Friday, 3 April 2020

PULUT SERI MUKA PANDAN-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 - DAY 16

Hari Khamis 2 April dah masuk hari ke-16 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Memang duduk rumah la.
Aku dah 17 hari dah x keluar pintu pun
Memang fully self lockdown la..
😁😁😁

Hari ni aku, mak aku & kakak puasa
Abang jer x puasa
Mak aku masak Pulut Seri Muka
Aku panggil Kuih Hijau
Kakak pun panggil Kuih Hijau juga
Abang xyah nak panggil-panggil
Abang makan jer
Hahahaha


AKuih Serimuka a.k.a Kuih Hijau
Tapi nenek panggil Pulut Sekaya..
Sekaya tu mean kaya la
Mmmm... logik jugak la
Sebab bahagian hijau tu memang rasa macam kaya pandan..

Kuih Hijau ninkuiah fav kakak
Aku pun suka kuih ni
Tapi peliks mak aku lak x suk
Nampak mak aku makan juga tapi sikit jer
Kalau balik Kedah, pakcik memang akan beli kuih hijau ni special untuk kakak
Kakak kan anak buah kesayangan pakcik
Mak aku cakap sejak kakak kecik pakcik memang manjakan kakak
Achik pun cakap camtu gak
Achik selalu citer,
Achik cakap masa Haikal pun belum lahir lagi, kakak memang selalu ikut Achik ngan pakcik balik kampung
Dulu Achik & Pakcik memang tinggal kat KL juga
Setiap kali Achik & Pakcik balik kampung, kakak akan ikut
Achik kata setiap petang, Pakcik akan bawa kakak gi beli kuih hijau fav kakak.
Hmmm.... huntong la..




KUIH SERI MUKA RESIPI NENEK
2 cawan pulut- rendam 4 jam @ semalaman
2 cawan santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Bahagian hijau:
1 cawan pati santan pekat
1 cawan air perahan pandan
3 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cm kulit kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 cengkih

1. Masukkan pulut kedalam loyang & kukua hingga masak.

2. Angkat pulut dan gaul santan yang dicampur sikit garam..Gaul rata dan kukus semula..

3. Angkat semula pulut dan teka- tekankan pulut dalam loyang hingga padat dan rata..

4.Pulut yang sudah di tekan padat...
Letak semula dalam kukus.

5. Sediakajn Bahagiian Hijau:
Daun pandan dan rempah- rempah diblend dan jadikan 1 cawan air perahan pandan berempah.

6.Blend telur,gula air pandan berempah,,pewarna hijau,santan dan tepung gandum serta tepung beras...
7. Kemudian tapiskan semua bahan  tersebut  dan tuangkan atas pulut yang sudah ditekan padat.Kukus semula selama 30 minit

8. Angkat dan biar sejuk dahulu..baru potong...

**Resipi ini untuk loyang 8x8

Untuk step by step boleh refer KUIH SERI MUKA RESIPI NENEK..kat sini.. 

Mak aku cakap yang ni mak aku just guna separuh dari resipi di atas sebab hanya guna 1 cawan pulut sahaja
Buat pun dalam loyang kecik.
Potong pun bentuk wedges  macam potong kek jer aupaya tidak membazir.
Semua kuih tu dapat 12 slices..

No comments:

Post a Comment