Saturday, 18 April 2020

HOMEMADE ROTI CANAI vs TEH TARIK - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 31)

Perintah Kawalan Pergerakan dah 31 hari.
Setiap hari pukul 5 petang semua ngadap TV nak tengok PC pasal Covid 19
Semua akan tunggu Datuk Dr Noorhisyam Abdullah. Dulu aku ingatkan Dr Noorhisyam tu Menteri Kesihatan..
Rupanya tu Ketua Pengarah Kementerian Lesihatan🤭
Nampak sangat la kurang alert kan..

Mak aku masak roti canai untuk breakfast
Roti Canai Cicah Kari

Homemade Roti Canai la

Bukan sekeping
Tapi.. Haaaaaa.... Bersusun
Makan sampai lebam
Hahaha

Sebab nak feel makan kat mamak
Letak roti canai & kuah dalam bekas aluminium
Teh Tarik dalam gelas


HOMEMADE ROTI CANAI
1 kg tepung gandum
1 sudu teh penuh garam halus
2 sudu besar gula
2 cawan air suam
Minyak
1. Bancuh garam dan gula dengan air suam
2. Uli tepung dengan air bergula dan bergaram tadi. Masuk air sikit demi sikit..jangan masuk sekali gus.
3. Jumlah cecair untuk 1 kg tepung hanya antara 2 cawan sahaja..jika terlalu keras tambah sikit lagi air..tetapi biasanya tidak lebih dari 2 1/4 cawan.
4. Uli dough hingga terasa licin.Doh seakan dough kuih donat
5. Bahagikan anggaran 20-25 biji bebola dan bulat2kan seperti hendak buat roti bjn.
6. Isikan minyak dalam mangkuk besar anggaran 2 cawan dan rendam bebola tadi semalaman..
7. Sapu sikit minyak oada dulang besar dan leperkan sebiji dough  sambil diregangkam hingga menjadi nipis seperti kain.
8. Boleh lipat 4 segi atau dibuat seperti sanggul. Bila hendak goreng tekan2kan sanggul dough yang dah dicanai tadi hingga leper dan goreng dsngan sedikit sahaja minyak seperti menggoreng lempeng

Dari malam mak aku uli & rendam dalam minyak

Alas plastik cling atas table top
Canai (sceen ni kena censored) 🤣🤣


Macam bunga ros kan

Leperkan

Ready untuk dimasak

Siap

Panaskan kari

Ready to eat

Huhuhuhu.
Selalu homemade roti canai bila balik Kedah
Nenek selalu buat roti canai
Now x boleh balik
Perintah Kawalan Pergerakan..
Lagi seminggu nak puasa
Huhuhu


5 comments:

  1. Sampai Raya Haji lock down ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar tengok sekolah pun sampai batalkan UPSR & PT3.. Maknanya mesti la lama tu..
      Takutnya nak fikir😭

      Delete
  2. Postpone le kawen cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha pospon sampai habis study la..
      Baru nk plan cari jodoh kat University😁😁😁

      Delete
  3. Hehe Cari jodoh kat unibesiti..jgn main main.
    Serious business.
    Eh check email?

    ReplyDelete