Saturday, 18 April 2020

PULUT MANGGA - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 {DAY 32)

Perintah Kawalan Pergerakan dah masuk 32 hari. Ramadhan pula lagi 5 hari menanti.
Antara menanti Covid 19 berakhir & menanti Ramadhan..
Rasanya Ramadhan lagi cepat.
Tahun ini sambut Ramadhan dalam Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19.
Minggu ni minggu terakhir nak makan waktu siang
Minggu depan jangan buat lupa plak
Haaaaa...

 Hari ni mak aku buatkan Pulut Mangga
Dah lama x makan pulut mangga
Tambah plak dalam Perintah Kawalan Pergerakan ni susah nak dapat buah
Semua gerai buat tepi jalan ditutup
Dalam Hero maybe ada jual buah
Tapi kata mak aku ngan abang Hero tu buka pukul 9.00 pagi
Tapi pukul 8.00 pagi manusia dah seramai-ramai alam beratur kat luar Hero nak masuk beli barang
Mak aku cakap tempat ramai macam tu memang hi risk..
Abang lak sanggup jer nak beratur tapi mak aku yang x kasi
Kata mak aku biarlah x dapat makan apa yang kita nak,
Jangan cari pasal ke tempat yang sesak dengan oreang ramai
Makanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan  memang x pernah gi Hero
Aku lagi la x ke mana
Memang #stay@home# la

 Abang dah lama nak makan Pulut Mangga

 Pulut yang lemak
Disiram santan krim yang pekat berlemak masin & manis
Dimakan bersama isi mangga yang manis

 Cedok sikit pulut lemak
Letak sikit mangga manis
Curah sikit krim santan
Angkat ke molot
Suapkan kombinasi 3 bahan tadi
Kunyah sambil pejam mata
Aummmmmm


 Mangga ni kisahnya abang yang belikan hari Khamis
Abang cakap nak keluar pergi bank nak gi check duit Bantuan Prihatin Nasional yanv PM cakap hari tu..
Alaaa...yang ada kisah Makcik Kiah tu
Hahaha...
Abang kata abang dah check online. LULUS
Abang kata orang bujang umur lebih 21 tahun dapat RM800
Waaaa.... Untung la..
Sebab tu abang belanja mangga
Hahaha sebab durian xde jual
Selalu abang belanja durian
Kiranya mangga duit BPN la
Kakak?
Kakak belum dapat
Kenapa?
Kakak kata sebab masa isi tu dalam data kakak ditulis sebagai PELAJAR.
Kalau pelajar dapat RM200
Tapi kan kakak dah habis belajar.
Agaknya sebab kakak belum konvo, maka dikira sebagai student
Kan patutnya 30 Mac 2020 hari tu kakak Konvo
Tapi dibatalkan sebab Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19 ni.
Kakak kata, kakak dah update data & tengah tunggu RAYUAN
Aku..???
Mmm.. Aku pun x tahu apa status aku
Sebab nak apply bujang aku belum 21 tahun
Nak apply student, dah habis sekolah tapi belum sambung mana-mana.
Baru jer submit online  UPU.
Patutnya batch aku start dibuat panggilan bulan Jun ni la
Tapi kan baru ni Menteri Pelajaran dah umumkan semua takwim tahun ni banyak perubahan..
Sekolah ditutup tak tahu sampai bila
UPSR & PT3 dibatalkan
SPM, STPM ditangguhkan ke tahun depan
Diploma & Ijazah pospon ke bulan Ogos & September.
Driving school aku pun dah 3x tangguh
Asal aku start masuk driving class bula Mac hari tu....pospon bulan April
Pastu booking tarikh baru
Pun Perintah Kawalan Pergerakan disambung lagi
Maka kena lah tunggu Peringah Kawalan Pergerakan ini berakhir
Mmm... Makan dulu lah..
Hahahhaa
Makan Pulut Mangga



 PULUT MANGGA HIJAU KUNING..mak aku
Pulut:
1 kg pulut- rendam semalaman
3cawan santan pekat+ 1 sudu teh garam + 2 sudu teh gula
1 helai pandan
1/2 sudu teh pewarna hijau
1. Kukus pulut hingga masak
2. Santan dicampur garam,gula dan pewarna hijau..
3.Bila pulit masak...gaulkan pulut bersama santan tadi hingga rata..
Memang mula2 nampak macam santan banyak dan sedikit melekit bergaul santan.
Biarkan sekejap...Pulut akan menyerap santa  dan akan jadi berkilaf
4. Jika nak terus makan x perlu kukus semula
    Lagi lemak pulut digaul santan tanpa dikukus
    semula..
TETAPI jika untuk tahan lebih lama...Kukis semula pulut bergaul santan ..TANPA ditutup ..
Ini untuk mengelakkan pulut menjadi lembik kerana wap berkumpul...

 SOS SANTAN KRIM;
2 cawan santan pekat
(1 kotak santan + 1 cawan air)
1 helai pandan
2 sudu tepung beras@ telung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula

**Campur semua bahan & kacau atas api hingga mendidh & pekat. Sejukkan

 Mangga...
Mesti lah kena mangga masak ranum..
Mangga ni masa abang beli belum masak
Mak aku tanya naper beli mangga belum masak
Abang kata mangga tu dah masak la sebab warna kuning
Kata mak aku mangga ada banyak jenis
Ada yang masak kuning, ada yang masak hijau, ada yang kuning tapi belum masak
Kata mak aku mangga ni memang spesis kuning sejak azali tapi belum masak
Kalau nak beli yang jenis kuning ni kena pegang & kalau rasa dah lembut isinya baru masak
Kalau yang keras ni belum masak..
Kena la peram dulu


 Haaa.. Sib baik dah hari ni mangga ni dah masak


Juicy
Sweety
Yummy

Mmmmmmm


3 comments:

  1. Salaam...pulut dgn serunding ok.kuah durian best..sambal ok ikan masin ok. Rendang ok.. but bila dgn mangga tak pernah order ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... Kena try tau..
      Semalam call nenek pun nenek cakap makan pulut.. Achik hantar lauk rendang ayam & mangga, nenek kata nenek masak pulut lemak makan ngan rendang, makan ngan mangga.. Haaaa

      Delete
    2. Mangga on its own..yum
      Hehe

      Delete