Tuesday, 14 April 2020

LEMPENG LEMON YANG SEDAP - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 28)

Dah masuk hari ke 28 Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19.Esok 15-28 April akan masuk hari ke 29 iaitu Fasa 3 plak.
Nampaknya tahun ni memang puasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan la sebab minggu depan 24 April akan mula puasa.


Mak aku masak Lempeng Lemon..
Haaaa.. Peliks ke Lempeng Lemon???
Tak peliks sebab pernah makan pun
Cuma x pernah tulis & post about Lempeng Lemon
Sebab selalunya kalau Lempeng Lemon ni buat sendiri-sendiri jer kalau time mak aku masak lempeng..
Yang ni buat post khas pasal Lempeng Lemon..

Lempeng Lemon.
Sedap ke..?
Sedap is subjective
Kalau suka akan cakap sedap la
Kalau x suka akan kata x sedap
Tapi aku kata sedap la

Mana lagi sedap antara Lempeng Lemon dengan Lempeng Kelapa, Lempeng Pisang & Lempeng  Cicah Sambal Tumis?
Semuanya sedap..
Semua ada kelebihan sendiri
Kalau banyak makan Lempeng ngan Sambal Tumis, pastu makan Lempeng Lemon.. Mesti sedap lempeng lemon la sebab makan lempang sambal banyak sangat
Kalau makan lempeng lemon banyak
Mesti rasa nak lempeng sambal plak
Begitulah hidup ini
Macam gak Perintah Kawalan Pergerakan ni
Soh gi sekolah & gi keja lama-lama mesti rasa nak cuti
Dah bagi cuti banyak, mesti rasa nak gi sekolah & nak gi kerja..
Haaaa related kan...

Lempeng Lemon ni selalunya aku ngan mak aku jer selalu makan time mak aku mazak lempeng..
Sebab ada ceritanya
Dulu masa sekolah (haaa dulu la sangatttt)
Baru tahun ni jer kot x sekolah..
Hahaha..
Ok.. Ok..
Masa dulu abang kat Kedah
Kakak kat kolej
Kat rumah hanya aku ngan mak aku jer
Kalau  malam masa aku buat homework
Mak aku akan layan Astro channel 550,501,703 & 707 jer
Tu je yang mak aku akan layan sambil temankan aku siapkan homework
Tapi paling banyak 703 & 707 la channel fav mak aku sebab channel masak-masak.
Haaaa ada satu program ni.
Tapi x ingat siapa cheff tu
Puas tanya mak aku pun x ingat apa nama program & cheff tu. Tapi about live kat cottage la.. River cottage ke apa camtu la..
(lupa sebab dah dekat 2 tahun terminate Astro & dah tukar Hip TV)πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€
Dalam program tu cheff tu pergi ke primary school & ajar kanak-kanak sekolah buat Lempeng Lemon..
Semua kanak-kanak memang excited sebab dapat buat lempeng lemon & makan sama-sama.
Cheff dia memang kampung & selekeh giler tapi aku suka tengok sebab masakannya simple & relaistik..
Bukan yang masak acah2 semua hotel standard tu tapi more to cottage live.
Sejak tu la aku ngan mak aku, kalau masak lempenga akan makan lempeng perah lemon & tabur gula.
Dah bertahun jugak la kalau buat lempeng cicah samval @ asam pedas.. mesti aku ngan mak aku akan amik beberapa keping untuk makan ngan lemon & tabur gula
Kalau xde lemon... Limau nipis pun jadi..
Tapi x terfikir nak buat entri Lempeng Lemon ni
Kali ni  sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni ..dah terfikir dah.. 🀣🀣🀣
Baru buat post Lempeng Lemon
Tapi resipi lempeng ni sama jer ngan LEMPENG CAIR.... kat sini

LEMPENG LEMON
2 cawan tepung gandum
3 1/2cawan air
1 telur
sikit garam
2 sudu minyak
sikit minyak lagi untuk sapu kuali
2 biji lemon - dihiris
1/2 cawan gula/gula perang 


1. Blend semua bahan tu hingga berkrim

2. Jika guna kuali biasa sapu sikit minyak & dadarkan kuih sesenduk demi sesenduk..

3.Jika guna pan..just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama..

4. Buat hingga selesai

5. Ambil sekeping lempeng & bentangkan
6. Perah lemon/lime anggaran 1 sudu teh jusnya sshingga rata dipermukaan lempeng

7. Taburkan pula  1 sudu teh  gula merata ppermukaan lempeng yang diperah lemon

8. Roll atau lipat lempeng tadi & makan segera.

*** Lempeng Lemon lebih sesuai dihidangkan dengan hirisn lemon & gula berasingan.Bila hendak makan baru diperah  lemon & tabur gula supaya tidak meleleh. Lagipun lemon & gula boleh adjust ikut selera


Buat Lempeng hingga selesai


Bentangkan lempeng
Boleh ambil sekeping lemping letak dalam own plate

Perah lemon juice
Kalau xde lemon..
Lime/limau niois  pun boleh
Calamansi/limau kasturi pun sedap
Limau purut (bum pernah try) 🀣

Tabur gula rata-rata


Gulung @ lipat lempeng

Makan dengan segera sebelum meleleh
Tapi sedap juga lempeng ni dilipat & dibiafkan lemon juuce & gula mencair baru dimakan menggunakan garfu dessert
Picit cream skit... Huh
Aummmm...

Lempeng Lemon..
Selain kaya vitamin C dari lemon, lempwng ini juga boleh dimakan oleh kanak-kanak kerana tidak pedas - rasanya lebih sedap..
Ok.. #stay@home#

2 comments:

  1. Salaam

    Pancakes are associated with Shrove Tuesday, the day preceding Lent, because they are a way to use up rich foods such as eggs, milk, and sugar, before the fasting season of the 40 days of Lent.untuk penganut Kristian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. Pancake bagi dorang dah kira rich food ek..
      Kalau kat Malaysia lak lempeng ni makanan cikai & makanan bajet..
      Hahaha...
      Apapun ta info🌹🌹🌹

      Delete