Monday 20 April 2020

NASI KACANG DAL SEDAP - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 (DAY 33)

33 Hari Mencintaimu...
Hahaha... 33 Hari Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19..
Belajar untuk terima keadaan
Suka atau tidak, sudah 33 dah pun..
Bukan kita kat Malaysia jer
Tapi seluruh dunia pun diserang wabak Corona Virus..
Seluruh dunia berdoa agar Covid 19 segera berakhir
Tapi hanya الله sahaja yang mempunyai kuasa untuk menghidup atau mematikan virus covid 19 ini

Mak aku masak Nasi Kacang Dal untuk lunch

Dah beberapa kali mak aku masak Nasi Kacang Dal ni
Tapi aku rasa hari ni paling sedap
Mak aku cakap bahannya sama jer dengan Nasi Dal sebelum ni.
Cuma xde guna susu cair sebab xde stok..
Mmm.. Maybe sebab xde susu rasa dia lagi sedap😁
Tapi aku rasa kali ni lagi sedap..
Abang, kakak pun sama ulang makan..
Biasanya kalau nasi, kakak mana nak ang
Tapi Nasi Dal ni kakak ulang makan🤣

Nasinya cantik & sedap
Mak aku cakap mungkin sebab kali ni mak aku kata nasi tu dikukus
Sebelum ni tanak..
Tanak & kukus ada beza ke?
Yer lah.. Tanak masuk beras & air & masak sampai kering.. That is tanak
Kukus masak menggunakan wap air mendidih bawahnya.
Heee.... Sajer jer tanya..

Mak aku cakap kali ni mak aku kukus ada sebabnya..
Apa sebabnya?
Mak aku kata sebab nak makan sampai malam.
Kalau tanak, nasi akan jadi padat nanti bila ulang panaskan nasi akan berkerak.
Kalau nak makan untuk habiskan sekali makan xper lah sebab x perlu panasakan berulang kali
Ni sebab sejak Perintah Kawalan Pergerakan memang masak lunch membawa ke dinner..
So, nasi kena masak cara kukus supaya boleh ulang panaskan tanpa berkerak & nasi akan lebih cantik berderai.
Patut lah 2x masak nasi lemak minggu lepas pun mak aku kukus nasi lemak tu
Memang tahan sampai dinner pun

Betul la..
Dah beberapa kalinpanaskan pun nasi still cantik & sedap.
Nasi lemak minggu lepas pun sedap macam ni..
Berderai & ligh..
Minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan mak aku masak nasi guna beras yang baru dibeli.
Masa tu sebab panic buying maknaku cakap x dapat nak pilih beras
Just capai mana yang dapat
Dapat plak beras yang bila tanak nasinya lembik..
Semua makan slow & memang x habis
Maybe sebab mak aku dah ajar makan nasi jenis berderai..
So, sesekali makan nasi yang lembik, semua jem..
Mak aku cakap jangan memilih sangat
Makan je nasi lembik pun..
Tapi tengok mak aku pun makan slow jer
Hahaha..
Sudahnya minggu ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan mak aku buka pek beras yang lain..
Haaaa... Baru semua laju jer makan sebab nasi dah x lembik.
Mak aku kata ada beras yang jenis nasinya lembik..
Asa beras yang nasinya keras berderai
Sebab ada orang suka nasi yang lembik
Ada orang suka nasinyang keras..
Kami la tu yang suka nasi keras🤣🤣🤣



NASI KACANG DAL
5 cawan beras basmathi(cawan rice cooker)
(cuci & rendam 20 minit)
1 1/2 cawan kacang Dal ( rendam & rebus)
5 cawan air
2 helai pandan
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
¹ kiub ayam
daun sup
Bahan Tumis
1/2 cawan marjerin
2 sudu minyak
1/2 bawang holland
3 bawang putih
1 ketul kecik halia
2 daun pandan
10 buah pelaga
5 bunga lawang
10 bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis


1. Panaskan minyak+ marjerin dalam kuali dan tumis semua bahan tumis hingga harum.Gunakan kuali supaya lebih mudah mengacau

2.Apabila sudah harum masukkan air dan tambahkan air,garam,gula dan kiub ayam

3. Biar hingga mendidih.
(Sementara itu jerang air dalam pengukus hingga mendidih) 

4. Masukkan  beras yang sudah dibersihkan.Kacau rata & masak hingga airnya kering

5. Tambah kacang dal yang sudah direbus dan kacau supaya merata dalam beras.

6. Alas pengukus dengan kain maslin/kain jarang. Tuangkan semua nasi yang  1/2 masak tadi dan kukus hingga masak. Anggaran masa mengukus dalam 20 minit

7. Setelah nasi tanak,gemburkan nasi dan tabir daun sup dan daun bawang
Rendam beras basmathi supaya nasi lebih cantik


Nasi yang 1/2 masak dicampur dal

Gaul rata  & alihkan ke dalam pengukus

Nasi Dal dah siap kukus


ACAR CARROT
1 batang carrot
1 bawang besar merah
5 cili padi - belah 2
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
2 sudu makan cuka

1. Racik carrot & hiris bawang
2. Gaul carrot dengan garam, gula, bawang, cili & cuka
3. Sediakan 1/2 jam sebelum hidang supaya rasa acar lebih sedap

Acar Carrot ni nampak vodoh jerk
Tapi bila makan ngan Nasi Kacang Dal
Sedap baq hang...
Tak tipuuuuuu...


Makan ngan KARI AYAM + TELUR


Jangan lupa my fav
Papadom
Bukan mamadom

Ready to eat..

Puas tengok pic ni
Macam ada yang kurang
Apa yer??
Haahahaha... Baru perasan..
Takde letak papadom la..
Mmmm...
Patut la


Nasi Kacang Dal ni mak aku citer makanan nostalgia mak aku masa tinggal kat asrama zaman sekolah..
Dah pernah citer panjang dah dalam pos
NASI DAL NOSTALGIA ASRAMA.. kat sini...
Pastu ada lagi masak nasi ni dinamakan
NASI PARPU KENANGAN ASRAMA... kat sini
Sebabnya mak aku kata kacang dal jjga dipanggail kacang parpu
Now Nasi Kacang Dal- Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19..
Nampaknya Nasi Dal..Nasi Parpu & nasi Kacang Dal memang penuh kenangan & nostalgia la...

5 comments:

  1. Beras nasi lembik buat bubur je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya beras pun ada yang nasinya keras & lembik kan..
      Kiter ingat semua sama jer

      Delete
    2. Selalu kat sini bila beli beras brand and type yg Sama bila buka beg Bari..test letak air lebih sikit kalau dua cawan air lebihkan setengah . Kdian kalau ok..
      Kalau keras letak sikit lagi. Kalau lembik kurangkan air sikit.

      Delete