Wednesday, 22 April 2020

GULAI IKAN KERING + PISANG MUDA - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 36)

Hari ke 36 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19. Semakin dekat dengan Ramadhan 1441.

Mak aku masak Gulai Ikan Kering + Pisang

Hari ni awal-awal lagi mak aku dah masak lauk..
Nasi goreng pun ada untuk breakfast.
Tapi aku nak makan roti cream jer..
Malas nak makan nasi goreng
Sebab nanti lunch nak makan nasi lagi



GULAI PISANG MUDA DENGAN IKAN HARUAN KERING ..mak aku
1 sikat pisang lemak manis muda
4 keping ikan masin
1 asam keping
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk:
10 biji cili padi
1 ketul kunyit sebesar ibu jari


1. Siat kulit pisang dan ambil semula kulit yang dah siat tu

2. Pisang dan kulitnya direndam dalam air bercampur garam utuk elakkan pisang jadi hitam

3. Campurkan santan cair dengan bah tumbuk dan juga pidang bersama ikan haruan kering.

4. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan asam keping

5.  Bila pisang sudah empuk tambah santan pekat & biar mendidih sekali lagi. Bila agak pekat sesuaikan rasa

Pisang muda ni mak aku beli semalam
Kata mak aku kat pasar xde ikan
Hanya ada ayam, daging & ikan air tawar sahaja..
Itupun mak aku kata hanya sejenis ikan iaitu ikan tongsan sahaja
Mak aku cakap x beli pun.
Mmm aku x kenal ikan tongsan

Patut la mak aku hanya bawa sikit jer barang masa kuar pasar..
Aku ikut sekali sebab gi klinik
Tapi masa mak aku gi pasar
Aku hanya tunggu dalam kereta..
Mak aku cakap sayur semua pun xde..
Pasar sunyi
Hanya ada beberapa orang penjual
Pastu gerak gi Hero.
Manusia ramai x jadi singgah.
Tapi abang kata info dari kawan abang..
Kat Hero pun xde ikan
Pusing gi Pasar Segar..
Tengok mak aku geleng kepala juga
Ikan xde
Sayur xde
Hanya ada ayam & daging sahaja
Naper ek???
Dapat info.. Rupanya sebab Pasar Borong KL kat Selayang kena PKPD
Tutup sepenuhnya
Semua pasar kecil & kedai x dapat stok ikan & sayur..
Mak aku hanya beli ayam & pisang muda jer nak jadikan lauk
Tak tahu sampai bila pasar borong tu kena PKPD

Makan jer la ikan kering
Ikan lering baruan ni mak aku cakap selongkar dalam peti ais
Ikan yang fak tahu bila
Tapi yang pasti ikan haruan yang nenek bagi la

Cili padi tumbuk dengan kunyit segar

Pisang dah disiat & di siang
Haaa... aku dah tahu siat tu apa
Siat tu buang kulit nipis

Gulai Ikan Kering + Pisang

2 comments:

  1. Sedapnya ..makan dgn sambal belacan atau ikan goreng atau ikan masin. Best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee...nantilah.. 10 tahun lagi mungkin kiter akan suka. 🤣

      Anyway... Selamat Berpuasa esok.

      Delete