Semoga raya ni dapat balik
Sedapnya...rasa nak buat la malam nanti
ReplyDeleteHeee... Sayur kangkung memang sedap x macam sayur sawi. Kita x minat sawi sebab ada rasa pahit.
DeleteNanti buat jangan potong kangkung tu tau..
Haaa leh feel jadi rombongan Melaka ke Chinaš¤£
Selamat berpuasa✌️
silapnya bila dah tengok hamaraja tu dia nak tutup lubang dia kasi satu tuan puteri dia yg keberapa ikut balik.
ReplyDeleteberibu tahun kdian, manyak hai oooo.
Alamaks...
DeleteKiter dwngar cerita x sampai ending la..
Ha.. ah la kannn...
Kan ada ya g di kahwinkan dengan sultan melaka kan..
Ouh.. rupanya sebab nak tutup lubang.. Mmm semalam tengok tv about food jouney la..
Kat Malaysia, tapi semua yang diinterview & streetfood yang dia interframe all about masakan puteri tu.. .. xde langsung pasal makanan lain..
Seddey..... Huhuhuhu