Tapi benarlah pesan cerdik pandai.
"jangan terlalu membenci akan sesuatu, kelak nanti sayang kemudiannya"
Saya guna cili padi dalam 1 cawan, bawang besar sebiji, bawang putih 3 ulas & sacawan bilis bersih. Asalnya nak blend kasar-kasar. Tapi terhalus juga walaupun hanya 2 kali on.. Panas minyak & tumis bahan blend. Campak sekeping asam, garam& secubit gula. Dah mendidih, campakkan terung pipit & tambah secawan air biar mendidih supaya terung empuk lembut. Kalau cara saya ni kena biar mendidih lama nak kasi terung lembut. Ada yang goreng dulu terungnya supaya cepat dimasak. Tapi saya kurang gemar nak goreng dulu sebab nanti terungnya akan kemek & jadi kedut-kedut.
Kalau masak tanpa goreng memang lambat sikit, tapi terungnya cantik ploles macam pakai kolojen. Hihihihi.. Masak tak banyak pun. Tapi macam banyak la jugak.Lagipun saya sorang sahaja makan terung ni.Anak-anak takdak sorang pun nak makan. Rasanya lagi 20 tahun depa akan tercari-cari la terung ni macam saya sekarang. Zaman dulu tak makan, dah tua suka makan. Kalau menurun kepada mereka, nanti depa akan tau kesedapan terung ni.. Hihihi
Sekarang nak makan terung pipit kemain susah nak dapat. Tak sangka buah terung pipit yang kita suka main lastik burung waktu kecik2 dulu dah naik sahamnya!
ReplyDeleteKan cikgu. Banyak flora dan fauna zaman kita kanak-kanak dulu kini mempunyai tempat istomewa di hati kita
DeleteApe rasa terung ni kak..saya tak pernah makan terung pipit ni 😅. Tapi kalau tumis pedas camtu mesti sedap kan
ReplyDeleteHihihi pada saya, kalau betul2 empuk baru saya makan sebab kalau tak empuk ada rasa maung sikit. Kalau yang memtah memang saya pun tak makan.. Hee.. Dah empuk feel pula bila kunya ada letusan kecil dalam mulut. Kena rasa dulu Jaja baru tau.. Hihihi
DeleteSy x penah rasa terung pipit ni.. xtau lah kt sini panggil apa
ReplyDeleteMacam-macam nama terung ni yang saya baca la. Indon panggil tekokak. Nanti kalau Mim dah tahu nama panggilan orsng Sarawak, share tau
DeleteKat tempat wak banyak lagi pokok terung pipit ni tumbuh meliar.
ReplyDeleteKalau kat padang ragut, memang wak tebaslah
Uish.. Seronoknya masih banyak pokok terung ni. Macam saya bokeh bayangkan pula pokoknya. Rebus buat ulam pun sedap wak. Masak lemak cili api pun sedap
DeleteKarang lagi doploh tahun berapa agaknya harga terung pipit tu sebungkus ya..??
ReplyDeleteSy belum lagi jadi penggemar terung pipit, tapi terung ungu masak berlado tu memang favourite la, hihi
Hahaha.. Masa tu boleh jadi lagi mahal tapi tak mustahil lagi murah sebab sekarang ramai dah rajin berkebun sejak PKP.. Hihihi.
DeleteTerung ni dolu kita buat peluru main tembak2...org dulu kalu masak pesen depa sama ja....org sekarang boleh olah masak jadi sedapkannnnn...
ReplyDeleteBetul Naz, dulu buat peluru senapang papan. Terbayang lagi senapang kayu/papan tu.Tpai tu la dulu zaman kanak-kanak tak makan terung ni.. Hihihi
Deletekalau arwah mak saya terung tu di rebus dulu dan di pecah2kan dgn anak lesung dan kemudian di gaul dengan sambal kelapa berencahkan ikan bilis atau udang kering dan di perahkan limau.kami anak2 memang tak makan lah.cuma ambil sambal kelapanya aje
ReplyDelete