Sunday, 26 April 2020

PUDING SAGU - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 (DAY 40) RAMADHAN 2020

Kejap jer dah berlalu pun 2 Ramadhan.
Masuk 3 Ramadhan dah pun..

Semalam buat Puding Sagu
Untuk dessert berbuka puasa..
Dah cakap mak aku xyah la buat kuih bagai
Tapi mak aku cakan sian abang & kakak
Sebab dah bertahun banyak berbuka puasa kat tempat kerja & kat asrama..
Tahun lepas pun sama abang banyak iftar kat tempat kerja.
Kakak plak bulan puasa fahun lepas intern kat TV Hijrah..
Kadang sampai rumah awal, kadang berbuka dalam train..
Kadang balik lambat bila ada event &
Tahun ni bersama musibah covid 19
juga الله ئ bagi peluang kepada hampir seluruh umat Islam dapat berpuasa, iftar & solat terawikh bersama keluarga di rumah
Mak aku cakap ni namanya
Hikmah Dalam Musibah..


Puding Sagu ni sama jer ngan Sagu Gula Melaka yang memang mak aku buat setiap kali bulan puasa
Bulan lain pun buat juga
Tapi feel makan waktu bulan puasa ni lain skit
Heeee
Bezanya kali ni buat 2 warna
Warna merah

& warna hijau

Step by step nak dapatkan sagu yang jernih & sibiji-sebiji  ada dalam post
PUDING SAGU GULA MELAKA... kat sini

Resipi ni just c&p dari post

PUDING SAGU LELEH GULA MELAKA
1 cawan sagu biji- rendam 1 jam
1/2 tin susu cair- sejukkan
1/2 cawan air gula melaka pekat
sedikit garam

1. Rendam sagu.Lagi lama direndam.lagi elok sebab cepat jernih masa dimasak.
2. Jerang air 1/2 periukhingga mendidih.
    Biar banyak air supaya sagu masak cantik.Jangan risau takut lembik kerana nanti akan ditapis
3. Masukkan sagu yang sudah direndam itu kedalam air mendidih dan kacau hingga jernih
4. Matikan api.
5. Tuangkam sagu rebus ke dalam tapi dan lalukan dibawah air paip hingga habis kanjinya yang melekit
6. Tambah pewarna kedalam.sgu yang ditapis
7. Masukkan 1 sudu besar air gula melaka pekat dalam gelas
8.  Sudukan sagu ke dalam gelas berisi sirap gula melaka dan sejukkan
9. Bila hendak makan tuangkan susu cair+ sikit garam dan korek2 kan sagu supaya nampak susu dicelah2 sagu


Selalu buat clear plain xde guna pewarna

Ops lagi 1 bezanya kali ni jointventure
Aku ngan mak aku
Hihihihi
Vangga oooo walaupun just isikan sagu yang dah masak jer dalam gelas
Mak aku dah siap rebus & basuh dah sagu tu
Aku just isikan dalam gelas
Tapi rasa macam aku lah yang buat puding ni🤣🤣🤣

See... Kemas x aku buat
Kikikki..

Sementara aku isikam sagu tu
Mak aku masak air gula melaka

Mak aku cakap masak banyak sesiap air gula melaka ni
Sebab mak aku kata boleh simpan lama d lagi lama simpan nanti air gula melaka ni lagi pekat
Boleh guna untuk kuih & dessert lain juga nanti
So, jimat masa sebab air gula melaka dah ada stok

Nak makan
Tuangkan susu cair
Tuang sikit  sirap gula melaka
Kacau
Makan...

No comments:

Post a Comment