Thursday, 23 April 2020

MIHUN GORENG MAKAN PETANG-PERINTAH KWALAN PERGERAKAN-COVID19 (DAY 37)

Menantikan Ramadhan pada esok hari bagaikan menanti nak balik kampung.
Dah 37 hari Perintah Kawalan Pergerakan semua orang menunggu 2 pengumuman malam nanti..
1st pengumuman puasa.
& 1 lagi pengumuman dari PM  untuk tahu keputusan Perintah Kawalan Pergerakan  akan dilanjutkan atau tidak.
Actually semua orang pun macam dah boleh rasa memang Perintah Kawalan Pergerakan akan disambung pun.
Covid bukan dah terhapus
Masih banyak lagi yang +ve Covid & setiap hari masih ada kes baru walaupun tidaklah seramai sebelum ni..
Apapun makan dulu..
Esok dah puasa.
Pun macam dah tahu esok puasa walauoun Penyimpan Mohor Besar belum umumkan
Hahahaha...

Mak aku masak mihun goreng jer untuk makan petang merangkap malam
Pagi makan hotdog
Tengahari skip lunch sebab dah brunch
Mak aku tanya sesapa nak makan nasi
Semua xnak
So, makan Mihun Goreng Telur Mata sorang sebiji.
Kakak jer xnak mihun.
Kakak masak Samyang Mee Sedap.

Selain mihun ni actually ada keripap 10 biji
Karipap frozen.
Mak aku soh kakak goreng
Masa makan mak aku tanya kakak goreng ngan api kuat ker?
Karipap tu macam dah gelap tali x rangup & dalamnya x masak
Hanya mak aku yang makan sebiji
Semua xnak sebab...
Hahahha.....kakak belum boleh kawen coz goreng karipap pun fail lagi
Kikikiki..
Tapi mak aku cakap puasa kali ni aku ngan kakak kena belajar buat kukh tradisional bulan puasa..
Like... Tepung Bungkus, Lepat, Karipap, Buah Melaka etc
Mak aku cakap nanti aku ngan kakak kena juga belajar sebab kakak dah habis study.. Aku pun tengah free.
Mak aku cakap mak aku pun x busy sementara masih Perintah Kawalan Pergerakan.
Tapi aku dah apply kat mak aku soh masak ikut giliran..
Aku xmo joinvanture sebab leceh..
Nanti kalau kuih x jadi nak salahkan sapa?
Aku x sanggup..hihihihi..
Rotate la..
Hari ni kakak
Esok aku
Lusa kakak
Pastu kakak
Pastu baru lah kakak
不不不不不




BIHUN GORENG RENCAH ISI AYAM
1 bungku bihun - rendam air biasa 15 minit
1 mangkuk isi ayam- hiris nipis
1 batang carrot- hiris jejari halus
1 rumpun daun bawang
1 pokok daun sup
4 sudu minyak
2 sudu teh garam
1/4 cawan kicap manis
2 sudu besar cili blend + bawang
1. Gaul isi atam dengan 1 sudu teh garam(supaya tidak lwkat masak goreng)
2. Panaskan minyak & tumis isi ayam bergaram hingga masak
3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak
4. Tambah carrot  gaul hingga carrot lembut & + 1 cawan air & biar hingga mendidih
5. Buangkan air rendaman bihun( tak perlu tapis)
6. Masukkan bihum dalam kuah mendidih & biar 1/2 minit swbelum dibalik2kan & digaul rata.
7. Sambil gaul, sambil rennis kicap manis hingga bihun lembut & bersalut sekata.
8. Jika bihun belum cukup lembut masukkan sikit lagi air sambil dikacau-kacau
9. Masukkan daun bawang & gaul rata
10. Sesuaikan rasa & tabur daun sup

3 comments:

  1. Good tactic. But bad for team work.. but then again better for self esteem..supaya takdipersalahkan..heheh pandai ko cells.
    Not so innocent.ko..

    ReplyDelete
  2. Hshehdhd
    Ssmua ni tactic P.Ramlee yang ajar
    Dalam citer Nujum Pak Belalang
    1 untuk kau
    2 untuk aku
    不不不

    ReplyDelete