Juga hari ini ialah Hari Nisfu Sya'ban.
Lagi 15 hari kita akan berjumpa Ramadhan 1441..
Setiap hari berdoa supaya الله akan habiskan riwayat hidup Covid 19 supaya kita semua akan dapat berpuasa & berhari raya dengan aman.
Walaupun dah tahu tahun ni 1 Malaysia pun xde Bazar Ramdhan tapi xde effect pun kalau xde Bazar Ramadhan
Yang effectnya kalau xdapat balik kampung untuk beraya & berbuka puasa bersama nenek, Achik, Pakcik, Haikal & Aqil..
Memang effected lah sebab setiap tahun mwsti akan dapat juga berbhka puasa beramai-ramai event 2 @ 3 hari sebelum raya..
Tahun ni x tahulah apa kesudahannya.
Tak dapat nak bayangkan kalau x dapat balik kampung, kena beraya di KL dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Bayangkan pagi raya dengar takbir raya dalam TV sahaja.
Pastu dengar lagu "Dari Jauh Kupohon Maaf" nyanyian Sudirman(lagu fav aku)
Pastu video call ngan nenek minta ampun minta maaf tanpa dapat salam..
Hanya hulur tangan kat screen handphone
Tiada lagi haruman ketupat nenek sedang direbus,
Wangian rendang & lampu kelip-kelip serta pelita raya sambil main bunga api ngan Aqil..
Takde lagi beratur nak salam nenek & amik gambar ramai-ramai.
Pastu makan ketupat ramai-ramai
Ikut nenek gi solat raya kat surau. Tengok Aqil beratur nak tunggu duit raya kat surau
Kanak-kanak berebut makan & minum kat rumah nenek sambil tunggu duit raya
Mak aku ngam Achik akan sibuk interview kanak-kanak yang datang beraya.
Pastu petang akan gerak balik rumah baru sambil. Otw singgah beraya umah Tok Lang & Tok Ngah.
Post pic raya dalam IG..
Semua akan sibuk nak tahu tema baju raya
Huwaaaaaaa😭😭😭😭😭
Ketupat Daun Pisang
Mak aku masak minggu lepas untuk iftar
Sama hari ngan masakPULUT SERI MUKA ... kat sini.
Kata mak aku sebab nak masak seri muka, mak aku kata memang rendam extra pulit nak buat Ketupat Daun Pisang
Aku abang ngan kakak sibuk makan Kuih Seri Muka
Mak aku sengsorang makan Ketupat Daun Pisang..
Siap frozenkan lagi.
Mak aku cakap..
Kalau x dapat balik beraya di kampung..
Silap2 makan Ketupat Daun Pisang jer sebab daun palas mesti jadi rebutan sebab semua orang lain pun berebut nak beli juga sebab x dapat balik kampung.
Alaaaaa.... xnak la macam tu
Dah la tadi Achik post pic cakap Achik oerder Ketupat Pulut Kacang Gajus.
Huh.... Sedapnya...
Cashew nut tu... Sedap 😭
Ni piring mak aku
Tengah makan Ketupat Daun Pisang ngan Serunding Ikan..
Aku x makan pun sebab fokus makan Pulut Seri Muka
Tapi kalau nak makan ada jer lagi dalam freezer
Eh, ni bukan ke Lepat Pulut macam mak aku selalu buat srlebelum ni?
Haaaaa... Mak aku cakap yer, memang sama pun...
Rasa ketupat tapi bungkis macam lepat.
Kata mak aku lagi yang kita pernah makan kat Sarawak dulu tu pun sejenis ketupat juga yang bungkus macam lepat tapi rasa ketupat tu
Tapi mak aku kata yang tu daun dia lain skit & nama dia Kelupis
Mmm.. Macam ingat
Sebelum ni memang mak aku dah selalu buat pun Lepat Pulut a.k.a
KETUPAT DAUN PISANG... macam kat sini
KETUPAT DAUN PISANG
pult lemak:
pult lemak:
1kg pulut - rendam ssmalaman
2 cawan santan pekat + 1/2 sudu makn garam dan 1 sudu makan gula pasir
1. Rendam pulut semalaman @ sekurang-kurangnya 4 jam
2. Kukus pulut 30 minit dan tungkan dalam bekas besar
3. Gaul pulut kukus dengan santan yang sudah dicampur garam dan gula
4. Kacau dan gaulkn pulut hingga nampak berkilat
5. Biarkan pulut berehat 15 minit supaya pulut lembut dan sebati dengan santan
2 cawan santan pekat + 1/2 sudu makn garam dan 1 sudu makan gula pasir
1. Rendam pulut semalaman @ sekurang-kurangnya 4 jam
2. Kukus pulut 30 minit dan tungkan dalam bekas besar
3. Gaul pulut kukus dengan santan yang sudah dicampur garam dan gula
4. Kacau dan gaulkn pulut hingga nampak berkilat
5. Biarkan pulut berehat 15 minit supaya pulut lembut dan sebati dengan santan
Nak buat versi LEMANG DAUN PISANG BERKACANG.... kat sini
Apalah kesudahan donia ni huhuhu....
ReplyDeleteHuhuhu..
DeleteTakuttt... 😭😭😭😭
Puasa Belum Lagi dah .ingat beraya??
ReplyDelete