Wednesday, 31 January 2018

NASI GORENG NANAS ALA THAI



Nasi Goreng Nanas Ala Thai...
Haa....dah 2 hari masakan mak aku bertemakan nanas...
Semalam nyer dinner Nanas Tumis Ayam..
Hari ni Nasi Goreng Nanas Ala Thai...
Mmmm....esok tema apa la plak...
Sebab esok cuti Hari Wilayah


Aku suka Nasi Goreng Nanas ni
Sebab semua rasa ada..
Haaa...ada rasa ayam...ada rasa pedas sikit..
masin..& sikit manis bila tergigit nanas..



Daun ketumbar ni pun aku dah suka..
Makan ngan Nasi Goreng Namas ni lak..
Memang rasa ngam jer..
Rasa tomyam + rasa dau  ketumbar ni memang bau Thailand la...



Untuk aku jer mak aku serve dalam bekas buah nanas ni...heeeee
Sebab bekas ni ada 1 jer pun...

Abang nyet dalam bekas ni
Sebab abang nak bawa bekal
Tak sempat nak makan



Mak aku makan dalam pinggan jer
Nampak mak akubsiapnpatah2kan cili padi makan ngan Nasi Goreng Nanas ni

NASI GORENG NANAS ALA THAI..
versi mak aku
4 cawan nasi( masak guna 2 cawan beras)
1/2 biji nanas
1 dada ayam
1 sudu besar tempah kari ikan
1 sudu besar pes tomyam
1/2 bawang besar kuning
3 bawang putih
1 pokok ketumbar
5 cili kering - potong
5 cili padi - ketuk jika nak extra pedas
1 sudu teh garam
1sudu marjerin + 2 sudu minyak

1. Ayam dipotong kecil dan gaul bersama gara. dan serbuk kari
2. Nanas diambil isinya dan dipotong- potong
3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang digaul serbuk kari.
3. Bila ayam masak masukkan cili kering potong
4. tambah bawang cincang dan bawang putih
5. Masukkan juga pes tomyam dan masak hingga sebati
6. Masukkan nasi putih yang sudah dileraikan dan gaul rata.Masak bwberapa minit sambil digaul hingga naik wap
7. Sesuaikan rasa dan taburkan cilinpadi serta daun ketumbar


Nanas ..1/2 biji baki yang sudah dimasak Nanas Tumis Ayam semalam


Mak aku cakap ni cara mak aku kuarkan isi nanas


Cara nak keluarkan isi nanas supaya kulitnya dapat digunakan untuk menghidang nasi @ sebagai bekas untuk salad buah..
Isi buah nanas agak berserat untuk dikeluarkan.
Toreh ditengah2 buah nanas dengan pisau tetapi jangan sampai menembusi kulitnya..agak2 la
Juga jangan sampai hujung kepala dan pangkalnya..tinggalkan agak- agak 2 cm dikepala dan pangkalnya
Toreh lagi manjadi 6 bahagian.
Guna pisau dan sudu untuk keluarkan isi nanas sebahagian demi sebahagian.
Pastikan jangan sampai menembusi kulitnya


Keluarkan semua isinya


Potong2kan isi nanas..sederhana besar dan tebalnya supaya bila makan nanti terasananasnya


Isi ayam digaul remoah kari ikan bersama garam


Selain warna yang cantik untuk isi ayam..rasanya juga lebih sedap bila diperap dengan rempah kari ikan..Jika guna rempah kari ayam..baunya agak kuat dan warnanya sedikit gelap



Pes Tomyum...Ini yang beli kat Padang Besar hari tu..Boleh sahaja guna pes tomyam brand lain


Bawang kuning cincang..bawang putih dadunkasar dan cili kering digunting


Panas minyak + marjerin


Tumis isi ayam rempah kari tadi


Bila ayam mula garing ta.bah cili kering,bawang putih,bawang cincang dan kacau rata


Masukkan pes tomyum dan kacau rata


Masukkan pula isi nanas

Masak beberpa minit hingga nanas nampak layu dan lembut


Masukkan nasi yang sudaj dilerai dan dibiarkan sejuk sedikit


Gaul sebati dan masak lagi beberapa minit hingga naik wap sambil dikacau .


Haaa...ni bezanya Daun Sup dan Daun Ketumbar...Hampir serupa tapi bau nya berbeza


Daun ketumbar lebih lembut dan lebih cerah warnya...
Akarnya kurang serabut..baunya seperti bau tomyum dan menyengat hidung..
Menyengat tu apa..?
Ha...menyengat hidung tu macam bau yang kuat sehingga bila cium baunya rasa sedikit pedih hidung ..


Daun Sup daunnya lebih kasar dan warna hijau lebih gelap..
Baunya lebih lembut...


Nasi Goreng Nanas ni sesuai guna Daun Ketumbar..
Sebab bau dan rasanya lebih ngan dengan perencah tomtum serta nanas


Siap...
Haa...kalau kat hotel...order ala kart @ order untuk hantar kat bilik dah dekat rm30
Hari tu masa kakak konvo tu memang tengik kat menu dia memang harga macam tu..
Abang pun cakap masa abang kerja kat hotel di Kedah pun memang harga Nasi Goreng Nanas ni camtu..
Haaa...so,hari ni kira aku dah makan makanan mewah juga la ni..
Tapi versi mak aku la yang masak..
Hihihihi...

No comments:

Post a comment